Friday, January 30, 2009

Dato Tuan Berjaya Sampaikan Sumbangan Warga Jengka Kepada Pemimpin HAMAS

Lebih RM 20,000 sumbangan derma untuk umat Islam Palestin dari warga Jengka telah selamat diserahkan kepada pemimpin HAMAS oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku bekas ADUN Jengka yang juga YDP PAS Kuala Krau dalam kunjungannya ke sempadan Palestin beberapa hari lepas.

Demikian laporan terkini yang saya terima dari Setiausaha Sulit beliau yang baru pulang ke Malaysia sebentar tadi.Info lanjut akan menyusul Insya Allah.

Pemuda Maut di 'Jalan Maut'

Simpang Maut yang meragut nyawa Mohd Shahir
Posting saya pada September 2008 bertajuk Jalan Jalan Maut Di Jengka telah menjadi kenyataan.Peringatan saya tentang simpang kedua Jengka 16 yang merbahaya akhirnya meragut nyawa Mohd Shahir Mohd Nor 21 tahun dari Sg Tekam Utara seminggu lalu yang bekerja dengan Mat Sapak Tayar.

Saya yang berada dilokasi kejadian pada jam 9.00 malam sempat melihat Mohd Shahir menghembuskan nafasnya selepas motorsikal RXZnya merempuh sebuah kereta yang hendak membelok masuk ke Jengka 16.Ketika itu kedua dua kenderaan tersebut dari arah Bandar Pusat.

Allahyarham Shahir mengalami pendarahan dan kecederaan serius dibahagian kepala dan lehernya.Dalam keadaan tidak sedarkan diri,nafasnya turun naik ketika itu.Saya sempat menghubungi keluarganya melalui handphone Allahyarham yang saya ambil dari poket seluarnya dan memaklumkan kemalangan tersebut.Tetapi ketika itu beliau telahpun tidak bernyawa lagi.

Antara kedua dua motor yang merempuh dan kereta yang membelok tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana di tengah simpang tersebut sememangnya terdapat garis putus putus yang membolehkan kenderaan memotong.Keprihatinan pihak berkuasa saja lah yang di tunggu tunggu untuk memasang tanda amaran atau sebagainya.

Kepada keluarga Allahyarham bersabarlah dengan takdir Ilahi.

Lepas Matau ,Jengka 16!

Saya baru saja dihubungi seorang anak peneroka Jengka 16 yang memaklumkan beberapa buah kedai yang terletak di Simpang Jengka 16 telah diberi notis hari ini untuk dirobohkan sebulan dari sekarang.

Apa kerja YB baru ni?Isu Matau tak selesai ,kat Jengka 16 pulak!Saya akan dapatkan maklumat petang ini dari peniaga peniaga berkenaan.Abang Wan tak nak gi sekali ke?Bimbang kut orang Jengka 16 tersilap mana satu YB yang menang PRU lepas.Saya YB,Yang Berusaha!

Kerana 'Otak Duit' Cadangan Pembinaan Sekolah Di Tolak

Pagi tadi saya dibawa berjalan jalan oleh seorang sahabat saya di Jerantut ke sebuah rancangan Felda yang masih tebal 'aqidah' Umnonya di daerah ini.Saya ditunjukkan satu kawasan tanah terbiar seluas lebih kurang 14 ekar.

Tanah tersebut asalnya dicadangkan untuk dibangunkan sekolah menengah.Tetapi hari ini hanya tinggal semak samun dan bakal menjadi hutan belantara sedikit masa lagi.Menurut penduduk tempatan cadangan pembinaan sekolah menengah telah di tolak oleh pimpinan masyarakat setempat yang tentunyalah berkiblatkan Umno.

Alasannya cukup mudah.Rancangan Felda ini memiliki basnya sendiri.Kalau ada sekolah menengah,tak kan berjalan lah bas itu,kerana pelajar pelajar boleh datang sendiri ke sekolah.Maka tak masyuk ler .Biar ler sekolah jauh sikit,baru bas tu berfungsi,baru lah ade income nya!Logis!Logis!Boleh ler faraid sikit sorang hasilnya tiap tiap bulan.

Akhirnya pembinaan sekolah itu pun dipindah ke rancangan Felda lain yang lebih berminat.Begitu lah cara berpikir pemimpin Umno dari Felda sampai ler ke Parlimen.Sama saje,otak nye memikir duit.Macam ler ayam dengan padi,itik dengan air,Umno dengan.... duit ler.

Buku Nostalgia Syuhada Palestin Edisi Khas Akan Kembali


Berikutan isu Palestin yang kembali memuncak, ramai yang bertanya saya kenapa tak re-print buku Nostalgia Syuhada' Palestin. Sememangnya saya nak cetak semula buku itu. Tapi saya perlu refresh isu-isunya supaya bersesuaian dengan suasana terkini.Insya Allah dengan bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat, doakan buku itu dapat diterbitkan semula dengan nafas baru.

Bagi yang belum mengenali buku berkenaan, Nostalgia Syuhada' Palestin merakamkan rentetan sejarah penuh tragis bumi Palestin. Merakamkan penderitaan umatnya sejak ratusan tahun. Paling memberi kesan kepada pembaca ialah kisah-kisah para pejuang yang sebahagian besarnya telah gugur syahid. Kisah lebih kurang 60 orang pejuang Palestin dimuatkan di dalam buku Nostalgia Syuhada' Palestin.

Walaupun saya adalah pengarangnya, tetapi setiap kali saya membaca kembali catatan perjuangan mereka, air mata saya akan menitis.
Sementara menunggu buku ini berada di pasaran ,saksikanlah kehebatan para mujahidin Palestin di http://www.palutube.com
Untuk tonton kehebatan mujahidah Palestin ,klik sini

Friday, January 23, 2009

Ceramah di Jengka

Ceramah Ustaz Muda (Urusetia Penerangan PAS Trengganu)
dan Ust Shahril Azman
23 Januari 09(Jumaat malam ini)
Di Markaz PAS Jengka 18

Ceramah Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS/Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Trengganu
24 Januari 09(Sabtu-esok 9malam)
Markaz PAS MTD Jengka,Rantau Perintis Bandar Jengka

Ceramah Palestin
Profesor Dr Ridzuan Osman Jab Sejarah Universiti Malaya dan Wakil Hamas
26 Jan 2009(Isnin)
Selepas Maghrib
Masjid Jengka 18

Ceramah & Jamuan Kemenangan PRK K.Trengganu
Ustaz Azman Syafawi Abd Rani
(Naib Ketua Pemuda PAS Pusta/Ketua Pemuda PAS Trengganu)
28 Jan 09 Rabu 9.00 mlm
Markaz PAS Jengka 16

Thursday, January 15, 2009

Pengalaman Di belasah Polis Malaysia Kerana Lawan Israel

Walaupun akhirnya kerajaan Malaysia dilihat memainkan peranan utama dalam isu Palestin selepas Sidang Tergempar Parlimen di adakan namun seringkali apa yang di ucapkan pemimpin negara tidak selari dengan apa yang dilaksanakan.

Baru saja minggu lepas 21 orang ditahan polis kerana membantah kekejaman zionis ke atas warga Palestin,tiba tiba hari ini kerajaan yang bertangjawab ke atas polis polis itu berlagak sebagai hero rakyat Palestin.Apakah kerajaan BN masih punya agenda politik dalam lakonannya sebagai hero rakyat Palestin ini terutamanya disaat kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu sedang hangat berjalan.

Tindakan polis menahan 21 penunjuk perasaan ini bukanlah perkara asing di negara Malaysia ini,tambah tambahan lagi yang berhimpun itu penyokong parti pembangkang,cepat sahaja polis bertindak.Tetapi kalau kumpulan itu penyokong BN,walaupun berlaku aksi ganas,tak akan salah.Lihat sahaja aksi polis ketika penyokong PEWARIS mengejar wanita Cina yang mengutuk PEWARIS yang menyokong ISA.

Walaupun wanita itu di tempeleng dan hampir tersungkur,polis nya begitu baik hati dengan kumpulan penunjuk perasaan.Tiada berita besar pun di dada akhbar yang mengkritik kumpulan tersebut,tiada kenyataan pun dari Musa Hasan!

Kekasaran polis terhadap kumpulan anti zionis bukanlah benda baru.Tanggal 4 April 1997 ketika berlaku bantahan terhadap kedatangan pasukan kriket Israel ke negara ini,saya sendiri sudah rasai 'baik hatinya dan prihatinnya' polis Malaysia.

Selesai sahaja solat Jumaat di Masjid Ar Rahman Pantai Dalam sebelah pintu utama ke Universiti Malaya,ketika ribuan para jemaah melaungkan Takbir dan kutukan ke atas Israel laknatullah,pasukan FRU bertopi merah dengan penuh ketakburannya menembak meriam water cannon mengandungi asid yang memedihkan mata,menggatalkan dan memeritkan kulit di tambah lagi dengan tembakkan gas pemedih mata yang begitu menyiksakan.

Saya sendiri yang berada bersama ribuan umat Islam yang lain yang basah bermandikan asid dalam keadaan sesak nafas lari masuk ke Masjid Ar Rahman,tetapi polis Malaysia yang biadab tidak tahu menghormati rumah ibadah umat Islam terus melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata yang jatuh ke halaman masjid.

Mereka minta kita bersurai,tetapi mereka menembak orang yang sedang bersurai.Dari jam 3.00 petang kami di kepung di masjid tersebut hinggalah azan Isya',polis menceroboh masuk ke dalam masjid dengan berkasut yang di sarung plastik menangkap kami yang mahu mengerjakan solat Isya.Tiada seorang pun dibenarkan solat Isya ketika itu.250 orang diangkut ke balai polis .Malam itu kami diagih agihkan ke seluruh lokap polis di Kuala Lumpur termasuk,Pantai ,Briekfield,Sentol dan lain lain.

Ketika saya diheret FRU dari dalam masjid,beberapa orang FRU beragama Islam membelasah saya bagaikan lembu dengan cota di tangan mereka.Tengkok,paha dan belakang saya jadi sasaran mereka.Tetapi sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang polis yang bukan Islam menegur tindakan polis polis melayu yang membelasah saya.

Antara yang ditahan bersama saya ketika itu ialah Hj Mahfuz Omar,Salehudin Ayub,Hanifa Maiden yang tak terlibat pun dalam demontrasi,Misbahul Munir,abang Jamal Unit Amal dan ramai lagi.

Dalam perbicaraan yang berlangsung hampir lima tahun,saya sendiri menjadi saksi pembela kepada Hj Mahfuz,Salahudin Ayub,Pak Amjal dan Cikgu Minghat.Pada tahun 2001 tiga dari mereka di sumbat ke penjara Kajang,Cikgu Minghat yang agak uzur telah membayar denda.Mereka dipenjara ,di denda di belasah bukan kerana apa apa jenayah yang mereka buat,tetapi hanya kerana melaungkan 'Jahanam Israel,jahanam Yahudi!".

Wednesday, January 14, 2009

SMS Dari Ezam

"Ya tentu.Semoga Allah beri kekuatan.Wassalam",demikianlah bunyinya pesanan ringkas dari Ezam Mohd Nor yang masuk ke handset saya jam 12.50 tengahari semalam sebagai menjawab soalan saya,"Salam.Tq,dgr crt anta masih hrpkan PAS utk hdpi munafik dlm PKR & DAP.Sape pulak hrpn anta utk lwn munafik dlm Umno? @ anta sndiri akn lwn munafik2 tu?..dr Tukul Besi.

Sebelumnya saya terbaca dua sms dari bekas Ketua AMK yang sekarang turut sama membantu Wan Farid di Kuala Trengganu yang dihantar kepada dua orang sahabat saya.

Salah seorangnya bertanya Ezam,"Betulke anta nak perang dengan PAS",Ezam terus membalas,"Tidak benar,malah PAS lah harapan ana untuk berhadapan dengan munafik di dalam PKR dan DAP".Itulah jawapan orang yang pernah menjadi teraju utama di dalam PKR suatu ketika dahulu.

Ezam adalah satu nama yang sudah tidak popular terutama selepas PRK Permatang Pauh yang menyaksikan BN gagal merampas kerusi yang mjenjadi milik PKR yang sebelum itu sememangnya milik Anwar Ibrahim.Tetapi kekalahan BN dikaitkan dengan kehadiran Ezam dengan kempennya memburukkan idola dan bintang pujaannya sejak berkurun lama yang menjadikan penyokong Umno sendiri meluat dengan gelagat Ezam yang cuba menjadi hero baru Umno padahal masih segar benar dalam ingatan mereka maki hamun kepada Umno itulah zikir si Ezam.

Penyertaan Ezam ke dalam Umno berkait rapat dengan krisis peribadinya dengan Anwar.maka tidak hairan kalau beliau bermati matian berkempen untuk gagalkan Anwar ke Parlimen pada PRK Permatang Pauh yang lalu.Tetapi apabila beliau turun berkempen membantu Wan Farid untuk menentang calun PAS,pastilah beliau melakukan silap besar.

Tetapi ada maklumat yang sampai kepada saya mengatakan beliau sedikit keberatan untuk membantu calun BN di PRK Kuala Trengganu,tetapi dek kerana dah jadi ahli Umno ditambah lagi Wan Farid itulah yang bertanggungjawab mengutip beliau kembali ke dalam Umno,maka atas dasar terhutang budi,terpaksa beliau turun ke Kuala Trengganu untuk membantu calun BN itu.

Bagaimanapun apabila saya menerima sms dari Ezam,"Ya sudah tentu" yang bermaksud ,beliaulah yang akan berdepan dengan munafik di dalam Umno ,maka berbagai andaian boleh dibuat orang.

Boleh lah diandaikan saudara Ezam ini jiwanya belum sebati lagi sebagai jiwa Umno.Jiwanya masih penuh kesangsian dengan langkah yang dipilihnya sendiri.Maka kempennya di Kuala Trengganu itu bukannya untuk menolong Wan farid tetapi untuk menolong dirinya sendiri agar dilihat sudah benar benar tulen sebagai ahli seumur hidup Umno supaya langkahnya lebih panjang ke hadapan.

Kalau Ezam itu sendiripun tak percaya sepenuh hati kepada Umno,maka kenapa pula orang Kuala Trenganu nak percaya dengan Umno dan cakap Ezam dalam kempen kempennya di sana.

Tetapi andai ditakdirkan keputusan PRK pada 17 Januari ini menyaksikan sekali lagi BN berkubur sebagaimana di Permatang Pauh,maka alamat pendeklah umur saudara Ezam Mohd Nor ini.Maka mungkin benarlah pengakuan nya "Ya sudah tentu" itu.

Bangkit Dari Keletihan

Dah dua minggu kita berada di tahun baru 2009.Saya belum lagi mengupdate blog Tukulbesi ini.Ramai pengunjung yang kehairanan kerana Tukulbesi mati mengejut,macam diserang strok!ataupun terkena Chikungunya!

Tukulbesi belum mati,cuma berehat seketika kerana keletihan,kebetulan awal tahun sibuk dengan urusan pelajar baru di kelas yang saya usahakan.Dalam masa yang sama juga balik dari Kemboja pertengahan Disember lalu terkena tempias 'Tsunami'.Gersang Gurl dalam Borak Corner bertanya,apa yang tsunaminya ustaz?Tak pe lah,yang tahu tu tahu lah,yang tak tahu tu tak lah penting sangat untuk tahu.

Apa pun dalam perjuangan ini baik dibidang mana,pentas politik,pendidikan,sukan ,penulisan, apa jua yang disebut perjuangan ,tak kan lepas lari dari melalui ujian Maha Pencipta.Ujian itu lah yang mematangkan perjuangan kita.Bila datang ujian Tuhan,kita bermuhasabah menginsafi perjalanan yang telah kita lalui kalau kalau ada yang tergelincir dari landasan,cepat cepat kita betulkan.Orang yang beriman akan terasa dirinya begitu kecil di sisi Allah baik dia seorang pemimpin besar mahupun berpangkat gurkha sahaja dalam perjuangan.

Tak semua yang kita rancang akan berjalan mengikut kemahuan kita. 'A' yang kita mahu,mungkin 'B' yang terjadi.Begitulah aturan Allah.Kita tentunya mahu mudah,mahu senang,mahu menang.Tapi tak mungkin Dia akan membiarkan kita mengikut apa saja yang kita mahu.Lantaran itu ujian yang didatangkan Allah adalah untuk mengajak kita kembali mengingatiNya.

Menulis tanpa upah dan penghargaan tentunya memenatkan.Tetapi di alam cyber hari ini,setiap penulis cukup puas apabila tulisannya dibaca orang,samada pembaca nak terima atau tidak,itu nombor dua.Kalau pembaca nak copy dan siarkan di ruang lain,ahlan wa sahlan,tapi jangan lupa catatkan sumber ambilannya.

Atas rasa cukup tak selesa bila ditanya orang ,apa jadi dengan Tukulbesi!Maka hari ini Tukulbesi bangkit dengan penuh keletihan untuk mengetuk keyboard komputer supaya semuanya tidak merasa hampa.Insya Allah tunggu sebentar.