Sunday, June 29, 2008

LIWAT 2:Filem Hindustan Terbaru

Setelah gagal dalam penerbitan filem pertama 'LIWAT 1' arahan Aziz Syamsudin ,peminat filem hindustan tanahair bakal menyaksikan filem terbaru 'LIWAT 2' dalam masa terdekat ini.

Musa Hasan bekas pelakon tambahan dalam filem LIWAT 1 yang memegang watak sebagai pengusung tilam bakal mengarahkan filem ini.

Berdasarkan kenyataan akhbar penerbit filem tersebut semalam,pelakon baru berusia 23 tahun Saiful Bahri akan melakonkan watak utama sebagai hero dalam filem tersebut.

Seorang pelakon upahan Ezam Sesumpah dipercayai turut ditawarkan sebagai aktor tambahan berperanan sebagai Ajinomoto untuk menyedapkan filem tersebut.

Namun ramalan awal pengkritik filem tanahair menjangkakan filem terbaru ini tidak mampu menarik penonton yang ramai kerana sebahagian besar skrip yang disediakan adalah di cedok dari skrip lama filem LIWAT 2.

Apapun kita nantikan selesainya pembikinan filem tersebut.Tayangan kemuncaknya bakal disaksikan menjelang 16 September ini.Selamat menonton.

LU PIKIRLAH SENDIRI......

Saturday, June 28, 2008

Angkara Musang,Proton Langgar Tebing




Malang tidak berbau..Kereta Proton Saga milik Ustaz Aris Faizul mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kerana terlibat dalam satu kemalangan jam 5.40 pagi tadi.Kereta yang dipandu oleh adik beliau yang dalam perjalanan dari Jengka 16 ke Kg Awah terbabas di persimpangan masuk ke Felda Jengka 18 ketika mengelak seekor musang yang melintas jalan.
Kereta tersebut terus merempuh tebing mengakibatkan kecederaan pemandunya di bahagian kepala.Beliau kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Bandar Jengka.

Thursday, June 26, 2008

Waris Peserta Dana Takwa Terima RM 10,500


Seorang isteri kepada peserta Dana Takwa PAS Pahang dari Felda Jengka Sebelas ,Bandar Pusat Jengka ,Puan Robaayah Arshad telah menerima sumbangan Khairat Kematian dari Syarikat Takaful Malaysia berjumlah RM 10,500 di atas kematian suaminya ,saudara Zulkifli Abdul Razak pada Januari yang lalu.

Penyerahan cek telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Penaung Program Dana Takwa kepada saudara Mohamad Ramlan Zulkipli yang mewakili ibunya dalam satu majlis di Masjid Lama Bandar Jengka Selasa lalu.

Allahyarham Zulkipli 58 tahun,yang meninggal dunia akibat sakit jantung merupakan pencarum skim Dana Takwa sejak ia diwujudkan tiga tahun lalu.

Skim Dana Takwa PAS Pahang yang menggabungkan Plan Takaful Wakaf dan Plan Takaful Keluarga Berkelompok yang diusahakan oleh PAS Negeri dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia ini memberi peluang kepada peserta untuk membuat sumbangan wakaf kepada perjuangan Islam disamping mendapat berbagai manafaat sampingan kepada pencarum.

Kepada ahli-ahli yang berminat mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Perunding Dana Takwa PAS Kawasan Kuala Krau Ustaz Aris Fezul Ismail di talian 0199855883@094664077

Wednesday, June 25, 2008

Ali Setan Di Bumi Anbiya'

Sape tak kenal Ali Setan?Watak yang dilakonkan oleh Azmil Mustafa itu amat sesuai dengan kehidupannya ketika itu.Itulah yang diakui oleh beliau sendiri.
Azmil yang mengakui hidupnya dalam kejahilan dan kegelapan kerana latar belakang dan pendidikan yang dilauinya kini istiqamah dalam penghijrahannya.Tidak seperti rakan lamanya di zaman jahiliyah,Ogy yang hanya berhijrah separuh jalan,kini Ustaz Azmil tidak pernah sedetik berpatah balik ke belakang.

Setelah meninggalkan dunia artis yang dipenuhi noda hitam,Azmil menghabiskan masa sebagai pendakwah ,menyedarkan kalangan remaja di seluruh negara.Di atas rasa kekurangan dan dahagakan ilmu pengetahuan,beliau merantau jauh ke bumi anbiya' menimba ilmu Allah yang maha luas.Moga perantauan beliau juga akan berhasil dan lahirlah Malik Ibnu Dinar atau Ibrahim Adham di abad ini.

Selamat berjuang buat Kekanda Azmil di bumi Damsyik,bumi Nabi kita mempelajari perdagangan antarabangsa bersama bapa saudaranya.

Pertemuan 2 Tokoh Di Tanah Suci


Penghibur terkenal tanahair,Amy Search mungkin telah menemui apa yang di cari selama ini.Beliau yang sekali lagi menunaikan umrah pada tahun ini terus dengan tekadnya membangunkan sebuah Maahad Tahfiz moden yang bakal melahirkan para huffaz yang bukan hanya boleh menghafaz al Quran tetapi juga lengkap dengan berbagai kemahiran teknologi terkini yang sewajarnya dikuasai oleh para pendakwah Islam.

Kesempatan menziarahi rumah Allah untuk mendekatkan diri dengan dengan Maha Pencipta turut dimanafaatkan mendampingi para ulama yang berulang alik ke bumi barakah itu.Mudah-mudahan Amy akan berjaya dalam hijrahnya.

(Gambar kenangan bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga ulama muda Ustaz Aris Hazlan Ismail,seorang penulis dan pembimbing umrah)

Terima Kasih Kepada Semua Penderma

Gambar terbaru Balai Islam Jengka 16 yang masih dalam pembinaan .

Seluruh AJK Pembinaan Balai Islam J.16 merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan berbagai pihak untuk menyiapkan balai ini.

Pihak Jawatankuasa telah menerima sumbangan peralatan dari orang yang tidak dikenali terdiri dari,

1.Selori Pasir
2.Selori batu.
3.Tujuh ribu batu bata
4.Tiga puluh kampit simen
5.Sejumlah besar wang tunai

Namun demikian sumbangan dari orang ramai masih diperlukan bagi menyiapkan Balai Islam ini.Hubungi segera 0199855883-ust aris

EURO 2008: PAKATAN VS BN 7+0

(Seloka Politik:Petikan dari kalamkerinchi.blogspot.com)
Perlawanan persahabatan diantara BN dan Pakatan telah masuk ke separuh masa yang kedua. Pada pusingan pertama, team Pakatan telah merembat 6 gol melalui penyerang utama Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penyerang kedua seorang bekas banduan, Lim Guan Eng.
Pada minit kedua puluh, Azizan Razak telah merembat gol yang ketiga, diikuti minit ke 25 pertahanan kanan Khalid Ibrahim menyumbang gol yang keempat.Sejarah tercipta, apabila penjaga gol Pakatan Rakyat Ir Nizar Jamaludin telah membuat sepakan kencang dari gol Pakatan terus ke gol BN. Penjaga gol BN Tajul Rosli tersungkur di belakang tiang gol apabila keliru dengan sepakan yang dibuat.
Di hujung separuh akhir pertama, pertahanan kiri Pakatan Rakyat, Dr Lo Lo telah membuat rembatan keenam dengan dibantu rakan sepasukan, Nurul Izzah dan Wee Kah Cheong daripada team Pakatan.Setelah berehat selama beberapa bulan, perlawanan diteruskan separuh masa kedua.
Berlaku sedikit perubahan apabila penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim telah dibenarkan beraksi semula dipadang setelah digantung dan dikurung selama enam tahun. Beliau memulakan perlawanan dengan memberi bola tanggung kepada rakan beliau Haji Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi telah melontar bola ke kanan dan disambut oleh pemain veteran Lim Kit Siang. Bola dipulangkan kembali kepada Anwar dan Anwar terus merembat tepat ke gol BN.
Namun penjaga gol baru BN Mohamamad Mohd Taib berjaya menangkap bola.Terdengar sorakan dari kelab penyokong pasukan BN yang diketuai menantu penyerang utamanya Khairi Brooks. Pasukan penyorak mereka telah boo pemain Pakatan kerana tidak berjaya menyumbang gol ketujuh.
Pada minit kelima separuh masa kedua, sekali lagi penyerang kanan Pakatan membuat rembatan tepat ke galang gol BN. Namun sekali lagi Khairi Brooks dan ahli kelab penyokong BN menyorak Pakatan kerana bola telah melepasi gelanggang.Namun, pada minit kelapan belas, pertahanan kanan BN Dato Yong Teck Lee telah merembat bola masuk ke gol sendiri.
Pemain yang berasal dari Sabah ini telah membuat sepakan protes apabila tidak berpuas hati dengan penyerang utama mereka Wak Lah Bodowi yang melantik menantunya Khairi Brooks sebagai pengurus pasukan yang baru. Tindakan Dato Yong Teck Lee ini telah menyumbang gol ketujuh percuma buat Pakatan Rakyat.
Permainan terpaksa ditangguh sementara akibat pergolakan dalam pasukan BN. Pertahanan kiri BN, Ali Rustami telah menumbuk Dato Yong Teck Lee di tengah padang. Selain itu, pemain veteran BN, G Samy Vellu telah mencubit perut Yong. Pengurus pasukan yang baru Khairi Brooks juga telah menyepak curi belakang Yong.Namu setakat ini, tiada kecederaan berat yang dialami Dato Yong.
Maklumat terkini mendapati, beberapa pegawai BPR telah diarahkan oleh penyerang Utama pasukan BN, Wak Lah Bodowi untuk memulas telinga Yong yang dikatakan khianat pada pasukan.Menurut pengulas bola sepak dunia, Ronaldo Hadhari, kejadian ini merupakan yang pertama di Malaysia. Ia mungkin terjadi disebabkan pasukan BN tidak pernah mengalami kekalahan sejak 50 tahun yang lalu.
Pasukan BN terkenal dengan permainan kotor mereka apabila kerap menyepak kangkang dan menyengkang kaki lawan di tengah padang. Mereka juga sering merasuah pengadil lama T Rashitendam.Menurut Ronaldo Hadhari lagi, pasukan BN pernah membunuh 15 pemain muda Pakatan yang diketui oleh Ibrahim Libya yang sedang menjalani latihan padang di Memali Baling Kedah.
Malah mereka pernah bertindak mengurung penyerang kanan Pakatan, Anwar Ibrahim selama enam tahun di sebuah kurungan di Sungai Buluh.Sekian berita utama dari Radio Kerinchi FM. Nantikan berita penting selepas ini. jangan lupa siaran langsung selepas ini Euro 08 Turki akan menentang Jerman.

Monday, June 16, 2008

Jangan Cabar Rakyat!

Kemarahan rakyat terhadap kenaikkan haraga minyak tidak boleh dibendung lagi.Walaupun berbagai amaran diberi oleh pihak berkuasa supaya tidak mengadakan himpunan di ibu negara,tapi rakyat tak peduli.

Pengumuman Imam Masjid Kg Baru sebelum solat Jumaat supaya jangan berhimpun di perkarangan masjid disambut dengan laungan takbir.Akhirnya lebih 3000 rakyat terus berkumpul dan berarak di tengah ibu negara menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.Ini hanyalah muqaddimah kepada himpunan yang lebih besar pada 5 Julai kan datang.

Wednesday, June 11, 2008

Kenyataan Rasmi Ketua Penerangan Terhadap Fitnah Ke Atas PAS

Oleh YB Hj Mahfuz Omar
Sehubungan dengan SMS yang diedarkan oleh pihak tertentu dan laporan dalam laman web yang mendakwa seolah-olah Parti Islam Se-Malaysia PAS telah menghantar satu delegasi perundingan dengan pihak Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran.
Maka, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menafikan sekeras-kerasnya kewujudan perkara tersebut. PAS cukup menyedari bahawa sokongan dan mandat yang kami terima daripada pelbagai golongan pengundi yang merentasi pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah untuk kami bersatu dengan parti pembangkang yang lain di atas nama Pakatan Rakyat agar melakukan perubahan, penambahbaikan dan reformasi terhadap pelbagai aspek kehidupan politik dan ekonomi negara agar mengeluarkan rakyat dari kemelut dan krisis berpanjangan.
Tentunya PAS, tidak sama-sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. PAS juga amat sedar akan mainan politik dan perang saraf jahat pihak media dan BN dengan cubaan mereka untuk pecah-perintah Pakatan Rakyat serta menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, rakyat dan pengundi terhadap kami. PAS bertegas untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, serta komited bagi membebaskan cengkaman dan kezaliman kerajaan Umno/BN ke atas rakyat.
Paling mutakhir keangkuhan mereka selepas PRU ke 12 ialah menarik balik subsidi bahan bakar petrol dan diesel yang menyebabkan rakyat terus derita akibat penderaan dan kezaliman kerajaan BN. Tindakan ini sekaligus telah mencetuskan impak inflasi serta kesan berantai kepada seluruh produk asasi keperluan hidup termasuk kos pengangkutan dan perkhidmatan.
PAS sekali lagi menolak sekeras-kerasnya segala dakwaan jahat BN dan kuncu-kuncunya bagi mengadu-domba dan menyuntik jarum perpecahan di dalam saff Pakatan Rakyat dan serentak cuba memburukkan imej kami di kaca-mata pengundi dan rakyat seluruhnya.
YB Tuan Hj Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tuesday, June 10, 2008

Kritik Media Barat,Rais Ludah Ke Langit


Kritikan Dr Rais Yatim kepada media barat yang dianggap menjadi punca salah tanggap terhadap Islam,tidak lebih umpama meludah ke langit.


Menteri Luar itu ketika merasmikan persidangan Antarabangsa Ke tiga mengenai Dunia Islam seperti yang di laporkan media utama negara pada 9 Jun lalu dipetik berkata, salah satu halangan ialah kuasa media Barat yang tidak memberi kita ruang untuk memahami Islam secara lebih objektif.

Ucapan menteri berkenaan lagak bagai seorang pencinta Islam sejati yang sentiasa menghadapi jalan sukar untuk menerangkan Islam kepada masyarakat dunia,sedangkan pencinta Islam sebenar di negara ini teramat arif dengan bentuk pemikiran liberal Menteri Luar tersebut samalah dengan seorang menteri baru dari Kelantan yang pernah menyaman hukum hudud ciptaan Allah.


Persoalannya,ketika menyalahkan media barat adakah menteri itu lupa apa yang dilakukan oleh media tempatan yang dikuasai Barisan Nasional yang juga tidak memberi ruang untuk rakyat berbilang kaum di Negara ini memahami Islam atau sekurang-kurangnya mempunyai tanggapan yang baik terhadap Islam.

Menjelang pilihanraya umum 1999,RTM,TV3 dan media yang dikuasai Barisan Nasional bertanggungjawab menakutkan bukan Islam di negara ini dengan isu Negara Islam sehingga impaknya dirasai oleh DAP yang telah menjalinkan kerjasama dengan PAS ketika itu.

Parti yang sering mendapat dokongan utama dari kaum cina itu kehilangan pengundinya dalam pilihanraya tersebut gara-gara bekerjasama dengan PAS yang memperjuangankan negara Islam.


Barangkali dalam konteks dunia keseluruhannya benarlah kata kata Rais,media barat lah puncanya.Tetapi dalam konteks Malaysia ,Umno lah yang menyebabkan salah tanggap terhadap Islam.

Seawal penubuhan Umno,pengasasnya sendiri turut memberi gambaran negatif kepada kumpulan Islam yang memperjuangkan kemerdekaan.Hizbul Muslimin dianggap bahaya sama seperti komunis seperti kempen Dato Onn, ‘Bahaya Dari Gunung’ yang mendorong British mengharamkan dan memburu pejuang-pejuang Islam yang mahukan kemerdekaan.


Rais juga barangkali terlupa ketika beliau menjadi menteri yang menjaga tv dan radio pada 1985 berlakunya tragedi Memali,beliaulah orangnya yang bertanggungjawab memberi gambaran buruk kepada Islam apabila menggunakan saluran media di bawah bidang kuasanya memaparkan gambaran bahawa Islam adalah agama yang ganas.

Ustaz Ibrahim Libya seorang ulama yang pernah menjadi pegawai di Pusat Islam dan 13 anak muridnya yang dibunuh oleh polis dianggap sebagai pengganas.Ternyata akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan tindakan polis dalam kes Memali adalah salah.


Dalam Pilihanraya ke 11,Kementerian Penerangan sekali lagi memainkan isu Memali di RTM yang disiar berulangkali untuk memberi gambaran negative kepada pencinta Islam.

Ratusan ucapan penghinaan terhadap Islam oleh pemimpin Umno yang mendorong bukan Islam berani mencabar Islam di Negara ini perlu dilihat sama oleh Rais.Jangan hanya menuding jari kepada barat,sedangkan di Negara sendiri anda juga turut memberi saham utama kearah salah tanggap terhadap Islam


Petikan Akhbar Utusan 10 Jun 2008

Rais minta tanggapan media Barat terhadap Islam diperbetulkan
09/06/2008 1:18pm

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kunci bagi memastikan hubungan yang lebih baik antara dunia Islam dan Barat ialah dengan memperbetulkan persepsi media Barat bahawa Islam merupakan agama yang menganjur kepada keganasan dan sinonim dengan kumpulan seperti al-Qaeda, satu forum antarabangsa diberitahu hari ini.
"Salah satu halangan ialah kuasa media Barat yang tidak memberi kita ruang untuk memahami Islam secara lebih objektif.

"Liputan mereka lebih berupa berita sensasi mengenai keganasan, penaklukan, peperangan dan bukan Islam yang sebaliknya, Islam yang menganjurkan kehidupan yang tenang dan menghargai kecantikan.

"Di sinilah wujudnya masalah,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semasa merasmikan persidangan antarabangsa ketiga mengenai Dunia Islam dan Barat: Merapatkan Jurang di sini hari ini. - Bernama

Monday, June 9, 2008

Minyak Kat Malaysia Paling Murah???

Senarai harga petrol di negara-negara pengeluar minyak berbanding Malaysia

SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA

sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

Zaman Pak Lah kita mula memerintah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )

Sunday, June 8, 2008

Balai Islam Jengka 16 Perlu Bantuan


Gambar 1:Arah Depan Dewan Utama

Gambar 2:Arah Belakang Dewan Utama

Gambar 3:Pandangan Tepi Dewan Utama

Sumbangan anda adalah diperlukan bagi menyiapkan Kompleks Balai Islam Jengka 16,Pahang yang dalam pembinaan di atas sebidang tanah persendirian yang telah diwakafkan.Bangunan yang dimulakan pembinaannya pada awal Mei lalu terdiri daripada dewan utama yang boleh menampung ahli jemaah mencecah 300 orang,satu ruang pejabat,bilik air dan juga padang permainan.

Anggaran perbelanjaan bagi menyiapkan dewan utama sahaja mencecah RM 70 ribu.Kos keseluruhannya dijangka berharga RM 100 ribu.

Tujuan utama pembinaan kompleks ini adalah untuk dijadikan pusat aktiviti masyarakat setempat khususnya umat Islam bagi mendapatkan ilmu pengetahuan agama memandangkan pihak yang menguasai masjid tidak berminat dengan program pengajian agama.Diharapkan juga kompleks ini akan menjadi pusat aktiviti belia dan masyarakat umum disamping membekalkan info semasa kepada masyarakat.

Sehingga kini pihak jawatankuasa pembinaan telah menerima sumbangan kewangan dari orang ramai hampir RM 15 ribu disamping sumbanagn batu,bata,pasir,simen dan lain-lain dari mereka yang tidak mahu mendedahkan identitinya.
Segala sumbangan kewangan boleh bank in ke Akaun BIMB 06028020066753 atas nama ARIS FEZUL B. ISMAIL(Setiausaha) Sila maklumkan dengan menghubungi 0199855883/ 0199061651/ 094664077.



Unit Amal Kuala Krau Terus Berbakti



Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau,Pahang hari ini sekali lagi menabur bakti kepada penduduk Matau ,Bandar Pusat Jengka yang pernah menjadi mangsa banjir pada hujung tahun lepas,dengan menyumbangkan seekor lembu untuk Jamuan Hari Keluarga.

Sumbangan lembu aqiqah itu telah diserahkan oleh Penyelaras Amal Kawasan,Ustaz Aris Fezul Ismail kepada wakil penduduk Tuan Hj Saleh Abdullah yang merupakan antara peneroka awal di kawasan Matau.
Di majlis tersebut berbagai acara sukaneka untuk anak-anak dan ibu bapa,pertandingan mewarna dan jamuan kesyukuran telah diadakan.
Pihak penganjur majlis turut memberi penghormatan kepada Penyelaras Amal membuat cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pada hujung tahun lepas hampir 400 penduduk Matau dari 90 buah keluarga telah menjadi mangsa banjir terbesar selepas 30 tahun.Unit Amal telah menjadi satu satunya pihak yang paling banyak memberi sumbangan bantuan termasuk mengagihkan makanan dan minuman,pakaian,operasi pembersihan dan lain-lain lagi.
Unit Amal dengan jayanya memberi khidmat sukarelawan secara percuma tanpa mengira fahaman politik.Selain Unit Amal Kawasan,petugas Amal dari Negeri Sembilan turut menyumbangkan tenaga.

Petrol:Kiraan Mudah

Jenis Kenderaan : Proton PesonaKapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan

Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter

Harga lama (RM1.92 per liter)
200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608

Harga baru (RM2.70 per liter)
200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480

Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.

(kiraan di atas dipetik dr blog Che Gu Bard)

Anda masih kekurangan RM 1247 setahun untuk petrol,bagaimana degan beras dan lain lain barang keperluan utama?Bil letrik?Berapa ribu anada hilang dalam setahun.

Kalau 3 tahun lagi PRU akan di adakan,tentunya ribuan duit anada telah hilang.Berbaloikah dengan kain pelekat cap gajah,Rm 300 untuk warga emas ,wang rasuah setiap kali pilihanraya.

Bagi warga Felda yang menerima duit ses RM 5000 (wang peneroka getah yang di simpan Felda),kemana anda habiskan duit itu,dapatkah menunaikan umrah atau simpan di Tabung Haji,atau anda pulangkan balik kepada kerajaan kerana kenaikkan harga barang?

Petrol Naik Lagi ,Jangan Jadi Gajah di Zoo


Sekalung tahniah kepada PM Dolah kerana mengumumkan kenaikkan harga petrol sehingga mencecah RM 2.70.

Tahniah kerana membenarkan apa yang sering diingatkan oleh penceramah BA (sekarang Pakatan Rakyat) bahawa sememangnya BN = Barang Naik,Beras Naik,Banyak Naik,Banyak Nipu,Bangkrap Negara dan macama-macam lagi.

Berbuih mulut penceramah PAS,PKR,DAP menerangkan hal yang demikian,rakyat tak percaya.Hari ini PM Dolah sekali lagi membuktikan mereka sebenarnya PENIPU,Dulu Kini Selamanya.
Ingat apa PM kata pada 12 Febuary 2008:
"Esok (13 Feb) parlimen tak kan dibubarkan".

Tapi esoknya 13 Febuary,PM Dolah umumkan ,parlimen dibubarkan.Jelas penipunya.

Najib Tun Razak dalam kempen pilihanraya yang lepas,semasa melancarkan Manifesto BN pada 25 Febuary beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan beberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan . Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN, tipu !

3 Jun yang lalu,Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Dato Shahrir Samad,kemungkinan petrol dan disel akan naik pada bulan Ogos.
Tiba-tiba esoknya 4 Jun,PM umumkan kenaikkan harga petrol 0.78 sen.Memecahkan segala rekod kenaikkan harga minyak di negara ini.Gempa bumi,taufan Nargis,Tsunami melanda negara ini.Negara bagai dilanda rusuhan,stesyen minyak diserbu.Orang tidak peduli lagi waktu maghrib,kelewatan mengakibatkan kerugian.

Anehnya penyokong kuat,fanatik,extremis BN pun serbu juga stesyen minyak,walaupun mereka mungkin berkata kenaikkan itu adalah wajar.

Mak Cik Peah,Kak Jah,Wak Raman yang ditemuramah di kaca TV bagaikan tentera yang tewas,tak bermaya pertahankan diri,walaupun tak puas hati dengan kenaikkan harga minyak ,tapi ucapan terakhirnya lagak sebagai seorang menteri,"kita kena terimalah kenaikkan ini,dah harga minyak dunia naik,tak boleh buat apa".Inilah jiwa melayu,hangat-hangat tahi ayam.

Macamlah anak gajah yang dirantai kaki waktu kecil,direntapnya berulang kali,tapi dia gagal.Terpikirlah dikepalanya,aku ni kecil,tak mampu nak rentap rantai yang membelenggu kaki ini,biarlah,janji dapat makan tiap-tiap hari,takpe ler.

Akhirnya bila si gajah dah dewasa,jiwanya masih juga kecil.Tak pernah lagi direntap kakinya itu.Sehingga anak yang pergi ke zoo boleh pegang belalainya sambil mengambil fotographi.

Bilakah sang gajah yang mempunyai susuk badan sebagai antara haiwan terbesar di atas daratan akan merentap rantai yang sudah berkarat itu?Mungkin apabila gajah itu tidak dapat mengisi perutnya lagi,agaknya waktu itulah baru rantai berkarat itu akan direntap,tembok zoo pun akan roboh.

Barangkali kenaikkan harga petrol hingga mencecah 2.70 belum cukup untuk menyedarkan mereka yang bebal.Naikkan lah lagi sehingga rakyat tak mampu beli makanan,ada yang kebulur,maka rantai akan direntap,tembok BN akan roboh!