Wednesday, December 30, 2009

Tragedi Memali:Muzium PDRM Berbohong,Tak Hormati Mahkamah.

Muzium Polis di Jalan Perdana
Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di bilik pameran Muzium PDRM


Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.

Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.

Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.

Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.

Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.

Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".

Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

Sunday, December 27, 2009

Jom Solat Gerhana Sambut Tahun Baru

Oleh Rozmal Malakan
Sambutan Tahun Baru 2010 pada kali ini lain dari yang lain.Umat Islam dapat menyambut Malam Tahun Baru pada kali ini dengan menunaikan Solat Gerhana Bulan (Solat Khusuf) , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa seperti mana yang disarankan oleh kekasih kita Nabi Muhammad saw.Tunggu apa lagi , mungkin inilah peluang kita sekali seumur hidup dapat Sambut Tahun Baru 2010 dengan cara begini.

Nanti dalam kubur boleh kita berbicara dengan Malaikat Munkar dan Nakir , dulu masa aku di dunia 1 Januari 2010 satu dunia sambut tahun baru, tapi kami umat Islam di Malaysia sambutnya dengan kedatangan gerhana bulan dengan Bersolat , Bersedekah , Berzikir dan Berdoa.Indonesia sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada umat Islamnya agar melakukan banyak sedekah, zikir, berdoa, solat khusuf pada 1 Januari 2009.

Malaysia, JAKIM, Majlis Agama, Jabatan Agama dan lain-lain bila lagi ? Saya tidak ada kuasa hendak mengeluarkan surat pekeliling , hanya sekadar dapat mengeluarkannya dalam e-mel dan blog saya di http://waghih.blogspot.com/ ************ ********* ****

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Saturday, December 26, 2009

Kenali Orang Kelantan yang "murtad"

Oleh:Tok Pepijat

Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada.

Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka.

Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi.

Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu.

Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.
seterusnya baca di sini

Pemuda PAS Jengka Anjur Pertandingan Kereta Kawalan Jauh

Gambar Hiasan
Jam 8 pagi esok 27 Dis 09 akan berlangsung perlawanan kereta kawalan jauh untuk remaja sekitar Jengka dalam usaha mendekatkan remaja dengan masjid.
Pemuda PAS DUN Jengka selaku penganjur program bersama Unit Amal memilih lokasi berhampiran Masjid Lama Rantau Perintis Bandar Jengka sebagai litar utama pertandingan.
Saudara Syafie Md Esa selaku Pengarah Program berharap dengan penganjuran program ini,mampu mengubah minda kalangan remaja yang selama ini agak renggang dengan aktiviti masjid.
Program yang mendapat kerjasama sepenuhnya jawatankuasa masjid tersebut dijangka mendapat sambutan dari kalangan remaja setempat.Sehingga kini lebih daripada 20 peserta telah mengesahkan untuk berentap pada pagi esok.

Friday, December 25, 2009

Stesyen TV Bertanggungjawab Mengaktifkan 'Hantu Syaitan' dalam Masyarakat

Hantu atau Pengundi Hantu?
Baru saja pagi semalam saya menerima panggilan dari rakan di Nadi Kota yang mohon bantuan mencari sesiapa yang boleh membantu rakannya yang diganggu makhluk halus,tiba tiba malam tadi satu lagi sms saya terima dari sahabat lain di kawasan Jengka yang mengadu masalah yang sama,sepupunya dari Melaka datang ke rumah untuk minta bantuan kalau kalau ada sesiapa yang boleh menghalau makhluk halus yang menganggu hidupnya.

Rakan saya yang pertama tadi telah mengadu tentang kenalannya seorang perempuan yang sering melihat makhluk halus berada di bilik tidurnya.Gadis awal 20an itu kadangkala berubah personality asalnya,cepat marah dan tak tau apa yang dia lakukan.

Jin dan syaitan sememangnya wujud sebagaimana janji Allah ke atas setiap anak Adam yang lahir,maka akan ada syaitan yang
bakal menggodanya sepanjang hidup.Itulah juga sumpah iblis laknatullah.

Seperti lazimnya jin dan syaitan akan semakin aktif bilamana tuan punya diri sendiri begitu lemah pertahanan imannya.

Apa yang dikesalkan ialah ada pihak pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mengaktifkan segala jin ,syaitan,puaka puaka yang sudah tidak disebut orang namanya tapi kini sentiasa berada di bayangan mata sebahagian orang yang lemah benteng pertahanannya.

Lihat sahaja filem filem seram yang sepatutnya tidak ditayangkan tetapi semakin menjadi jadi di kaca TV.

Baru saja cerita bersiri Nenek Kebaya yang disiarkan TV3 berakhir,terus saja disambung dengan cerita seram Cucu Betong .Kisah Saka,Puntianak dan macam macam hantu lagi yang dipaparkan stesyen TV swasta terutamanaya pastinya menanamkan rasa seram di kalangan penonton yang lemah imannya.Maka inilah peluang yang ditunggu segala puaka ,hantu jembalang untuk kembali bermaharajalela menawan hati manusia supaya lebih takutkan hantu berbanding pencipta yang Maha Agung,Allah Taala.

Apakah tujuan kisah kisah ini dipaparkan di kaca TV sebenarnya untuk melihat pengajarannya atau untuk keuntungan perniagaan semata mata?Kalau pihak yang berkuasa dulunya bising dengan Video Sakaratul Maut yang dipasang cikgu cikgu sekolah dianggap boleh merosakkan pikiran anak anak,mengapa pula tidak bising dengan cerita cerita hantu yang sudah banyak memberi kesam buruk berbanding kebaikkannya.Remaja hari ini bukan saja mudah dirasuk hantu tetapi sebahagainnya sudahpun menjadi hantu!

Monday, December 21, 2009

Tolong Dedahkan Nama Ahli Politik Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri.

Datuk Tan Aminuddin Ishak perlu dedahkan nama siapakah yang beliau maksudkan 'ahli politik tamak' yang bertanggungjawab dalam pencerobohan tanah milik kerajaan seluas 5500 hektar di negeri Pahang.

Ahli politik yang diakui sebagai penyokong kerajaan itu pastinya dari parti Umno,MCA ataupun MIC di negeri ini.Kemungkinan mereka ialah YB di kawasan tertentu atau setidak-tidaknya Ajk parti di Bahagian tertentu.


Jangan biarkan rakyat berteka teki dan terus di tipu oleh ahli politik terbabit.


Sinar Harian 21 Dis 09


Ahli politik ceroboh tanah kerajaan

MARAN - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang.

Beliau berkata, kegiatan individu berkenaan dikesan itu apabila pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merampas semula tanah diceroboh itu.

“Secara purata, kira-kira 500 hektar tanah milik kerajaan di setiap daerah diceroboh bagi diusahakan dengan pelbagai tanaman kontan termasuk getah dan kelapa sawit secara haram.

“Ada pihak menggunakan pengaruh ahli politik tertentu untuk ceroboh kawasan terbabit, selain ahli politik itu sendiri menyalahgunakan kedudukan mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tan Mohd Aminuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ahli politik terbabit adalah penyokong kuat kerajaan.

Katanya, mereka yang tamak itu bukan sahaja meneroka kawasan tanah kosong kerajaan malah sanggup menceroboh kawasan hutan tadahan air walaupun ada hukuman berat menanti.

“Mereka tetap tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menceroboh tanah kerajaan.

“Kerajaan Negeri arahkan pihak penguat kuasa di setiap daerah bertindak tegas membanteras gejala ini daripada terus berleluasa bagi mengelak lebih banyak tanah diceroboh,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM80,000 untuk memusnahkan pokok sawit yang ditanam secara haram di Kampung Bukit Lada, di sini baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk bangunkan tanah kerajaan yang diceroboh itu melalui agensi berkaitan.

“Pembangunan tanah terbabit akan memberi lebih keuntungan kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Thursday, December 17, 2009

Ustaz Hamid Derani Di Jengka Ahad Ini

Bekas Pegawai Penerangan Umno Kelantan,Ustaz Hamid Derani yang kini bersama PAS akan menyampaikan ceramah di Jengka Ahad ini.
Pada 20 Disember 2009 beliau akan berceramah dalam program
Anjuran muslimat pada

Jam 3.00 Petang,Surau Blok K Jengka 18


Anjuran PAS Cawangan Jengka 16
Jam 9.00 malam

Ceramah Di Markaz PAS Jengka 16 bersama Ustaz Suhaimi Saad,Ketua Pemuda PAS Pahang.

Monday, December 14, 2009

Ketua Muslimat PAS Kuala Krau Kemalangan

Ustaz Shahril sedang bertanya khabar kepada Ustazah Fatimah yang terlantar di Hospital Temerloh
Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Krau Ustazah Fatimah Mohammad sekarang berada di wad Kenanga 7 Hospital Temerloh kerana terlibat dengan kemalangan Jumaat lalu.

Ustazah Fatimah yang merupakan petugas muslimat yang gigih dan sering menjadi petugas sepenuh masa di beberapa pilihanraya kecil termasuk Bagan Pinang pada mulanya dikejarkan ke Hospital Jerantut selepas kereta beliau yang berhenti di bahu jalan dirempuh kenderaan lain dan diseret sejauh 50 meter berhampiran Kuala Mai. Beliau yang tersepit di dalam kereta tersebut mengakibatkan tangannya patah.
Selepas sehari dimasukkan ke Hospital Jerantut beliau dipindahkan ke Hospital Temerloh Sabtu lalu untuk rawatan lanjut.
Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang Ustaz Shahril Azman merangkap Ketua Lujnah Kebajikan Pemuda PAS Negeri bersama Ustaz Aris Fezul Ismail Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang telah menziarahi beliau dan menyerahkan sumbangan daripada DPP Negeri berjumlah RM 500 untuk pembiayaan rawatan beliau.

Thursday, December 10, 2009

Berkunjung ke bumi Acheh Darussalam

Makam Sultan Iskandar Muda
Kapal tanpa nakhoda yang datang menyelamat lebih 50 orang mangsa Tsunami

Kapal besar terdampar di tengah tengah kampung

Menjelang genapnya 5 tahun tsunami melanda beberapa negara khususnya Acheh yang menelan korban lebih suku juta nyawa manusia,saya berkesempatan ke bumi Serambi Mekah Indonesia itu Jumaat lalu bersama keluarga dan rakan rakan.

Ternyata dengan bantuan berbagai pihak seluruh dunia,bumi Acheh yang menjadi padang jarak padang tekukur lima tahun lalu telah berubah sama sekali.Rumah rumah buruk yang musnah ketika tsunami telah berganti baru dengan rumah bantuan antaranya dari kerajaan Turki dan negara negara Arab.

Dari segi infrastrukturnya mungkin ianya jauh lebih baik dari sebelum tsunami.Cuma hati hati yang pernah melalui kisah duka ini masih belum dapat dihiburkan.Kekadang masih keluar butiran mutiara jernih dari kelopak mata apabiola bercerita mengimbau kembali kisah yang maha dahsyat itu.

Empat hari di bumi Acheh pastinya tidak cukup masa dan tenaga untuk meninjau kesan kesan peninggalan tsunami.Ditambah lagi Acheh adalah bumi sejarah yang menyimpan berbagai khazanah bangsa yang ramai lagi tidak mengetahuinya.

Acheh Darus Salam menyimpan sejarah keagungan Islam dibawah teraju Sultan Iskandar Muda yang memerintah berdasarkan wahyu Ilahi.Kubur puterinya di belakang Muzium tsunami menjadi saksi keadilannya melaksanakan perintah Allah,apabila beliau sendiri melaksanakan hukuman sebat ke atas puterinya yang bermukah.

Namun malang sekali,kerana taatnya baginda kepada hukum Allah ,terdapat penulis buku sejarah yang menggambarkan Sultan Iskandar sebagai raja yang zalim.

Bagaimanapun selepas zaman berlalu,penghayatan ajaran Islam di Acheh masih lagi boleh dibanggakan pada hari ini.Rata rata kaum muslimatnya menutup kepala.Terdapat undang undang baru berkaitan peraturan berpakaian yang melarang wanita berseluar ketat yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan.

Mudah mudahan bumi Acheh akan terus bangkit sebagai benteng Islam sepertimana di zaman kegemilangannya di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Dakwah Di Pusat Hiburan:PAS Mendahului,Penolong Editor Sinar Harian Ketandusan Maklumat

Ketika media membesarkan isu Dr Asri yang mahu bersama teamnya turun berdakwah ke disko dan lain lain pusat hiburan dalam program ulama turun padang,PAS telahpun terlebih awal menerokai ruang dakwah tersebut.

Belajar daripada As Syahid Hasan al Banna yang turun berdakwah di kelab malam,seingat saya ketika Dewan Pemuda PAS Pusat di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik,saya sendiri bersama dengan pemuda kawasan di seluruh negara pernah turun beramai ramai ke pusat hiburan dalam usaha mendekati kalangan remaja melayu khususnya untuk kembali ke pangkal jalan.

Ketika Konsert Scorpion ,Mariah Carrey dan lainnya diadakan di ibu negara ,pemuda PAS turun menemui peminat konsert dengan berbekalkan ribuan risalah kesedaran untuk diedarkan kepada pengunjung konsert di samping nasihat nasihat berguna telah diberikan kepada mereka.Kerja ini tidak dibuat oleh golongan agama di dalam parti pemerintah.

Sejak beberapa tahun lalu,kerja yang sama dilakukan pemuda PAS di seluruh negara menjelang ambang merdeka dan sambutan tahun baru .Dewan Pemuda PAS Pusat telah memperkenalkan pemuda PAS sebagai Duta Penyelamat Dan Kasih Sayang yang berjaya membawa mesej Islam ke tengah tengah golongan belia yang sering dilalaikan dengan berbagai pesta hiburan serta begitu jauh dari menghayati Islam.

Hasil pendekatan dakwah yang dibuat pemuda PAS,kalangan artis terkenal tanahair telah mula mendekati PAS dan tidak berasa kekok untuk bercakap soal Islam.

Ketika PAS berjaya membuka pejabat barunya di Jalan Raja Laut yang berada di tengah tengah lokasi popular dengan sarang maksiat,petugas petugas PAS,Unit Amal dan muslimat telah mendekati golongan mak nyah dan pelacur untuk mengajak mereka kembali kepada Islam

PAS tidak hanya sebuah parti politik ,tetapi ia adalah gerakan dakwah yang telah banyak memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat tentang ajaran Islam.Tetapi sayang sekali apabila Penolong Editor Sinar Harian Pahang seakan akan ketandusan maklumat apabila mengatakan tiada ulama parti yang melakukan dakwah ke disko dan lainnya seperti yang hendak dilaksanakan oleh Dr Asri.