Saturday, August 30, 2008

Salam Ramadhan

Poster ini di copy dari blog Ust Yusuf Embonghttp://www.yusofembong.blogspot.com/ sama-samalah kita panjangkan

Friday, August 29, 2008

Gambar Sekitar Penyerahan Memo ANAK

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyerahkan memo kepada En Shaarani,wakil Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Sebahagian peneroka dan generasi kedua Felda di luar Pejabat Felda Wilayah Jengka mendengar taklimat dari Pesuruhjaya PAS Pahang

Kenyataan akhbar oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Bacaan doa memohon keberkatan sebelum bersurai

Memo Rakyat Untuk Felda

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman bersama Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,pagi tadi telah menyerahkan Memorandum Rakyat mewakili para peneroka Felda di negeri ini kepada pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka .

Memo yang diterima Encik Sharani mewakili Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka itu mengandungi beberapa tuntutan peneroka Felda yang telahpun diadukan kepada ANAK.

Hadir sama dalam penyerahan memo tersebut ialah Naib Presiden ANAK,Saudara Aris Fezul Ismail,Ketua Lujnah Peneroka DPP Pahang Ustaz Shahril Azman,Timbalan beliau Ustaz Fadzil Mohd Nur dan lebih kurang seratus yang lain mewakili peneroka-peneroka Felda di Wilayah Jengka dan sekitarnya.




Thursday, August 28, 2008

Mana Pergi Pejuang Melayu Di UiTM?




23hb Ogos 2008, UiTM Shah Alam sepanjang Jalan di kampus Induk UiTM dipenuhi dengan Banner banting mempromosi GEGAR U 2 yang bakal diadakan pada malam ini di Dewan Seri Budiaman UiTM.

Apa yang menjadi persoalannya, dimanakah terletaknya sensitiviti pihak pentadbiran UiTM dan MPPUiTM???? adakah perjuangan untuk mempertahankan UiTM atau juga dikenali Benteng Pertahanan Terakhir orang Melayu ini, harus disambut dengan Konsert yang begitu besar sekali? membawa orang luar masuk ke dalam kampus sewenang-wenangnya? adakah konsert ini adalah budaya Melayu? di manakah terletaknya nilai budaya Ilmu yang harus diterapkan kepada pelajar UiTM???

Kenapa harus mengadakan konsert di dalam kampus UiTM?????? ini bagaikan mencabar pelajar-pelajar yang betul-betul ingin berasa aman dan tenang ketika belajar di UiTM. tetapi apabila sesuatu kebatilan, konsert yang bercampur gaul lelaki dan perempuan sudah hilang ketenangannya. di mana perjuangan MPP??? kami kecewa denagn MPP UiTM yang tidak ada pendirian.

Adakah perjuangan 'DEMO' itu sekadar GIMIK??? kami pelajar-pelajar UiTM berhak untuk mendapatkan jawapan yang sebanar, bukannya dirai dengan konsert yang akan dipersembahkan oleh HAJAH SITI NURHALIZA yang ternyata bukan IKON terbaik untuk Pelajar MELAYU DAN BUMIPUTERA. sekian.

Penulis Aktivis GMM



Inilah Program Untuk Martabatkan Melayu :


Nama Program:GEGAR U II
Objektif Program: Memperkenalkan Budaya Malaysia yang Berbilang Kaum

Tempat : DSB, UiTM Shah AlamMasa:8.00pm - 12.00am
JADUAL:8.00pm : Lagu Negaraku Ucapan Pengarah "Yayasan Penyayang Budi Malaysia"
-Puan Nori Abd.....
Ucapan Timb. Menteri Pengajian Tinggi - Yb. Ramli b. Hassan
9.00pm : Persembahan "Break Dance" ~joget-joget
Memperkenalkan Pejuang U -semua group dari Universiti seluruh Malaysia
Nyanyian - Jacklin Victor - 'satu Harapan' Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu Persembahan Gendang - Gendang Cina, Rebana Ubi
Tayangan - 'Yayasan' Nyanyian Lagu - Duet
- Bintang Astro Talent Quest (Penyanyi cina)
Tayangan - 'Yayasan'
Nyanyian lagu - bintang Astro (Penyanyi Tamil)

Persembahan seni mempertahankan diri - Silat & silambam
Persembahan - Battle of the band

Ulasan - "Tema Kemerdekaan"
Nyanyian lagu - Adam, Siti Nurhaliza, Jacklin Victor, ramai-ramai. ....
12.30am: Dijangka program tamat

Peringatan Ong Tee Kiat Untuk NC UiTM

Dr Aisar Yee Abdullah seorang kolumnis akhbar Sinar Harian ada mengulas mengenai isu 'Demo UiTM' bersabit kenyataan MB Selangor yang mencadangkan kuota 10% dibuka kepada bukan bumiputera.Tulisan yang disiarkan pada Ahad 24 Ogos lalu dalam akhbar tersebut amat wajar dibaca oleh mahasiswa yang dipaksa berdemontrasi dan berarak ke Pejabat MB Selangor itu.

Lebih wajar juga 'penternak-penternak jaya' yang mengemudi UiTM membaca tulisan yang mendedahkan pandangan pemimpin MCA Dato Seri Ong Tee Kiat yang membidas kumpulan yang berlagak menjadi hero melayu itu.
Antara lain Dr Aisar Yee mendedahkan tulisan pemimpin MCA itu,katanya,dia(Ong Tee Kiat) menulis bahawa para pengkritik kepada saranan Khalid ini telah lupa bahawa beberapa tahun dulu Kabinet telah bersetuju membuka kuota yang sama jumlahnya dengan cadangan Khalid untuk dikhususkan kepada bukan Melayu di semua MRSM dan Kolej Matrikulasi.

Sewaktu itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri. Beliau diberitahu bahawa tujuannya ialah untuk mendapatkan intergrasi nasional yang lebih baik. Beliau memberitahu bahawa UiTM sudah pun menidakkan peluang siswa Melayu dengan tindakan membuka ruang sebanyak 5% kepada pelajar luar negara.

Kalau dulu para pentadbir universiti UiTM dan para pemimpin UMNO boleh mengambil sikap tidak membantah dengan keputusan dibuat Kabinet, kenapa kali ini pendirian mereka berubah? Mereka adalah orang yang masih sama. Apakah hanya kerana ia dicetuskan oleh musuh politik? Para pentadbir universiti seharusnya tidak melibatkan diri dalam soal politik kepartian kerana itu bukan tugas mereka

Untuk membaca sepenuhnya tulisan tersebut silalah ke

Selepas membaca tulisan tersebut sama-samalah kita nantikan apakah Dr Ibrahim Abu Shah,Dr Himi di Pahang dan lain-lain yang berjaya mengheret mahasiswa ke jalan raya baru-baru ini bersedia pula untuk berarak ke Pejabat MCA ataupun ke Parlimen membantah persetujuan yang pernah dibuat oleh Kabinet itu.

Kalau mereka sanggup,pastinya pendek umur!

Al Fatihah

Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau,Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat Allahyarham Saiful Anzani Rozi anggota Unit Amal Permatang Pauh yang kembali kerahmatullah hari ini akibat kemalangan semasa bertugas mengawal YB Dato Husam Musa pada hari pilihanraya kecil yang lalu.

Kami mendoakan semoga beliau dihimpunkan di hari akhirat bersama para syuhada yang gugur dalam perjuangan dengan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.Al Fatihah

Ikhlas dari
Penyelaras serta Ahli-ahli Unit Amal Kuala Krau

Berita lanjut http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016702&Itemid=100

Sejarah Terukir:Akhirnya Anwar Bersumpah!

Selepas berhari-hari BN menjaja Sumpah Lahanat Si Saipol,Selasa lalu BN dimakan sumpah di Permatang Pauh.Jam 10 pagi tadi pula,sejarah tercatat selepas sepuluh tahun berlalu,DS Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang yang baru,bersaksikan Speaker Dewan Rakyat,Anggota Parlimen Pakatan Rakyat dan tiga menteri BN,Mustafa Mohammad,Nazri Aziz dan Zaid Ibrahim.Menteri lain tak berani nak tunjuk muka termasuk PM Dolah dan Najib.

Untuk lihat upacara sumpah sila klikhttp://www.youtube.com/watch?v=1vSUjiEzfUM

Wednesday, August 27, 2008

Pemuda PAS Bantah Avril


Kenyataan Media DPPP
BANTAH KONSERT AVRIL

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras – kerasnya tindakan jemaah menteri meluluskan semula konsert Avril Lavigne walaupun sebelumnya Kementerian Kesenian dan Warisan serta PUSPAL telah membatalkan konsert yang akan diadakan pada 29 Ogos ini, malang ia diluluskan kembali apabila diangkat kepada mesyuarat jemaah menteri .

Konsert ini adalah suatu penghinaan kepada negara Malaysia dan umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak pada bulan september ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini. Dimana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan biadab terhadap ummat Islam , walaupun Shafie Afdal menyatakan bahawa penganjur hiburan diminta menghormati prosedur permohonan permit selepas ini. (selanjutnya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/08/kenyataan-media.html

Sumpah:Mufti Wilayah Di Sanggah

Kenyataan Wan Zahidi selaku Mufti Wilayah yang memperlekehkan Imam ramlang Porigi yang menganggap Sumpah Saiful sebagai tidak sah.ditempelak akhirnya Majlis Fatwa sendiri menolak sumpah tersebut.Ternyata mufti itu berjaya menbjadi Pak Turut pemimpin politik tertentu yang berkempen untuk PRK Permatang Pauh.

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundanganKUALA

TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang."

Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan."Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam."Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat."

Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan."

(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. BERNAMA

Permatang Pauh:Apa Kata Mereka?



Tun Dr Mahathir:
Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya. 6.

Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.

Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.

Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah. http://www.chedet.com/

YBM Tengku Razaleigh Hamzah:
Memberikan alasan kelemahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak sebagai punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil tersebut.

KepimpinanUmno bukan hanya ditolak oleh rakyat tetapi turut ditolak oleh ahli Umno sendiri di mana jumlah undi yang diterima oleh calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah adalah jauh lebih rendah berbanding keahlian Umno di kawasan tersebut. http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16680&Itemid=1

Datuk Ruhani Ahmad:
Kekalahan ini membuktikan majoriti pengundi di Permatang Pauh menolak Abdullah selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Kekalahan ini juga membuktikan tsunami politik yang meledak mulai PRU 12 adalah satu force yang masih bertenaga dan tidak akan reda selagi Abdullah masih terus berkuasa.

Lebih jelas lagi, jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.

Lantaran itu, Abdullah perlu bertindak decisive untuk mengosongkan kerusinya di Putrajaya dengan serta-merta. Jika tidak, krisis keyakinan rakyat terhadap Abdullah akan berpanjang dan boleh menjejaskan kekuasaan BN di negara ini menerusi PRU 13.http://www.kuda-kepang.blogspot.com/
Zaharin @Sang Kelembai:
Kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sebenarnya kebencian rakyat kepada Abdullah Hj Ahmad terlalu tinggi, jika tanah tumpah darah sendiri sudah tidak mempedulikan pemimpin latar belakang cucu ulama ariffilah dan anak ulama bagaimana yang lain. Dan yang menambah bodohnya BN/UMNO ialah meletakan gambar Imam Besar ini dengan keadaan melambai tangan yang bermaksud Selamat Tinggal kerana bakal beristirahat di Perth, Australia selepas pencen PM. Orang UMNO yang menganga sendiri-sendiri.http://sangkelembai2006.blogspot.com/

A.Kadir Jasin:
Kelebihan undi yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno.Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.http://kadirjasin.blogspot.com/

Tuesday, August 26, 2008

Dari Permatang Pauh Ke Putra Jaya


Syabas dan tahniah buat seluruh pengundi Permatang Pauh yang membuka jalan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ini.Tiada apa yang mampu untuk diungkapkan melainkan sebesar besar syukur kepada Allah di atas keputusan PRK Permatang pauh yang telahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ternyatalah perpaduan di kalangan pendokong Pakatan Rakyat dari kalangan pendokong PAS,PKR dan DAP amat erat dan tak mampu dipecahbelahkan dengan apa juga dakyah.Hanafi Mamat yang hanya mendapat 92 undi ternyata gagal menarik sokongan pengundi PAS yang kononnya menolak Anwar Ibrahim.Terbukti juga keseluruhan pengundi PAS terius wala' denmgan arahan pimpinan tertinggi untuk memenagkan DS Anwar.

Jam 11 mlm tadi saya baru berkesempatan menonton ulasan di Bernama TV.Turut disiarkan ucapan Dato Najib,TPM yang berkampung beberapa hari di Permatang Pauh.Kalau semalam beliau begitu sombong berbicara,malam ini ucapannya tadi seolah-olah beliau baru saja bertaubat dari berbagai dosa dan sesekali mukanya macam baru lepas selesai zikir munajat,berpinar-pinar biji matanya menahan air mata dari mengalir.

Mungkin di saat ini beliau sedang ditenteramkan oleh Rosmah di atas kesedihan bersangatan dan 'besarnya kemaluan' beliau dengan keputusan yang memeranjatkan. Orang Permatang Pauh 'tak klapaq' pada punggung si Saipol yang di lelong oleh Dato Najib di merata ceruk.

Bagi menantu PM dari Rembau yang datang membawa kain kapan dan penggali kubur untuk mengebumikan Anwar ,amatlah wajar beliau membungkus badannya dengan kain kafan dan minta lah pembantu-pembantunya menghumban dirinya ke dalam kubur yang dah siap digali.

Kepada DS Anwar ,selamat berjuang dan melangkah ke Putrajaya.

Thursday, August 21, 2008

Adegan LIWAT Penyokong Umno di Permatang Pauh!!

Anda terkejut dengan tajuk di atas?Nak tengok gambar-gambar aksi lucah penyokong Umno ketika penamaan calon Permatang Pauh,jom ke blog Pemangku Ketua DPP Pahang,klik http://najwasuhaimi.blogspot.com/ tapi pastikan umur anda melebihi 18 tahun ke atas.

Wednesday, August 20, 2008

Pidato Dato Husam Musa



Pidato Umum


1.YB Dato Husam Musa(Naib Presiden PAS)
2.Dato Tuan Ibrahim Tuan Man(PJ PAS Pahang)


Pada:22 Ogos 08
(Jumaat malam Sabtu)
Jam:9.20 malam
Tempat:Dataran Masjid Lama
(Markaz MTD Jengka)
Rantau Perintis,Bandar Jengka

Friday, August 15, 2008

Tok Naset Ketua Pesta Cucuk Hidung Di Bandar Jengka

Kisah Tok Misai yang suntik pil subur pada ternakannya tak berakhir di negeri termaju,ianya merebak ke seluruh negara.

Blog tukulbesi mendapat maklumat rakan karib Tok Misai di Jengka juga turut melakukan aksi yang sama cuma mungkin berlainan formula.Khabarnya rakan Tok Misai tu namanya Tok Naset telah mencucuk hidung segala ternakannya tak kira jenis kaki empat ke kaki dua,diheretnya beramai-ramai satu kilometer menurut akhbar di Pantai Timur.

Ada yang mengembek,mengebooh,melompat-lompat tak ketahuan keloloinya.Sasau habis jadinya.Bertepuk tanganlah Tok Naset kerana ilmu dukunnya menjadi.

Sape ade maklumat tentang Pesta Cucuk Hidung di Jengka tu hantarlah berita kat Tukulbesi.Kru kat sini nak bertolak ke Permatang Pauh kejap lagi,lepas tu ke Muktamar di Ipoh,kita jumpa semula.

Thursday, August 14, 2008

Gempar! 5000 Pelajar Bertelur Selepas Disuntik Pil Subur

Seorang bomoh bergelar Tok Misai merangkap Profesor Kangkong dari sebuah institusi pengajian di negara ini berjaya mencipta pil subur untuk pelajar-pelajarnya yang tidak pernah bertelur sejak beberapa dekad lalu walaupun sering mengawan.

Selasa lalu lebih 5000 pelajar yang diternak oleh Tok Misai sejak sekian lama telah mengejutkan dunia penternakan negara ini apabila mereka telah bertelur beramai-ramai hanya beberapa hari selepas Tok Misai menyuntikkan pil subur secara paksa kepada mereka.

Akhbar utama semalam melaporkan,kumpulan ini telah keluar beramai-ramai dari sarang masing masing lengkap memakai barut dengan berbagai ragam,ketawa,sedih ,marah berarak ke Pusat Pentadbiran Negeri Termaju di negara ini untuk menyertai Pesta Bertelor Terbesar di negara ini.

Namun demikian tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Pesta Bertelor ituSeorang pelayar siber yang berpusat di negeri Penyu Bertelor melaporkan ,seandainya pihak berkuasa menyekat pesta yang tidak ada permit itu dengan menghantar Tukang Sebat Bertopi Merah,nescaya kumpulan ini akan lari lintang pukang meninggalkan ketua perarakan.

Lebih membimbangkan juga pencemaran alam dengan bau busuk akan berlaku akibat ribuan telor akan berciciran dan bersepahan di seluruh Pusat Pentadbiran Negeri Termaju itu.

Sehingga tengahari ini berbagai pihak masih belum dapat mempastikan apakah formula yang digunakan oleh bomoh Tok Misai yang berjaya menghasilkan pil subur terpantas itu.

Sekian laporan dari tukulbesi.blogspot.com untuk rancangan Pelik Tetapi Benar.

Keterangan Gambar:Gambar ini sekadar hisan sahaja,tetapi tak tau ler kalau memang dia ni yang dikatakan 'Tok Misai' tu.Lu pikirlah sendiri..




Tuesday, August 12, 2008

TALIBAN Baru Untuk Malaysia


Apa cerita dengan MP Kulim Bandar Baru ni.Dapat pangkat bukan-bukan.Nak tau sila baca posting Roslan SMS:Bila Belanda Diberi Tanah di http://n32.blogspot.com



Friday, August 8, 2008

Malang Seorang Pengurus Pusat Aduan Mangsa Liwat.


Gambar Atas:Isterinya dapat lelaki muda
Gambar Bawah:Suaminya dapat nenek(Lelaki dlm gambar ni,dia ler ayah budak yang gambarnya kat bawah,muka serupa)

Thursday, August 7, 2008

Sape Kenal Budak Ni?




Sape jumpa budak lelaki ni tolong serah pada mak ayah dia.Kenal ayah dia?Muka pun lebih kurang,perangai pun gitu juga.Dengar cerita ayah dia Pengurus Pusat Aduan Mangsa Liwat.Ayah dia juga boleh bantu kalau anak tuan tuan tak lulus periksa kat universiti tapi nak juga biasiswa,bolehlah dia tolong.
Tapi hati hati sikit jangan dok raging budak ni,ayah dia ada C4,nanti tak berkubur pulak.

Info Muktamar PAS 54

Peta Ke Muktamar
Logo Rasmi Muktamar Tahunan PAS Ke 54
Untuk maklumat lanjut berkaitan muktamar sila kehttp://muktamarpas54.blogspot.com/

Wednesday, August 6, 2008

Penemuan Menggemparkan:Otak Manusia Berkeadaan Baik di Temui Dalam Tengkorak

Beberapa orang saintis luar negara yang mengkaji tengkorak manusia di negara ini gempar apabila sebahagian daripada tengkorak yang ditemui mempunyai otak di dalamnya berkeadaan baik walaupun ada yang berusia mencecah 50 tahun.

Kajian lanjut ke atas penemuan luar biasa itu menemukan satu teori baru sebagai jawapan .Teori itu menyebutkan;otak yang ditemui di dalam tengkorak manusia itu berada dalam keadaan baik kerana pemilik otak tersebut amat jarang menggunakan otaknya untuk berfikir dan mengkaji sepanjang hidupnya.

Manusia-manusia itu ketika hidupnya bak kata Karam Singh Walia TV3 ibarat lembu yang dicucuk hidung dan seperti lalang ditiup angin

Penemuan menggemparkan itu yang ditegah pihak berkuasa mendedahkannya kepada media massa juga turut mengenal pasti spesies manusia yang mempunyai otak yang amat sedikit digunakan itu terdiri dari kalangan penyokong tegar satu kumpulan yang hampir pupus mulai Mac 2008 dikenali sebagai Kumpulan Alim Mim Nun Wau atau SARKAS seperti yang pernah disebut oleh Tan Sri P.Ramlee lebih kurang 40 tahun lalu.

Sekian laporan dari bilik berita http://tukulbesi.blogspot.com/ untuk rancangan cerita-cerita rekaan.

Monday, August 4, 2008

Anwar Kalah Di Permatang Pauh!!

Anwar adalah malapetaka kepada Umno.Dia adalah sebiji bom jangka yang dilontar masuk ke Parlimen dan bakal meletupkan bangunan bersejarah itu sekali gus membunuh barisan Menteri Kabinet sebelum letupan yang teramat dahsyat di Putra Jaya.
Bom jangka itu perlu dimusnahkan sebelum sempat meredah masuk ke bangunan Parlimen. Beberapa langkah perlu dilakukan seperti berikut;
Pertama:Malam pengumuman keputusan,apabila kiraan menunjukkan Anwar menang besar,Pegawai Pilihanraya pun menerima 'wahyu' dari Putra Jaya ,buatkan kesilapan teknikal dalam pengumuman keputusan macam di Pasir Putih atau Sanglang.Keputusan terbalik.Mat Ezam Pemilik 6 Kotak rahsia calon BN ataupun Datuk Firdaus (Yang Tendang Kotak) diistiharkan menang dengan majoriti 20 ribu.Terlopong mulut tok imam yang dah standby nak sepak peti undi.Anwar bawa ke Mahkamah,dua tiga tahun tak selesai,datang pulak pilihanraya baru.Terencat lah jalan ke Putra Jaya.

Kedua:Pada hari mengundi,dihantar pengundi hantu campur samseng yang diketuai KJ,buat kecoh ,berlaku huru hara,pilihanraya dibatalkan.Terencat juga jalan ke Putra Jaya.
Ketiga:Ketika penamaan calon,borang Anwar ditolak atas sebab teknikal.Mat Ezam atau Tok Imam diistiharkan menang tanpa bertanding.Anwar bawa ke mahkamah,tak sempat selesai Najib dah jadi PM.

Keempat:Hari penamaan calon,dibuat gangguan supaya dapat menghalang Anwar menyerahkan borang pencalonan.Macam Mat sabu dan Saifudin hampir kena pada PRU 2004 di Kedah.Bila Anwar dah masuk,masa dah tamat.Selamat jalan.

Kelima:Hari penamaan calon juga,saksi Anwar berjaya dibeli,dia tak muncul-muncul di pusat penamaan calon macam kes di Batu Kurau ,Larut dalam satu pilihanraya.Anwar gagal menjadi calon.

Keenam:Hari mengundi,pengundi masuk ke pusat pengundian.Bila nak pangkah PKR,cari logo tak de.Yang ade Anwar Ibrahim logo Roket.Orang ramai jadi kelam kabut.Pilihanraya dibatalkan kerana SPR silap cetak macam kes di DUN Panching,Kuantan PRU 2004.Pilihanraya Permatang Pauh diganjak ke tarikh lain,masa tu Anwar masuk semula ke Sungai Buluh.

Ketujuh,lapan,sembilan....banyak lagi yang penjahat-penjahat ini boleh rancangkan,yang penting Anwar mesti dimusnahkan sebelum ke Parlimen.

Apa yang penulis catatkan adalah andaian yang boleh berlaku dan semua contoh yang tercatat telahpun berlaku di negara ini. Jangan pandang remeh telahan ini.Ayuh pastikan bom jangka ini benar-benar berjaya menembusi tembok dinding bangunan Parlimen yang berdiri megah sejak sekian lama.Jangan sesekali kita tersilap langkah.Ayuh ke Permatang Pauh.Lawann Tetap Lawan!

'Along' Di Jengka,Bermaharajalela Dari Pintu Kedai Ke Tangga Masjid

Beberapa hari lepas,sahabat saya SU Pemuda kawasan forwardkan satu sms yang diterimanya:Tolonglah saya,saya perlukan 30 ribu,penantian jam 9.00 pagi menggerunkan saya.
Apa ceritanya?Seorang peniaga wanita di Nadi Kota,Bandar Jengka telah terpedaya dengan rakan sendiri sehingga dia yang tak berhutang,tiba-tiba dicari Along dalam beberapa hari ini menuntut bayaran hutang dan bunga lebih kurang 30 ribu.
Wanita yang hari-hari dilaluinya penuh derita kerana diburu Along memohon bantuan dari sahabat saya yang lebih dhaif dari dia sendiri.Berapa sangatlah gajinya sebagai SUK kawasan nak bantu wanita yang perlukan RM 30 ribu.
Saya pun hairan juga,walaupun media massa banyak kali paparkan bahana Along tapi masih ramai juga yang terpedaya.Tapi apa nak kata,kadang-kadang keadaan hidup yang mendesak memaksa mereka memilih jalan pintas bagi mendapatkan pinjaman,.Ditambah lagi berbagai kesukaran bagi mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan,kerenah birokrasi dan berbagai-bagai lagi yang sentiasa mencengkam kehidupan,telah mengharuskan segala-galanya berlaku.
Itulah natijah daripada sistem pemerintahan yang tidak berpandukan wahyu ilahi.Kalaulah panduan ilahi menjadi ikutan,selesailah masalah Along dalam negara ini.Tiadalah lagi Along yang bermaharajalela.
Sebelum kisah Along di Nadi Kota,dua minggu lalu kecoh di sebuah masjid dalam daerah Jengka apabila imam baru yang dilantik JAIP tidak disenangi orang ramai kerana moralnya.
Makmun heran,bagaimana seorang yang tak pernah ditolak ke depan menggantikan imam di masjid selama lebih 30 tahun,tiba-tiba disenaraikan sebagai calon imam.Bila temuduga,dia lulus dengan markah agak tinggi kerana bacaan Quran nya yang baik.
Tetapi kenapa makmum menjadi huru hara setiap kali imam baru ini datang ke masjid,ada yang mufarakah,yang buat saf lain,ada yang 'start' motor balik ke rumah!.Tok imam baru pula jenis tak pandang kiri kanan,awal lagi dah tercegat di atas sejadah.
Apabila saya jumpa makmum makmum ini,apa kata mereka?"Kami tak nak ikut Imam 10-2 ".Saya tak berapa faham."Along dah jadi imam" kata mereka.
MasyaAllah,apa nak jadi?Pegawai JAIP pun terkejut dengar cerita."Patutlah saya tengok muka dia macam nak je jawatan imam tu",kata seorang pegawai agama yang berkaitan.
Imam baru tu,memang terkenal dengan kegiatan memberi pinjaman kepada orang ramai yang kesempitan kewangan.Kalau pinjam RM 100,dipotong siap siap RM 20.Bunganya 20 persen,sama yang didapati Tuan Penasihat kepada bapak mertua Tiga Abdul.Tapi dia memang qari dan ada kelulusan agama.Tapi kerana dia Umno,semua boleh.Itu lah cerita ahli kariah berkenaan Imam 10-2
Seorang pegawai masjid berkenaan bercerita kepada saya semalam."Dia(Imam 10-2) pernah cakap,kalau tak de bayaran dia tak sanggup jadi imam.Kiranya setiap rakaat tu ada ler bilangan RM nya.
Bimbangnya kalau pihak berkenaan lewat bayar elaun imamnya,nanti dituntut pulak bunganya.
Seorang bekas pentadbir masjid yang dipilih ahli kariah pernah menegur tentang hal riba .Di jawabnya;kalau nak kira riba,Bank Islam pun kenakan riba.
Budak indon yang kerja kait buah sawit Felda pun terkejut macamana si Along boleh jadi imam.Apa tidaknya ,ladang diserah kepada Felda,ditanam pokok sawit sendiri di tanah rezab,bila nak kutip buah,dikutip sekali yang Felda ,dijual.Cepat ler kaya.
Kenapa boleh jadi begini?Sebabnya Pengerusi Masjid merangkap Pencacai Umno tak bersedia mengangkat nama ahli jemaah yang lain yang selalu mengganti imam sebab mazhab politiknya tak sama,lalu dicari lah dikalangan sesama mazhab politik dan bertemulah Imam 10-2.
Maka bermaharajalelalah Along dari pintu kedai hingga ke tangga masjid.

Saturday, August 2, 2008

Petugas Ber'tshirt' Pagoda,Anugerah Allah Untuk Rakyat Perak.

Saya tidak mampu mengawal emosi hingga menitis air mata apabila membaca tulisan Tarmizi Mohd Jam kisah seorang petugas PAS bertshirt pagoda yang kini bergelar MB.
Bila melihat tajuk tersebut saya menyangka yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengenakan tshirt pagoda di rumahnya.Telahan saya ternyata meleset apabila tokoh yang dimaksudkan ialah MB baru bagi rakyat Perak daripada PAS.
MasyaAllah,itu saja ungkapan yang terbaik untuk saya ungkapkan,rupanya bukan Kelantan saja dianugerah Allah pemimpin seperti Umar Abdul Aziz tetapi anugerah yang sama kini dikurniakan Allah kepada rakyat Perak.
Bersyukur dan bertahmidlah memuji Allah atas anugerah ini.Inilah hasil tarbiyyah yang ada dalam PAS walaupun sering diperlekeh oleh mereka yang tidak duduk di medan juang yang sebenar,namun ternyata PAS punyai tokoh-tokohnya yang layak untuk memimpin ummah ini ke jalan bahagia di dunia dan akhirat.
Saya juga punya cerita yang hampir sama,cuma menunggu masa untuk dianugerah Allah kepada rakyat negeri Pahang khususnya,tunggulah saatnya akan tiba.
Ikuti tulisan Tarmizi di bawah:
Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam Sat Aug 02, 08 12:35:25 pm MYT
Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "depa raya".
Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.
Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.
Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.
Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.
Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.
Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.
Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.
Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.
Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.
Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.
Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.
Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.
"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.
Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.
Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.
Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.
Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.
Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).
Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.
"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.
"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.
Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak).
Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.