Wednesday, September 30, 2009

Pengundi Pengundi Yang Panjang Usia Di Bagan Pinang

Semakan terbaru yang saya buat ke atas senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR pada 15 September 2009 melalui SSDP(Sistem Semakan Daftar Pemilih) menemui beberapa penemuan terbaru:

Terdapat 211 orang pemilih yang layak mengundi di DUN Bagan Pinang berusia antara 80 hingga 104 tahun.Pecahannya ialah:

a.Umur(100-104 tahun)= 9 orang
b.Umur(96-99 tahun) = 14 orang
c.Umur (91-95 tahun) = 25 orang
d.Umur (86-90 tahun) = 43 orang
e.Umur (80- 85 tahun) =120 orang

Jumlah semua 211 orang

Mereka yang berusia 100 tahun ke atas ditemui dalam senarai dftar pemilih di UPU Telok Kemang(2 orang)Sirusa(1 orang)Siliau(2 orang),Bradwal(2 orang) dan Sua Betong(1 0rang)

Kita sedang menyiasat apakah formula makanan yang digunakan Isa Samad di Telok Kemang yang dapat membantu memanjangkan hayat pengundi di kawasan tersebut.

(Untuk melihat sendiri maklumat pengundi yang berusia 100 thun ke atas ini sila semak nombor i.c berikut di laman web SPR klik sini.Nombor ic 051117755045,081222755167,060111055018,071211745415

Banner Penyokong Isa samad


Inilah gambar banner ugutan dari penyokong Isa seperti yang saya ceritakan dalam tulisan sebelum ini.Sumber;baganutama.blogspot.com

Zulkefly Mohamad Omar vs Isa Samad


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,Zulkefly Mohamad bin Omar akan mewakili PAS untuk menentang calon BN Isa samad di bagan Pinang pada pilihanraya kecil 11 Oktober ini.Pengistiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden PAS Dato sri tuan Guru hj hadi Awang malam tadi.
Maklumat lengkap beliau di sini

Isa Samad Calon BN,Najib Sembah Derhaka!

Dua orang tokoh tak boleh tidur malam ni.Pertama Tun Mahathir,yang masih berkelip kelip matanya saat ni menahan rasa marah dan terhina kerana nasihatnya tak di dengar oleh Perdana Menteri Najib.Untuk ke sekian kalinya ,Najib tak mampu lagi mengiyakan sifunya itu.Walau berulang kali diingatkan,jangan dipilih pemimpin rasuah,tapi Najib tak boleh nak laksanakan.Najib terpaksa buat keputusan yang sangat berat demi kelangsungan hayatnya.
Isa Samad ,walau sebesar mana rasuahnya tak boleh diremehkan oleh Najib.PM yang dikait dengan Altantuya itu berhutang budi dengan nya.Orang Bagan Pinang lebihlah maklum kan.Walaupun Tun kata melayu mudah lupa,tapi peristiwa yang hampir menamatkan hyat politik Najib di tepi laut Port Dickson tu masih dalam ingatan orang 'neghori'.Siapa kah bahtera penyelamat ketika itu yang telah memanjangkan hayat Najib hingga lah bergelar PM hari ini.Tak lain tak bukan,Isa lah penyelamatnya.Maka jasa Isa terlalu besar bagi Najib .
Aduhai Tun Mahathir,terimalah sembah derhaka dari memanda Perdana Menteri.
Mad Hasan pun masih terkebil kebil.Belum dapat melelapkn matanya.Bala apakah yang sedang menimpa?Bak garuda menyerang negeri. Belum lagi panas punggungnya di Wisma Negeri,sudah ada calon yang bakal yang menarik kerusi empuknya itu.Walaupun hanya 'surat khabar lama' tapi menyeramkan.
Kalau BN kalah ,dia akan dipersalahkan,kalau BN menang kepalanya bakal dipenggal!Adus!

Tuesday, September 29, 2009

Dari Bagan Pinang

Pengumuman Calon PAS Malam Ini

Saya sekarang sedang berada di Bagan Pinang membantu kerja kerja awal untuk PRK Bagan Pinang sebelum penamaan calon pada 3 Oktober ini.Malam ini Presiden PAS akan mengistiharkan nama tokoh yang akan bertanding mewakili PAS di PRK ini.Ceramah umum pengistiharannya akan dibuat di Batu 9,Telok Kemang.

Penyokong Isa Mula Mengugut.

Ahli ahli Umno Telok Kemang yang mahukan pemimpin mereka Isa Samad menjadi calon telah mula menggertak pimpinan Umno negeri dan pusat supaya mencalonkan Isa di PRK ini.
Sebelum Zohor tadi saya dimaklumkan terdapat beberapa sepanduk di pasang penyokong Isa sekitar Bagan Pinang yang memberi amaran keras kepada kepimpinan supaya jangan mengenepikan Isa.Muktamadnya calon BN akan diistiharkan petang ini oleh PM dalam Jamuan Raya di Telok Kemang.Kita tengok siapa yang kena!

Pengundi Bagan Pinang Panjang panjang umurnya.

Dari malam tadi saya sempat membelek belek buku daftar pemilih yang bakal digunakan untuk PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.Kami dari Pahang menjaga peti undi kawasan estat Ladang Sua Betong yang mengandungi 835 pengundi yang majoritinya kaum india.
Dari senarai yang sempat dilihat,terdapat seorang pengundi lahir pada 12 Oktober 1909.Umurnya genap 100 tahun selepas mengundi nanti.Ada sepuluh orang berusia antara 91 hingga 100,20 orang berumur 80-90 tahun,24 orang berusia 75-79,42 orang berumur 70-74 tahun,51 orang berusia antara 65-69 tahun.Pekerja pekerja estet ni guna formula apa boleh hidup sampai seratus tahun?

Dalam UPU lain ada pengundi yang berusia 105 tahun!!SPR saja tau jawapan kenapa mereka panjang umur.Panjang umur mereka ,panjang lah umur Umno,agak nye!

Awas petugas PAS,jaga kawasan kubur sama,bimbang ramai yang nak balik mengundi.Kalau dapat balik,tentu mereka nak cari 'kapal layar'.

Apa nak jadi dengan SPR yang masih tak mampu nak bersihkan nama pengundi mati yang sempat sezaman dengan Tok Janggut dan Mat Kilau dari daftar pemilih.




Saturday, September 19, 2009

Catatan Ringkas: PRK Bagan Pinang

Umno Pening Nak Cari Calon

Walaupun Isa Samad masih sihat dan aktif di Telok Kemang,tapi kelihatannya Umno begitu sukar mencari calon yang sesuai untuk diletakkan di Bagan Pinang.Bekas MB yang dipalit dengan berbagai Lumpur itu tak pernah ada dalam hati Mohammad Hasan selaku teraju utama negeri beradat itu.

Membiarkan Isa bertanding bagai menyarung tali gantung ke leher Pengerusi Perhubungan Umno itu.Kalau Isa menang dengan hanya menjadi YB biasa samalah seperti Dris Jusoh di Terengganu yang tak sudah sudah memeningkan kepala Ahmad Said.Kalau Najib benar benar tak berkenan lagi dengan MB yang menjadi punca Pakatan menang besar di Negeri Sembilan,maka pendeklah umur Mat Hasan.Isa balik jadi MB,Mat Hasan hanya jadi YB saje.

Kalau Mat Hasan cantas Isa Samad dengan meletak calon tajaannya,alamat PAS akan dapat satu lagi kerusi.Itulah dilemanya.Diluah mati omak,kut ditolan mati bapaknya.

PAS Ada Banyak Pilihan Calon

PAS boleh terus meletakkan calonnya yang dahulu Hj Ramli untuk bertanding sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini.Hj Ramli,ahli perniagaan yang juga bekas tentera sudah dikenali ramai di Bagan Pinang.Tanpa undi pos,Hj Ramli hanya kalah sekitar 400 undi sahaja dalam PRU lalu.Tiga UPU dikawasan estet telah memihak kepada beliau.Pastinya dengan berbagai isu,undi dari masyarakat India untuk PAS akan meningkat lebih tinggi lagi .

Kalau PAS mahu tokoh lain,Dr Rosli Yaakop adalah salah seorang tokoh yang sesuai.Dia yang baru menyambung kontraknya di Bangladesh setahun lagi boleh dipanggil pulang untuk hadapi calon BN.Bekas orang besar Bank Negara itu tak perlu lagi diperkenalkan di Bagan Pinang.Beliau bekas YDP PAS Telok Kemang dan pernah menentang Isa Samad di DUN Linggi.Kaum keluarganya ramai di sana.Kepakarannya dalam ekonomi pastinya memeriahkan sidang DUN Negeri Sembilan

Nama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad omar juga khabarnya disebut sebut sebagai senarai calon yang dicadangkan oleh negeri untuk bertanding.Zul juga dikenali ramai dan mempunyai hubungan baik dengan kaum Cina dan India..Kejayaannya menangani isu di Broga turut menjulang namanya dalam politik Negeri Sembilan.Beliau juga seorang pemimpin yang lantang dan berani yang sangat diperlukan di DUN Negeri Sembilan.

PAS juga ada Ustaz Kasim Tahir tokoh ulama yang dikenali ramai.Bahkan sebelum bersama PAS ,Isa samad turut berguru dengannya.Ahli ahli Umno di Telok Kemang masih menghormati beliau walaupun telah bersama PAS.

Agensi Kerajaan Dah Mula Menjadi Jentera Kempen BN

Semalam di Bagan Pinang saya terserempak dengan Shahrizat Jalil beserta rombongannya.cuba memikat hati pengundi di Bagan Pinang.Bersama beliau Dato Suhaimi Ibrahim siap dengan iringan jurugambar.Turut kelihatan kenderaan beberapa agensi kerajaan yang sepatutnya dari dulu lagi telah turun membantu rakyat bukan musim pilihanraya aje.

Tunggu Anak Bulan di Telok Kemang,Mak Bulan di Bagan Pinang

Walaupun Umno yakin partinya akan terus pertahan Bagan Pinang,apopun malam ni Tok Mufti dan pembesar pembesar Neghori Sembilan nak nengok bulan muncul kat Telok Kemang,kalau tak muncul jugak, tak rayo lah kito esok..Kalau malam ni nampak anaknya,mudah mudahan omaknya pula muncul kat Bagan Pinang 11 Oktober nanti.

Sukarnya Mencari Waktu Rehat.

Pulang dari umrah pada 6 Ramadhan lalu,saya hanya beberapa hari sahaja berada di Jengka.Kebetulan sekolah masih cuti,program penerangan parti dibawah tanggungjawab saya juga ditangguhkan sementara waktu.Bukan bercuti dari mengadakan penerangan tetapi bertukar program dengan tumpuan kepada tazkirah di masjid dan surau..Alhamdulillah pimpinan pemuda kawasan Ustaz Shahril Azman banyak memenuhkan program tazkirah di sekitar Jengka..Tidak banyaklah kerja yang saya perlu bantu lagi.

Sehingga semalam ,3 minggu berturut turut dengan bertemankan anak perempuan saya yang berusia sepuluh tahun,saya berulang alik ke Seremban dan Kuala Lumpur pada hujung minggu bagi memenuhi jadual tazkirah ramadhan di samping menghadiri mesyuarat parti di Pejabat Agong PAS dan juga di Bagan Pinang,Telok Kemang.

Semalam seharian bersama YB Taufik ADUN Paroi,saudara Hasan Thamby Pegawai Khas beliau,sahabat sahabat Unit Amal Negeri Sembilan ke Bagan Pinang membantu mangsa banjir di samping meninjau persiapan jentera pilihanraya PAS.

Hari Selasa ini sibuk pula di Jengka untuk menjayakan program Himpunan Aidil fitri Anak Perantauan bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.Selepas tu nak berkejar semula ke Bagan Pinang sebelum sekolah dibuka.Agak lelah juga rasanya.Sukar sekali rupanya mencari waktu rehat dalam perjuangan ini.

Bagaimana agaknya pemimpin besar seperti TG Haji Hadi,Dato Tuan dan lain lainnya.Bila agaknya mereka dapat bersama keluarga.Seperti luah anak Almarhum Dato Fadzil Nor,ayahnya berbelas tahun menghabiskan masa dengan perjuangan tetapi hanya beberapa belas hari bersama keluarga,itupun setelah terlantar sakit di hospital.

Tazkirah Ramadhan Terus Berkembang

Suatu ketika dahulu ,program tazkirah di tengah tengah tarawikh atau sebelum solat witir telah dipandang serong oleh sesetengah pihak yang terpengaruh dengan dakyah kelompok saikular yang sememamgnya lebih selesa umat Islam berada dalam kejahilan berpanjangan.

Pernah di zaman Khir Toyo memerintah Selangor,beberapa orang Ustaz ditangkap pihak berkuasa Jabatan Agama kerana menyampaikan tazkirah dipertengahan tarawikh.Di beberapa negeri,arahan dikeluarkan supaya tarawikh diadakan sebanyak 20 rakaat tanpa sebarang tazkirah.

Tazkirah dikatakan mengganggu ibadah.Tazkirah tu bukan ibadah agaknya!Lawak jenaka ke?Begitulah teruknya pemikiran para pendokong saikular di negara ini,walhal tazkirah itupun ibadah ,malah disuruh sepanjang masa.Peliknya mereka yang mengejar ibadah sunat seperti tarawikh dan tadarus Al Quran tetapi menafikan pula ibadah tazkirah yang menjadi tugas utama umat Islam yakni ‘amru bil maaruf wa nahyu anil munkar’.

Namun demikian perkembangan terkini menyaksikan ibadah tazkirah telah diterima oleh masyarakat Islam tanpa sebarang rasa kekok lagi.Pihak yang dahulunya menentang sudah mula menerima.

Sepanjang Ramadhan ini hampir semua masjid dan surau yang saya bertarawikh telah menyelitkan agenda tazkirah sebelum selesai tarawikh.Selain di negeri negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,di Pahang sendiri pun masjid masjid turut mengadakan tazkirah setiap malam.Saya dimaklumkan terdapat arahan pihak berkuasa agama supaya tazkirah diadakan.

Alhamdulillah ,di tempat saya Tok Imam Umno pun dah baca tazkirah semasa tarawikh.Mudah mudahan ada manafaatnya.

Tuesday, September 15, 2009

Friday, September 4, 2009

Kunjungan Izrail Yang Bakal Memadamkan Keangkuhan Najib

SPR mungkin merasakan mereka telah berjaya menyelamatkan air muka Najib dari di malukan oleh rakyat Seputeh apabila menafikan kewajaran mengadakan pilihanraya di DUN tersebut.

Namun lena Najib tidak panjang.Belumpun sempat dibuai mimpi indah,kehadiran Malaikat Izrail menjemput ADUN Bagan Pinang pulang 2.30 petang tadi cukup menyiksakan.Kali ini SPR hanya mampu berputih mata.Najib tak mampu nak minta tolong pada segala hulubalangnya untuk membatalkan pilihanraya kecil yang bakal menaikkan darah tingginya.

Musa Hasan yang disambung nyawanya,tak dapat nak membantu.Kalaulah boleh,mahu juga dikerahkan segala polis dan FRU untuk menghalang kunjungan Malaikat Izrail bertemu wakil rakyat di negeri beradat itu sebagaimana budak budak Musa di Perak dapat dikerah menghalang ADUN ADUN Pakatan Rakyat di Perak dari bersidang.Mahu juga rasanya Hospital Pakar Tuanku Jaafar itu dipagari FRU supaya si Pencabut Nyawa tidak dapat lolos ke dalam.Tapi tak mungkin.
Kalaulah mampu agaknya,mahu dirasuah saja Malaikat Izrail itu.Tapi sayang malaikat yang dicipta dari 'nur' itu tak perlu makan minum,tak perlukan uang untuk berbelanja mewah.Dia hanya lah makhluk yang diciptakan untuk tunduk kepada perintah Allah.Kalau boleh dibawa berbincang ,mungkin malaikat pencabut nyawa itu disarankan tidak mengambil nyawa mana mana Yang Berhormat baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat sekurang kurangnya hingga pilihanraya umum akan datang.Tetapi segalanya tidak mungkin.
Najib terpaksa akur dengan kekuasaan Allah.Tiada lagi keangkuhan buat kamu.Saatnya sekarang bukan lagi berlawan dengan rakyat marhain yang boleh dijual beli,tetapi hadapi sendiri Sang Pencipta yang bakal memusnahkan segala kezaliman,keangkuhan.Mudah mudahan doa rakyat jelata di bulan Ramadhan al mubarak ini sekali lagi bakal menewaskan kesombongan Najib dan segala sekutunya.Amin ya rabbal alamin.