Thursday, December 23, 2010

Felda 'rayu' Jangan Saman




Khairil Abd Rahim(Harakahdaily)


BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Wednesday, December 1, 2010

Himpunan Rakyat Tertindas

Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas(BANGKIT)

3 DIS 2010 9.00 MALAM
Ceramah Perdana
Hj Mohamad sabu
Mazlan Aliman
Ust Abu Bakar Chik
YB Teo Nie Ching
Hj Ismail Harun

Tempat:Dataran Kg Batu 4 Jalan Air Putih Binjai,Kemaman

4 DIS 2010 8.00 Pagi-5.00 Petang
Pendedahan isu isu tanah oleh

Peguam Hj Asmuni Awi(AJK PAS Pusat)
YB Tengku Hasan(ADUN Ladang)
Mohd Radzi Mustafa(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Perlis)
Hj Khamis Saat(Alumni Kakitangan Felda)

9.00 Malam
Ceramah Perdana
Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
YB Salahudin Ayub
Dato Fauzi Abd Rahman

Thursday, October 28, 2010

Polis Tayang Video Memali Untuk Takutkan Rakyat Sabah Dengan PAS

Jefrey Kidung Benang pemimpin masyarakat Merotai Tawau Sabah yang memainkan peranan utama memperjuangkan hak penduduk yang dirampas tanah secara zalim oleh kerajaan Barisan Nasional mendedahkan Umno /BN telah menggunakan polis untuk menakut nakutkan mereka dari bersama dengan PAS memperjuangkan tanah mereka.

Pendedahan itu dibuat beliau ketika satu pertemuan bersama Pengerusi Lujnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat saudara Mazlan Aliman dan Setiausahanya Aris Fezul Ismail di Dewan Hokka Sandakan Ahad lalu sempena Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS)yang dianjurkan oleh PAS

Jefrey yang sebelum itu pergi ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan Pakatan Rakyat serta menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dengan usaha yang dimainkan Lujnah Tanah PAS Pusat April lalu mendakwa telah dipanggil oleh pihak polis sekembali beliau ke Sabah.

Katanya dalam pertemuan yang diatur di antara beliau bersama penduduk kampung dan pihak polis yang dihadiri oleh lima orang pegawai tinggi polis dari Bukit Aman,dan beberapa pemimpin kanan polis dari negeri Sabah disebuah hotel lima bintang,pihak polis telah menayangkan Video Memali untuk menakut nakutkan mereka dengan PAS.

Namun dalam pertemuan itu,beliau dengan lantangnya membidas pihak polis yang datang dari Bukit Aman dengan wang rakyat semata mata untuk menakut nakutkan mereka dari bersama PAS sedangkan beliau sendiri dengan penduduk Merotai pergi ke Parlimen dengan wang sendiri untuk membela rakyat yang dizalimi.

Tegasnya,beliau dan penduduk bekerjasama dengan PAS kerana parti itu lah yang telah bersungguh membantu mereka untuk mendapatkan kembali hak mereka yang telah dirampas.

Beliau yang kemudiannya mendedahkan penderitaan dan kesengsaraan yang dilalui penduduk di hadapan pegawai pegawai kanan polis itu juga turut mendesak agar segala apa yang didedahkannya disampaikan pihak polis kepada pemimpin negara.

Semenjak 2009 sehingga kini ribuan ekar tanah yang diteroka penduduk sejak zaman kerajaan Berjaya pimpinan Haris Salleh telah dirampas kerajaan negeri pimpinan Musa Aman.Ladang sawit,koko,kopi,durian dan lain lain tanaman kontang telah dimusnahkan pihak berkuasa.Rumah rumah penduduk turut dibakar.

Dua cawangan Umno turut lenyap apabila Kampung Ulu Merotai dan Kampung Nangka yang sebelumnya terdapat cawangan Umno turut dimusnahkan oleh kerajaan .

Lujnah Tanah PAS Berjaya Robohkan Tembok Penghalang Di bumi Sabah

Oleh:Aris Fezul Ismail(Setiausaha Lujnah Tanah PAS Pusat)

Jefrey Kidung Benang lelaki berusia lebih separuh abad dari Merotai Tawau yang saya temui di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu adalah seorang penganut agama Kristian yang taat dan berstatus seorang paderi dari suku Dusun.

Beliau bersama menantunya Robert Genggai adalah antara penggerak utama penduduk Merotai yang memperjuangkan hak mereka ke atas tanah yang diteroka lebih 30 tahun lalu yang kini dirampas secara rakus oleh kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Musa Aman.

Di dalam sebuah negeri yang dipimpin parti perkauman Umno Barisan Nasional, dan negeri yang menjadi tali hayat kepada Umno/BN,Perjuangan Parti Islam Semalaysia(PAS) tentu sekali sesuatu yang begitu asing bagi Encik Jefrey yang memilih DAP sebagai platform memperjuangkan haknya.Begitulah rata ratanya sikap rakyat Sabah yang ketandusan sumber maklumat semasa untuk lebih mengenali PAS yang sudah 20 tahun memerintah Kelantan tanpa seekarpun tanah rakyat dirampas.

Tetapi kesungguhan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipimpin saudara Mazlan Aliman dalam menangani isu tanah telah berjaya merobohkan tembok penghalang untuk PAS mendekati rakyat dari negeri negeri Borneo yang terdiri dari berpuluh puluh suku kaum yang begitu berbeza dari Semenanjung Malaysia.

Kunjungan Mazlan Aliman bersama rombongan dari Lujnah Tanah PAS Pusat ke Merotai awal tahun lalu untuk melihat sendiri kesan kerakusan kerajaan Barisan Nasional ke atas tanah bumiputera Sabah itu telah membuka mata rakyat untuk lebih mendekati PAS.

Bagi Encik Jefrey beliau tidak berselindung lagi di hadapan siapa juga,dengan penuh bangga beliau berkata,”Darah daging yang berada dalam dalam tubuh badan saya adalah darah daging PAS”.Inilah ungkapan yang beberapa kali diucapkan beliau di hadapan penulis sendiri.Katanya beliau tidak pernah berselindung lagi walaupun di hadapan pemimpin atau penyokong Barisan Nasional.

Kunjungan Lujnah Tanah PAS telah membawa beliau ke tangga Parlimen seterusnya bertemu pemimpin negara termasuk Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang juga pemimpin dari Sabah,Nazri Aziz,ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang lain seterusnya penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri pada April 2010 .

Dalam ucapan Robert Genggai menantu kepada Jefrey yang diberi peluang berucap di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu,beliau sangat sangat menghargai kesungguhan PAS dalam membantu mereka.

Katanya tanpa bantuan daripada PAS beliau tidak tau mana pintu masuk ke Parlimen,mana tangga naik ke Parlimen,bagaimana hendak bertemu Menteri.Dalam kunjungan tersebut mereka juga dapat mengenali PAS dengan lebih dekat apabila dapat berkunjung ke Kelantan melihat sendiri kediaman Menteri Besar Kelantan yang begitu sederhana berbanding dengan rumah Musa Aman Ketua Menteri Sabah.

Sempena dengan himpunan HEMPAS yang dianjurkan PAS di Dewan Hokka Sandakan Ahad lalu yang dirasmikan sendiri Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,Jefrey membawa bersama penduduk kampung dari Merotai ke himpunan bersejarah yang dihadiri lebih 2000 rakyat Sabah itu.

Sebahagian mereka yang hadir ke himpunan bersejarah tersebut datang seawal hari Sabtu dengan konvoi kereta dan bas dari seluruh pelusuk bumi Sabah menempuh perjalanan mencecah sepuluh jam melalui jalan jalan dari banjaran gunung ganang sekeliling bumi Sabah.

Seperkara yang perlu diketahui perjuangan PAS dalam isu tanah dan setinggan di Sabah bukanlah baru bermula pada tahun ini,tetapi telahpun dimulakan seawal kemunculan PAS di negeri ini pada tahun 1985.Inilah yang ditegaskan Hj Hamzah Abdullah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bertanggungjawab membawa PAS Ke Sabah.

Namun mungkin disebabkan factor kekurangan tenaga serta sistem perhubungan di negeri Sabah yang begitu jauh ketinggalan ditambah dengan bentuk muka buminya yang bergunung ganang pasti sahaja menyukarkan sesiapa sahaja yang mahu menyampaikan mesej perjuangan kepada rakyat marahain yang tinggal di kawasan pedalaman.


Dengan pertambahan tenaga PAS di negeri Sabah ,moga sinar bulan purnama bakal menerangi negeri di bawah bayu ini.

Tuesday, October 12, 2010

Pendedahan Sensasi:Baja Felda Dicampur Pasir


Hazayani Zakaria (Harakahdaily.net)
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Bekas kakitangan Felda, Khamis Saad hari ini mendedahkan bukti mengenai penipuan Felda dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka.

Beliau yang juga Pengerusi Alumni Bekas Kakitangan Felda berkata, baja yang dibekalkan oleh Felda telah dicampur dengan pasir menyebabkan kandungan aslinya berkurangan.

"Baja yang datang daripada Jerman yang dibekalkan kepada peneroka yang dibekalkan melalui syarikat-syarikat tertentu di Malaysia, kemudian dibungkus balik poleh Felda kemudian dicampur dengan pasir yang menyebabkan kualiti berkurangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini yang diiringi Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, zat tambahan yang terdapat dalam baja asli dapat meningkatkan pengeluaran minyak sawit dan getah.

"Daripada saya bekerja daripada tahun 70-an sehingga 90-an inilah baja yang kami pakai yang tidak berkualiti menyebabkan pengeluaran tidak memuakan," katanya.

Menurut Mazlan pula, salah satu sebab peneroka enggan mengikuti program tanam semula dengan Felda adalah kerana faktor baja yang didedahkan itu.

"Kenapa salah satu sebab peneroka tidak mengikuti program tanam semula kerana Felda membekalkan baja yang sangat diragui kualitinya.

"Potongan yang dibuat sangat tinggi dalam setiap bulan lima hingga tujuh ratus untuk baja sahaja dan untuk setiap tahun tujuh hingga lapan ribu sedangkan hasilnya begitu rendah," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan turut menyentuh isu wang tanam semula yang belum dilunaskan oleh Felda seperti yang dijanjikan kepada peneroka.

Turut bersama dalam sidang media itu ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat.

Monday, October 11, 2010

Tragedi 101010 di KM224 - Photo From Mohd Safuan Bin Salahudin








Tanam semula: Ahmad Maslan guris perasaan peneroka

Nazri Abdullah (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.

Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah.

"Saya gesa beliau menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,00 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera.

"Jika tidak, laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara," kata Mazlan pada sidang media di parlimen hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, wakil-wakil peneroka yang menanam sendiri dan bekas kakitangan yang bekerja hampir 30 tahun Felda.

Selain itu beliau turut mempersoal adakah Felda memberi kebebasan kepada peneroka untuk mengurus kebun secara persendirian, sedangkan pada masa yang sama Felda juga mengeluarkan pekeliling melarang peneroka berbuat demikian.

"Kalau tiada paksaan, kenapa Felda mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?" soalnya.

Menurutnya lagi, terdapat peneroka yang telah menanam sendiri hampir 10 tahun, namun wang tanam semula yang dijanjikan Felda tidak diperolehi.

Sehubungan itu, beliau juga mendesak Ahmad dan Felda jangan berdolak dalik, sebaliknya menjelaskan bayaran wang tanam semula dalam masa tiga bulan.

"3,000 peneroka di Pahang sekarang ini masih lagi menunggu wang tanam semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, Anak akan atur rombongan peneroka setiap minggu ke Ibu Pejabat Felda di jalan Semarak setiap minggu," katanya lagi.

Kumpulan pertama yang akan dihantar adalah dari Felda Gugusan Sungai Dusun Ulu Selangor yang dijanjikan wang tanam semula oleh Felda pada pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

"Jika tidak dapat wang tanam semula, peneroka tidak teragak-agak membawanya ke mahkamah.

"Peneroka pilih mahkamah sebab itu jalan terakhir setelah perundingan dibuat begitu lama namun Felda belum bayar," jelasnya.

Friday, October 8, 2010

Wajah Terkini Kapal Selam 'Timbul'





Inilah wajah terkini kapal selam yang menjadi kontroversi.Berehat sambil timbul di Telok Sepanggar,Pengkalan TLDM Kota Konabalu.Gambar 7 Okt 2010(Khamis)

Ada lagi cerita gempar berkaitan kapal selam.Tunggu saatnya.

Himpunan ANAK Lembah Klang Bersama Abang Mat Sabu

Wednesday, September 29, 2010

Pemuda PAS Desak Felda Akur Keputusan Terbaru Mahkamah,Menangkan Peneroka


Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang telah memenangkan sepuluh orang peneroka Felda Sungai Koyan dalam samannya ke atas Felda yang enggan menyerahkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abd Halim sebentar tadi.

Beliau turut menyeru agar pihak pentadbiran Felda akur dengan keputusan mahkamah tersebut dan mengakui kesilapan mereka selama ini dalam mengurus harta dan hak yang patut dberi kepada peneroka.

Ustaz Shahril turut membidas tindakan Felda sebelum ini yang tidak mahu mengakui kelemahan mereka dengan mencanangkan kepada peneroka kononnya mereka tewas dalam saman oleh peneroka Felda Kemahang 3 adalah kerana peguam Felda tidak hadir mahkamah ketika perbicaraan.

Kenyataan yang dianggap menghina mahkamah itu lebih menggambarkan sikap angkuh Felda yang tidak mahu menoleh kebelakang untuk bermuhasabah atas kelemahan yang berlaku.

Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap kenyataan angkuh seumpama itu tidak lagi berulang selepas keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang sekali lagi memihak kepada peneroka Felda.

Peneroka Felda yang memperjuangkan hak mereka bertahun tahun lamanya untuk mendapatkan caruman tanam semula yang dinafikan pentadbiran Felda menempa sejarah hari ini dengan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan

Hakim Datuk Mariana Yahya hari ini memutuskan peneroka berhak mendapatkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar walaupun mereka mengusahakan sendiri ladang mereka dan tidak menyerahkan kembali kepada Felda.

Hakim Datuk Mariana Yahya juga menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Saudara Hanifa Maidin yang juga Ahlijawatankuasa PAS Pusat bertindak sebagai peguam peneroka berkenaan manakala Felda diwakili Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Thursday, September 23, 2010

Sultan Mohammad v :Anugerah Allah Di Bumi Bertuah




Alhamdulillah,sepertimana yang dijangkakan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat
dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13hb.
September, 2010 (Masihi) bersamaan dengan 4hb. Syawal, 1431 (Hijrah)
tanpa apa-apa gangguan.Selepas dimasyhurkan sebagai Sultan
Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra telah segera berangkat ke masjid
kesayangan Baginda, Masjid Muhammadi, untuk menunaikan sujud syukur dan
seterusnya bersembahyang Asar bersama-sama rakyat jelata.

Pada hari Jumaat 17hbSeptember, 2010 pula, Tuanku Muhammad Faris Petra,
dengan diiringi oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik
Mat, menunaikan sembahyang Jumaat dan sembahyang Hajat di Masjid
Muhammadi.Selaras dengan jiwa keIslaman Baginda, Tuanku Muhammad
Faris Petra, yang bakal bergelar Sultan Muhammad Ke-V dan bakal
bersemayam di Istana Negeri, akan memperkenalkan beberapa pembaharuan di
dalam pemerintahan Baginda.

Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan).Bagaimanapun,
walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam
Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari
segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari
mana-mana pihak.Sebenarnya beberapa lagi pembaharuan telah
dikenal pasti untuk dilaksanakan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra demi
ketinggian syiar Islam dan demi kebaikan rakyat jelata, lihat dan
tunggulah pengumuman-pengumuman mengenainya nanti.

thekelantaninsider.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

Pemuda PAS Bantah Raya Cara Ismail Sabri


Assalamualaikum,

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau amat kecewa dan membantah sekeras-kerasnya cara sambutan Aidil Fitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK dan juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 19 September 2010 di Laman Kerayong, Parlimen Bera Pahang.


Program yang berbentuk hiburan itu menampilkan wanita-wanita yang berpakaian ketat dan seksi berjoget, menari meraikan kesyukuran sempena menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini. Manakala MP Ismail Sabri sendiri menari dan menyanyi berduet dengan seorang perempuan yang tidak segan silu mendedahkan auratnya di hadapan khalayak ramai.

Bagaimana seorang muslim yang bergelar pemimpin dan wakil rakyat sanggup melakukan perbuatan terkutuk di sisi syariat Allah, adakah beliau menganggap bahawa penganjuran maksiat itu tidak salah di sisi Islam?!, adakah beliau sudah merujuk ulama?! adakah beliau merasakan bahawa persoalan dosa itu hanya perkara remeh-temeh?! adakah beliau sedar bahawa seorang muslim apabila menyambut hari raya hendaklah membesar dan mengagungkan Allah SWT dengan erti kata mentaati, mendahulukan dan mengutamakan arahan Allah dalam semua perkara mengatasi kehendak dan keperluan yang lain?! sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud " Hendaklah kamu sempurnakan bilangan puasa kamu dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah di atas hidayah petunjukNya kepada kamu supaya kamu bersyukur ".

Hairan!!! Dalam keadaan maksiat terlalu banyak sehingga sukar dibendung, berlakunya penzinaan setiap hari, kelahiran anak luar nikah yang sentiasa meningkat setiap hari, pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa berlaku di seluruh negeri, gejala sosial yang sangat keritikal dan pergaulan bebas yang sangat membimbangkan, khususnya di kalangan orang melayu beragama Islam...

NAMUN apa yang berlaku itu sidikitpun tidak memberi kesan dan meresahkan MP berkenaan, tanpa rasa malu dan takutkan Allah beliau tetap menganjurkan program yang boleh menimbulkan keghairahan di kalangan generasi muda seterusnya boleh membawa kepada zina, sedangkan Allah menjelaskan secara nyata di dalam al-Quran supaya jangan menghampiri perkara yang boleh membawa kepada zina, firmanNya dalam surah al-Isra` ayat 32: " Jangan kamu hampiri perkara yang boleh membawa kepada zina, kerana sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan ".

Seorang pemimpin sewajibnya mendidik dan membimbing masyarakat ke jalan yang diredhoi Allah supaya berjaya di dunia dan di akhirat, BUKANNYA mendidik dan mengajar rakyat ke jalan yang dimurkai Allah.

Justeru itu, saya menyeru kepada generasi muda dan lama agar menolak mana-mana pemimpin yang tidak taatkan perintah Allah, pemimpin yang merosakkan masa depan anak-anak muda mudi masa kini. Agar kita dipimpin oleh pemimpin yang bertaqwa, kerana pemimpin yang bertaqwa akan melahirkan generasi yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan oleh para hukama` " Kehidupan masyarakat terbentuk dengan corak kehidupan pemimpinnya ".

SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau

Monday, September 20, 2010

Sambut Syawal Cara Umno di Bera



Beginilah cara Menteri Umno Ismail Sabri menyambut Syawal di Bera..Perayaan agama diraikan dengan maksiat..mana suara Ustaz Umno,Mufti,Kadhi...

Tuesday, September 14, 2010

Thursday, September 9, 2010

Semua Anak Muda Pahang,Moh Ke Jengka!



Kepada semua anak muda di Pahang dan perantauan,jangan lupa hari raya ke tiga,bersama sama kita raikan Himpunan Anak Muda bersama Naib Presiden PAS dan pimpinan Pemuda PAS di Dataran Semarak Jengka 15.Insya Allah Anak Muda Bawa Perubahan..

Wednesday, September 8, 2010

Pemuda PAS Ziarah Hospital Jengka




Dewan Pemuda PAS Kuala Krau bersama anggota Jabatan Amal Malaysia berkesempatan menyampaikan sumbangan raya kepada pesakit dan kakitangan hospital Jengka pagi tadi.Rombongan diketuai Ustaz Shahril Azman selaku Ketua Pemuda kawasan merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri.

Hadir sama Exco DPP Negeri,Aris Fezul Ismail,Komandan Amal Kawasan saudara Anui Ismail,Pengerusi PASTI Kawasan saudara Syafie dan lain lain anggota Amal.

Pihak DPP Kuala Krau sangat menghargai layanan dan kerjasama yang baik daripada Pengarah dan kakitangan hospital.

Lagi berita berkaitan di sini

Monday, August 16, 2010

Mazlan Aliman Fail Saman RM20 juta Ke atas Felda

Presiden ANAK hari ini memfailkan saman berjumlah RM20 juta ke atas pentadbiran Felda berikutan tindakan rakus dan biadap yang dilakukan pihak tersebut ke atasnya pada 9 Mac lalu.

Dalam saman yang di failkan peguam beliau Saudara Wan Rohimi jam 12 tengahari tadi di Mahkamah Tinggi Temerloh,beliau telah menamakan 4 pihak sebagai defendan iaitulah
1.Awang Bin Sulung(Pengurus Felda Lembah Klau)
2.Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA)
3.Mohd Azran Bin Rahmat(Pegawai Penyiasat IPD Raub)
4.Kerajaan Malaysia.

Mazlan yang ditahan reman selama tiga hari bermula 9 Mac lalu selepas polis menerima nasihat yang salah daripada pentadbiran Felda dalam writ samannya menyatakan wujudnya konspirasi antara defendan pertama,kedua dan ketiga.

Dakwanya,defendan pertama Awang Sulung selaku Pengurus Felda telah membuat laporan palsu berkenaan dengan pencerobohan jenayah yang kononnya dilakukan plaintif.

Laporan polis oleh defendan pertama kemudian dijadikan asas oleh Defendan ketiga untuk menahan dan menangkap beliau.

Dalam kenyataannya kepada media,Mazlan berkata pihak Felda telah mengaibkan beliau dan menjatuhkan maruahnya selaku rakyat Malaysia dan pemimpin sebuah NgO dan parti politik yang besar dalam negara ini.

Beliau juga mengingatkan pihak polis agar tidak membiarkan diri diperalat oleh Umno.Biarkanlah parti politik menentukan halatuju negara,bukan polis.

Hadir sama di Mahkamah tengahari tadi untuk memberi sokongan kepada Mazlan ialah Ketua Penerangan PAS Pahang saudara Hasanudin Salim ,Ajk PAS Negeri dan kawasan,Ketua Lujnah Tanah Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadzil Nor Abd Karim,Hj Suhaimi Said,Peguam Ahmad Nizam dan lain lain pimpinan PKR serta Ust Aris Faizul Naib Presiden ANAK.Turut hadir wakil wakil peneroka Felda dari seluruh Pahang dan juga Negeri Sembilan.

Saturday, August 14, 2010

Mazlan Saman Felda Isnin ini

Presiden ANAK,Saudara Mazlan Aliman akan memfailkan saman ke atas pentadbiran Felda yang bertindak menghalang pertemuan beliau dengan peneroka Felda Lembah Klau beberapa bulan lalu.

Saman akan di failkan di Mahkamah Tinggi Temerloh,jam 11 pagi 16 Ogos(Isnin) ini melalui Peguam Wan Rahimi yang berjaya dalam saman peneroka Felda Kemahang 3 ke atas Felda.

Semua warga peneroka dan generasi ke2 Felda dijemput hadir untuk memberi sokongan.

Friday, August 13, 2010

Ustaz Sonhadji Ulama Tersohor Nusantara Kembali Kerahmatullah

Bulan Ogos 2000 sebelum menyambung pelajaran Ke Kaherah,saya bersama rakan rakan dari INTIS Gombak berkesempatan berkunjung ke Singapore dalam program yang diatur MPP Intis dengan kerjasama Saff Perdaus Singapore.dalam kunjungan hampir seminggu itu kami berkesempatan menziarahi seorang ulama terkenal iaitu lah Ustaz Ahmad Sonhadji yang banyak mengarang kitab agama.

Saya mengenali nama beliau sejak masih dibangku sekolah kerana kebetulan ayah saya memberi kuliah muslimat dengan menggunakan kitab tafsir ustaz Sonhadji.Kitab tafsir yang disusun berdasarkan kuliah beliau di radio itu juga dijadikan teks usrah(muzakarah) tafsir al Quran di Masjid Jengka 16 sejak saya di sekolah menengah hinggalah masjid itu diambil alih oleh ahli Umno yang tidak ke masjid.Maka muzakarah itupun terhenti.Bagaimanapun hampir 15 juzuk juga kitab itu dapat dimuzakarahkan.Banyak sekali ilmu yang saya perolehi melalui kitab beliau.

Tetapi hari ini beliau sudah tiada.Saya sendiri terkejut apabila membaca blog Ketua Pemuda PAS Pusat berkaitan pemergiannya semalam.Kehilangannya sangat kita rasai.ramai ulama besar di Nusantara ini telah pergi seorang demi seorang,tetapi penggantinya belum lagi muncul.Kita sudah lama kehilangan Dr Hamka,Syeikh Abdullah Basmeh,Ustaz Ahmad Shogir,dan kini Ustaz Ahmad Shonhadji.

Ingatlah ilmu agama itu akan terangkat dengan matinya para ulama.Oleh itu perbanyakkanlah kita menuntut ilmu agama dari ulama yang masih tinggal sebelum ilmu ini terangkat.Alfatehah

Berikut adalah catatan dari blog Ustaz Nasarudin Tantawi


Bersemadinya Ulamak Tersohor
1. Tanggal 2 Ramadhan 1431 bersamaan 12 Ogos 2010 [ Khamis ] menjadi detik bersejarah apabila seorang tokoh agama atau ulamak tersohor nusantara yang telah mengarang lebih 1000 buah kitab kini telah kembali ke Rahmatillah.

2. Jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al Muhajirin Singapore . Al Faatihah .

3. Al Marhum kembali ke rahmatillah pada usia 88 tahun [ 1922 - 2010 ] . Sepanjang usianya diabadikan untuk memberi khidmat membimbing ummah khususnya melalui rancangan beliau yang popular iaitu Tafsir di radio yang kemudianya dibukukan sebagai Tafsir Al Athir .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mewakili seluruh warga pemuda gerakan Islam mengucapkan takziah kepada keluarga al Marhum atas pemergian seorang ulamak dan pejuang yang terkenal dan istiqamah . Semoga Allah merahmati kita semua .

5. Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed juga merupakan pelajar lulusan Madrasah Al Junaid Singapore [ 1937 - 1944 ] . Buku tersohor beliau ialah Marilah Sembahyang sehingga ia diulang cetak sehingga ke hari ini bahkan diterjemah kedalam pelbagai bahasa termasuk korea .

Thursday, August 12, 2010

Kaum Penan diami kandang ayam?





53 tahun negara mencapai kemerdekaan, begini kerajaan BN melayan kaum Penan; kelompok masyarakat tertua di Sarawak. Tanah diambil untuk Empangan Hidro Elektrik Bakun; 2000 penduduk dihalau keluar dari kawasan yang dihuni bergenerasi lamanya.

Pampasan yang diperolehi hanya kos pindah kubur seorang RM10,000 sahaja. Pampasan lain tidak diperolehi. Surat Beranak dan Kad Pengenalan pun tiada. Peluang pendidikan dan kerjaya jauh sekali.

Lebih malang daripada itu, mereka ditempatkan di rumah bekas kandang ayam!
Mereka tidak tahu kepada siapa untuk mengadu. Merayu-rayu wakil mereka tatkalal dikunjungi 11 anggota rombongan Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat yang diketuai Mazlan Aliman. Turut serta Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Taufeq Abd Ghani, ADUN Paroi, YDP PAS Kawasan Bintulu dan pemimpin setempat.

Insyaallah tindakan susulan akan dilakukan termasuk menghantar surat kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, Presiden PAS dan menyerahkan memorandum kepada SUHAKAM.

Hubungan dengan Bruno Manser Foundation, NGO yang aktif memperjuangkan kaum Penan akan dilakukan. Meskipun 99 peratus kaum ini bukan beragama Islam, ianya tidak menghalang PAS melaksanakan misi kemanusiaan hingga ratusan kilometer ke pendalaman Sarawak. Ia sangat relevan dengan tema muktamar ' ISLAM ADIL UNTUK SEMUA '.

dari blog ANAK

Rakyat Sarawak Tidak Bertanah Di buminya Yang Luas

Dalam kunjungan Lujnah Tanah PAS Pusat ke Sarawak selama lima hari dari 2 hingga 6 Ogos lalu,berbagai aduan daripada rakyat Sarawak telah kami terima khususnya berkaitan tanah.Tentu sahaja menghairankan ,negeri yang luas seperti Sarawak,kaya dengan hutan belantara,tetapi rakyatnya masih merempat di tanahair sendiri,tidak bertanah,walaupun ada yang puluhan tahun meneroka dan mendiami kawasan tanah tertentu.

Apakah selama 25 tahun mengetuai Sarawak ,Ketua Menteri Taib Mahmud hanya berada dalam istana mewahnya hingga melupai nasib rakyat jelata yang tidak bertanah.Tanah tanah yang luas di bumi Kenyalang itu siapa pemiliknya?

Berikut ialah surat aduan yang diemailkan kepada saya selaku Setiausaha Lujnah Tanah PAS Pusat.

Ramai penduduk Daerah Kabong tiada tanah
Pada bulan Jun 2010 yang lepas kita mendapat berita penduduk daerah Simunjan manarik nafas lega apabila wakil rakyatnya Mohamad Naroden turun padang mengumumkan bahawa 400 lot tanah telah disediakan untuk kawasan penduduknya yang sudah bertahun lama menanti. Persoalannya ! kenapa baru sekarang nak beri ? kenapa hampir nak pilihanraya baru nak beri ? Sebenarnya apa yang berlaku di Simunjan adalah cerita yang sama menimpa nasib penduduk di semua daerah di Sarawak termasuklah di Kuching, Kota Samarahan, Miri dan Bintulu.
Salah satunya sedarkah kita. Penduduk kampong Daerah Kabong terutamanya Kampung Laut, Kampung Hilir, Kampung tengah, kampong Hulu, Kampung Masjid Lama yang terdiri daripada beribu-ribu orang penduduk tidak ada milik tanah sendiri. Angka ini melebihi daripada penduduk Simunjan yang telah pun diberi lot tanah. Daerah Kabong yang begitu mempunyai tanah yang cukup besar tetapi penduduknya beribu orang tiada tanah sendiri. Fikirlah dalam satu rumah adik-beradik yang ramai sudah berkahwin , ada anak, nenek dan cucu tetapi masih berhimpit dalam satu rumah. Fikirkanlah, bagaimana nasib-nasib generasi baru anak-anak Kabong pada masa akan datang..
Sedangkan menteri-menteri dan wakil rakyat Sarawak banyak mempunyai harta dan duit yang banyak serta tanah, rumah yang banyak di pelbagai tempat. Penduduk Daerah Kabong juga sekarang ramai terpaksa membina rumah di persisir laut dan ada yang terpaksa membina rumah di atas tapak perkuburan.
Adapun wakil rakyat Kabong (Adun N.33 Kalaka : Abdul Wahab Aziz) dan (Parlimen P.205 Saratok : Jelaing Ak Mersat) telah membuka tanah lot untuk penduduk Kabong di Emburuh. Sebenarnya di sebalik cerita itu hanya bebarapa orang penduduk sahaja yang mendapatnya. Itupun hanya yang bekerja dengan kerajaan yang diberi tanah lot di Emburuh yang rata-ratanya sudah ada rumah sendiri dan tanah…
Nasib malang terus menimpa warga Kabong !

Daripada :
Anak Jati Kabong, Sarawak

Tuesday, August 10, 2010

Menjejak Perjuangan Rosli Dhobi Di Bandar Sibu


 Bersama Rombongan Lujnah Tanah PAS Pusat menziarahi makam Pahlawan Rosli Dhobi

--> Nama Rosli Dhobi memang tercatat dalam buku sejarah.Tapi beliau hanya dikenali sebagai seorang pemberontak yang mati di tali gantung kerana terlibat membunuh Gabenor Sarawak.Kisah sebenar beliau tidak banyak dipaparkan kepada umum.

Alhamdulillah kesempatan berkunjung ke Sibu bersama rombongan Lujnah Tanah PAS Pusat selama seminggu dapat menambah maklumat kami berkaitan tokoh pejuang kemerdekaan di bumi Kenyalang itu.

Tidak terfikir dibumi yang pernah diperintah oleh keluarga di Raja Brooke,tanpa pondok atau pasantren tiba tiba muncul anak muda yang berjiwa agama bangkit menentang penjajahan British di atas wadah Islam.Tidak terdengar nama tokoh tokoh agama ketika itu di bumi Sarawak seumpama nama nama Tuan Guru Hj Hasan Monas yang popular sebagai Tok Janggut di Kelantan ,atau sehebat Haji Abdul Rahman Limbung dan Tokku Paloh di Terengganu,Syeikh Samad Palembang yang menentang Siam di Kedah atau sekurang kurangnya seperti Mat Kilau,Imam Rasul alias Tok Gajah dan Dato Bahaman Orang Kaya Semantan di Pahang yang sempat berguru dengan Tokku Paloh ulama besar di Terengganu. Itu.

Rupa rupanya Allah telah mentakdirkan dibumi Sarawak yang diperintah penjajah itu munculnya seorang anak muda dalam usia 16 tahun yang kalau hari ini nya,masih dibangku sekolah dan tidak pernah faham akan perjuangan.Itulah pemuda Rosli Dhobi yang menggerakan pergerakan pemuda Rukan 13 yang menjadikan ibadah solat sebagai teras utama dalam perjuangannya.

Berkunjung ke rumah nenek Halimah Dhobi yang berusia 81 tahun kakak kepada Rosli yang masih hidup telah mengimbau kembali nostalgia silam 60 tahun yang lalu kisah kehebatan dan pengorbanan seorang anak muda yang bencikan penjajahan hingga sanggup mengorbankan nyawanya bersama 3 sahabat yang lain demi Islam dan tanahair tercinta.

Pada 1946 ketika keluarga Raja Brooke yang memerintah Sarawak menyerahkan kuasa kepada British,berlaku kebangkitan rakyat menentang kemasukan Brirish ke Sarawak.

Pemuda bernama Rosli ,yang dikatakan mendapat bimbingan daripada Awang Rambli Hamit seorang peguam bertindak berani menulis surat amaran kepada Gabenor baru yang kedua Sir Duncen Stewart supaya tidak datang ke Sarawak.Surat dari remaja kampong itu tentu sekali dipandang sebelah mata oleh ‘orang putih’.Penjajah Inggeris tidak pedulikan amaran budak kampong itu.

Disember 1949,belum sempat Gabenor itu menikmati dan meratah hasil bumi Sarawak,perutnya terburai di kawasan berhampiran anak sungai Rajang di Bandar Sibu yang hari ini terletaknya bangunan Lembaga Pelabuhan.Barangkali Sir Duncen Stewart ketika itu baru saja samapai ke Sibu melalui jalan air.Pemuda Rosli Dhobi bukan pemuda bacul,amaran telah diberi,dia merasa bertanggungjawab untuk memberi pengajaran kepada penjajah yang angkuh sebelum mereka meratah hasil bumi rakyat Sarawak.

Dengan laungan Allahu Akbar,anak muda yang berusia 16 tahun itu meluru ke arah Gabenor British itu,tanpa membuang masa senjata ‘badik dalam genggamannya dibenamkan sepuas puasnya ke perut Gabenor itu hingga rebah ke bumi.Orang ramai bertempiaran lari.Tentera tentera pengiring Gabenor tentu sahaja terkejut beruk dengan kejadian yang tidak diduga.Rosli ditangkap,dan anda bayangkanlah sahaja apa yang terjadi ke atas beliau selepas itu.Gabenor yang parah dibawa ke Singapura untuk dirawat.Tiga hari kemudian norang putih itu menemui ajalnya.

Rosli bersama tiga rakannya merengkok dipenjara Kuching.Kesempatan dalam tahanan beliau mengutus surat kepada ibu bapanya menasihatkan mereka agar bersabar dan berdoa untuk keselamatan dirinya dan rakan di dalam tahanan.Dia juga berpesan agar diadakan solat hajat moga diberi bantuan dari Allah.

Beberapa ketika ditahanan sementara menunggu keputusan pengadilan,tentera gurkha datang ke rumah kakaknya Halimah yang sedang mengandung,memintakan sijil beranaknya,katanya untuk proses pembebasan Rosli.Kakak Halimah tentu gembira sekali dengan perkhabaran tersebut,tanpa berfikir panjang diserahkannya sijil beranak adiknya mudah mudahan Rosli yang dirinduio akan dibebaskan segera.

Jangkaan Halimah jauh meleset.Surat beranak yang membuktikan adiknya itu baru berusia 16 tahun dan tidak boleh dihukum mati kerana masih juvana telah dikhianati British.Tarikh lahirnya telah diubah supaya melebihi 18 tahun.Maka layaklah Rosli dijatuhkan hukuman mati.Begitulah qada’ dan takdirnya yang tentu sekali tak dapat dilupakan keluarga Rosli yang masih hidup hinggalah ke saat ini.

Sebelum dijatuhkan hukuman mati,Rosli sempat mewasiatkan kepada keluarganya dalam surat terakhirnya supaya sentiasa bersabar,berilah didikan agama kepada anak anak dan jangan lupa perbanyakkan kebajikan dan jangan tinggalkan solat untuk bekalan di hari baqa’.

Empat puluh tahun berlalu,selepas dijatuh hukuman mati,mayatnya tak dibenarkan dilihat ahli keluarga.Jasadnya terus berada di penjara Kuching walau negara sudah merdeka.Dia masih tak dihargai sebagai pejuang.Hinggalah pada tahun 1996,selepas berbagai desakan ,kerajaan membenarkan pusara nya bersama tiga rakan yang lain dipindahkan ke Makam Pahlawan di Masjid Sibu.

Tetapi ada kejadian aneh berlaku yang menjawab teka teki selama lebih 40 tahun.Pusara Rosli kosong,tiada tulang rangka,gigi,maupun rambut.Berbeza dengan 3 sahabatnya yang ditemui tulang rangka,gigi dan rambut.

Benarlah cerita cerita dahulunya,isteri kepada Gabenor yang mati dibunuh sangat berhajat untuk menatap wajah pemuda yang berani membunuh suaminya itu.Rosli dikatakan tidak digantung,tetapi dibawa ke England untuk diperlihatkan kepada isteri Gabenor.Di sana kemungkinan dia disiksa,dibunuh ,dicincang atau dicampak ke laut,wallahu a’lam.Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Menurut catatan pada batu nesan di makam pahlawan tarikh kematian mereka adalah berbeza .Rosli dan Morshidi Sidek dijatuhkan hukuman mati pada 2 Mac 1950,manakala peguam dan juga mentor beliau Awang Ramli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman pada 23 Mac 1950.

Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi,Allahyarham Awang Rambli Amit,Allahyarham Bujang Suntong dan Morshidi Sidek.Nudah mudahan mereka termasuk di kalangan para syuhada yang mati kerana memperjuangkan agamaNya.
Kisah di atas diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya khususnya kakak beliau Halimah,anak saudara beliau Mohammad Asfia Haris aktivis pemuda PAS Sibu yang terlibat menggali pusara beliau pada 2 Mac 1996

Friday, July 30, 2010

Bila Warga Felda Turun ke jalan raya...

Tanda tanda Umno akan pupus...
Gambar sekitar demontrasi warga Felda di Jengka 18 pada Rabu dan Jumaat minggu lepas membantah potongan Tanam Semula Ke2 yang dibuat Felda tanpa kebenaran





Laporan Polis Ke Atas Felda Curi Duit Peneroka

Mazlan Aliman bersama wakil peneroka dan pimpinan parti politik selepas membuat laporan polis di Temerloh
LAPORAN POLIS

24 JULAI 2010

Laporan dibuat terhadap:

Dato Dzulkifli Abd Wahab
Pengarah Besar Felda

Muqaddimah

Pihak pengurusan Felda telahpun mengenakan potongan purata sebanyak RM 120.00 sebulan daripada jualan sawit peneroka yang dihantar ke kilang Felda walaupun mereka mengusahakan sendiri ladang mereka atas alasan untuk Tabung Tanam Semula ke2 tanpa sebarang makluman dan keizinan dari peneroka Felda.

ADUAN
1. Peneroka peneroka yang sudah menerima Hak Milik dan mengusahakan ladang mereka secara persendirian dengan tidak diurus oleh Felda Techno Plant tidak terikat dengan apa apa potongan yang dikenakan Felda ke atas hasil mereka.

2. Felda tidak pernah meminta kebenaran ataupun memaklumkan kepada peneroka untuk mengenakan potongan RM 120.00 untuk Tabung Tanam Semula ke2.Tindakan ini jelas satu bentuk penyelewengan dan kecurian ke atas wang peneroka.

Potongan RM 120.00 adalah begitu tinggi iaitu tiga kali ganda potongan sebelum ini yang hanya dikenakan RM 40.00 (sepuluh ekar) sebulan.


.Alasan yang diberikan Felda,potongan tersebut adalah untuk kebaikan masa hadapan peneroka dengan mewujudkan tabungan untuk tanam semula adalah diragui sama sekali tujuannya memandangkan tabungan Tanam Semula yang pertama yang dipotong oleh Felda hampir 20 tahun berjumlah RM 17,000 masih tidak diserahkan sepenuhnya kepada peneroka walaupun peneroka telah menanam sendiri sawit mereka ada yang sudah mencecah lapan tahun

TUNTUTAN

1. Pihak pentadbiran Felda mestilah mengembalikan semula kepada peneroka semua wang yang telah dipotong dari hasil peneroka untuk Tanam Semula ke2 yang telah dibuat tanpa keizinan dari mereka .

2. Pihak Felda juga mestilah menyerahkan kembali kepada peneroka semua caruman Tabung Tanam Semula pertama yang dipotong dari peneroka selama tempoh 20 tahun berjumlah RM 17,000 yang masih belum dilangsaikan.

3. Satu siasatan perlu dilakukan diatas keengganan pentadbiran Felda menyerahkan kesemua caruman tersebut kepada peneroka serta mengenakan potongan baru yang berlipat ganda yang dipaksakan ke atas peneroka.Adakah wang tersebut telah disalah gunakan untuk perbelanjaan lain yang dirahsiakan oleh Felda selama ini memandangkan rezab Felda telah mengalami kemerosotan sehingga 60 peratus dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan sendiri oleh Dato Ahmad Bin Maslan selaku Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

4. Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan ramai maka saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.


Pengadu:


Wahab bin Siran

Abdul Kadir Bin Manaf

Aris Fezul Bin Ismail


Laporan polis yang tersebut di atas dibuat oleh wakil peneroka dan generasi kedua Felda pada 24 Julai 2010 -Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.


Pejabat ADUN Semantan Nyaris Hangus

Pejabat ADUN PAS Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad yang terletak di Damai Court Temerloh nyaris terbakar apabila sebuah motor yang diletakkan berhampiran pejabatnya dibakar hangus oleh seseorang dipercayai perbuatan khianat.

Pegawai Penerangan di pejabat PAS Pahang saudara Khairi yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian tersebut.Tiada apa apa kemalangan jiwa berlaku.

Selepas Felda,Mazlan Gegar Felcra

Selepas hampir 20 tahun keluar masuk rancangan Felda mendengar rintihan peneroka dan memperjuangkan hak mereka,Mazlan Aliman terus mara ke hadapan membela rakyat jelata yang tertindas tanpa mengira batasan ideologi dan anutan.

Tangkapan,penghinaan,tohmahan tidak pernah menggoncangkan jiwanya untuk terus berjuang.Selepas berjaya mengegarkan Felda dengan membongkar segala kepincangan yang berlaku,beliau melangkah setapak lagi ,kali ini giliran Felcra akan digegarkan.

Bermula esok ,berduyun duyun warga Felcra seluruh negara akan bergerak ke Bandar Seberang Perak Changkat Lada,Pasir Salak untuk bersama dalam himpunan warga Felcra Kebangsaan yang julung julung kali diadakan anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang diketuai Mazlan.Himpunan ini diadakan di kawasan Pengerusi Fecra sendiri,Tajudin Abd Rahman

Diseluruh negara terdapat 1593 buah ladang Felcra dengan leluasan 226162.49 hektar dan pesertanya berjumlah 92472.Nasib warga Felcra tak jauh beza dengan peneroka Felda dan kemungkinan besar lebih dahsyat lagi.

Apa yang pasti dalam beberapa pilihanraya kecil,selain peneroka Felda,peserta Felcra adalah antara sasaran BN untuk digula gulakan.Inilah masanya nak bagi bonus,sijil dan lain lain lagi.Lepas pilihanraya,mereka sudah tidak berharga.

Keluarga saya mempunyai pengalaman tersendiri.Sebelum berpindah ke rancangan Felda di Jengka,ayah saya dan penduduk kampungnya di Lenggong Perak telah memohon tanah kosong dalam Rancangan Tanah Pinggir .Semua mereka diberi 4 ekar tanah untuk diusahakan.Atas persetujuan dengan pihak Felcra tanah itu telah ditanam sawit.Anehnya tanah yang 4 ekar itu tiba tiba berkurang menjadi tiga ekar selepas sawit ditanam.Alasannya satu ekar diguna untuk pembinaan kilang dan jalan ladang.Tetapi lebih aneh Pengerusi JKKK Kampung Temelong Lenggong Perak yang tidak pernah memohon Rancangan Tanah Pinggir tiba tiba memiliki satu lot tanah dalam rancangan sawit Felcra tersebut.

Tanah diambil untuk kilang dan jalan ladang boleh bertukar menjadi lot milik Pengerusi JKKK!.Wow,banyak untung!

Lebih hebat lagi tiap kali menjelang raya,Menteri akan umum ,peserta Felcra akan dapat dividen paling kurang RM 2000,tapi bertahun tahun ayah saya hanya dibayar RM 200-300 setahun dengan keluasan sawit 3 ekar.Hanya menjelang PRU ke 12 yang lalu dapat lah RM 1000.Nasib baik ada pilihanraya.Kalau tak,tak tau apa cerita warga Felcra.Kaya raya Felcra kaut keuntungan.

Peneroka tanam sendiri sawit ,kalau keluasan 3 ekar boleh dapat 4-5 tan sebulan(RM 2000-2500),setahun lebih dari RM 20,000!Tapi dengan Felcra,hanya RM 200.setahun.Paling banyak RM 1000 di musim pilihanraya!

Tentu banyak lagi perkara yang terselindung yang perlu dibongkar dalam perhimpunan esok hingga Ahad ini.Selamat berhimpun dan berjuang kepada seluruh warga Felcra.

Wednesday, July 14, 2010

Bagaimana Memenangi Felda?

Oleh:Nasaie Ismail

Pilihanraya tahun 1999 menyaksikan Barisan Alternatif menang 8 kerusi di Pahang. Pas menang 6 kerusi, PKR dan DAP masing-masing 1 kerusi. Daripada 8 kerusi ini 5 kerusi mempunyai Felda iaitu Cini, Jengka, Paya Besar, Guai dan Tahan. Di Jengka, Cini dan Guai, Pengundi Felda adalah majoriti. Daripada 10 UPU di Jengka, 9 daripadanya adalah kawasan Felda. Pas memenangi 6 UPU daripada 10 di dun ini. Begitu juga di Guai, adanya Felda Tementi, Bera, Mayam, Purun dan lain-lain.

Ini memberi makna, pilihanraya 1999 pernah menyaksikan Pas memenangi kawasan Felda di Pahang. Perlu diketahui bahawa 60 peratus daripada Felda terletak di Pahang dan 40 peratus pengundi di Pahang adalah daripada Felda. Maknanya Felda boleh menjadi faktor jatuh bangunnya negeri Pahang. Sebelum itu mari kita melihat faktor-faktor kemenangan kawasan Felda 1999. Jika alasan sekarang kita kalah di kawasan luar bandar disebabkan maklumat yang tidak sampai. PRU 1999 juga menyaksikan Barisan Alternatif bermasalah dalam hal yang sama. Jadi siapa yang memenangkan Felda pada tahun 1999.

Kita lihat peti undi yang dimenangi oleh BA pada tahun tersebut kebanyakannya saluran 3. Manakala saluran satu dan dua juga ada peningkatan walaupun tidak besar. Maknanya kemenangan ini disebabkan oleh undi anak muda dan kaum tua. Bagaimana perubahan ini berlaku? Kebanyakan anak muda ini bekerja di Lembah Klang dan tempias kebangkitan reformasi akibat penangkapan Anwar Ibrahim terkena pada mereka. Mereka balik ke kampung mengasak ibu bapa supaya turut berubah menyokong Pas dan BA. Maka perubahan berlaku. Pengundi saluran satu ini memang sukar diubah, tetapi jika ianya dilakukan atas pengaruh anak-anak khususnya yang makan gaji di luar, berpelajaran, peratus untuk berubah itu lebih besar. Maka dua golongan ini iaitu sebahagian saluran satu dan majoriti saluran 3 dan 4 telah memenangkan BA pada tahun tersebut.

Oleh itu tidak boleh kita mengatakan pengundi Felda tidak pernah berubah dan sukar berubah. Kerana di Pahang pernah menyaksikan Pas menang di kebanyakkan kawasan Felda yang ditandingi. Ada dun Felda yang kita tidak menang tetapi beberapa peti undi di dalamnya dimenangi oleh Pas seperti dun Jempol dalam Parlimen Maran. Pas memenangi 3 UPU daripada 9 UPU di dun ini.

Oleh itu situasi pada hari ini juga tidak jauh berbeza. Berlakunya satu lonjakan perubahan menolak BN besar besaran khususnya di Lembah Klang. Bezanya gelombang 1999 lebih emosi berbanding kini. Gelombang pada hari ini atas kesedaran dan separa senyap. Ceramah, demonstrasi, perbicaraan Anwar dan lain-lain program Pakatan tidak dihadiri ramai seperti 1999. Tetapi apabila tiba pilihanraya ramai pula mengundi Pakatan. Berbalik kepada Felda tadi, perubahan juga harus bermula di bandar. Sangat ramai anak, cucu dan menantu peneroka Felda berada di Lembah Klang. Mereka inilah yang perlu digarapkan untuk menjadi juru kempen Pakatan di felda-felda. Jika tidak merubah ibu bapa sekalipun, sekurang-kurangnya mengubah adik-adik atau anak-anak peneroka yang duduk di kampung-kampung. Saranan ini bukan percubaan atau impian tidak berjejak, kerana buktinya sudah berlaku pada pilihanraya 1999. Di Pahang 12 daripada 13 parlimen mempunyai kawasan Felda.

Perlu diingat, pengundi di felda kebanyakannya 50 peratus ke bawah sahaja dikalangan peneroka dan isteri peneroka. Manakala selebihnya adalah anak-anak peneroka, menantu dan cucu mereka. Golongan ini mewakili hampir 50 peratus atau lebih dan mereka mudah menerima perubahan. isu pada tahun 1999 lebih kepada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim. Tetapi isu pada hari ini ialah penipuan, penyelewengan dan penindasan peneroka Felda. Jika mereka faham isu sebenar, penolakan terhadap parti pemerintah akan berlaku secara sedar.

dari blog Minda Nasaie

Tuesday, July 13, 2010

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010.

PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut.

Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.


PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya.

Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi. Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai.

Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.


PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa.

Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunai, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?


PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, July 5, 2010

Berkunjung ke Taman I-City





Malam Ahad lalu saya berkesempatan ke satu lokasi pelancongan terbaru iaitu Taman I-City bersebelahan Seksyen 7 Shah Alam.Kunjungan yang tak pernah dirancang,cuma secara kebetulan.

Taman I-City seumpama sebuah zoo yang terdapat binatang binatang dan pokok yang cantik.Bezanya,zoo di negara kita dibuka pada siang hari ,tapi Taman I City hanya dibuka pada waktu malam.Kenapa?Kerana binatang dan pokok pokoknya hanyalah replika dihias lampu cantik bewarna warni.

Berkunjung bersama keluarga pada malam hari ke I City mengingatkan saya pada Hadiqah dauli di Kaherah Mesir.Suasananya hampir serupa.

Saksikan sendiri gambar gambar di atas,bukan saya rakam,tapi diambil melalui google search.Terima kasih pada tuan punya gambar.

Friday, July 2, 2010

Lakonan Demo 'Felda Tak Bengkrap' Di Jengka


Pagi tadi ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi,belatih demontrasi di belakang Balora Mastika,Bandar Jengka.Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda.Jadi bertyempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah!Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian.


Bukan apa,kalau demontrasi tu tengah tengah Nadi Kota,diketawakan orang pulak.Sebab nampak sangat nak mengampu Felda walaupun Felda pun menyampah dengan muka dia.Orang Jengkapun kenal sangat muka muka yang selalu kenyang dengan duit Felda ni.Dengar ceritanya perangai ketua demontrasi pagi tadi tu dah berjangkit pada anak perempuan dia pulak.Mana taknya lepas tak dipilih dalam MBF cawangannya,segala penyata kewangan,buku kira kira,baki duit MBF tak di pulangnya kepada pimpinan baru,sebab dia ingat MBF ini bapak dia punya.


Juak yang demontrasi dengan budak budak pagi tadi tentu saja ada kepentingan peribadinya,ni lah peluang nak jadi hero. Ada rezeki boleh jadi calon,banyak lagi duit Felda boleh diambil manafaat.Orang Jengka 11 pun belum lupa,kisah korban perdana pemuda Umno.Felda habis ratus ribu untuk beli lembu korban Pemuda Umno.Lepas lembu kena sembelih,tokey lembu pulak dikorbankan.


Kepada yang gian demontrasi 'Felda Tak Bengkrap' elok lah baca artikel yang buktikan kehebatan dirancangan Felda .Klik sini

Friday, June 25, 2010

Wira Negara Ke Gaza Akan Bersama Penduduk Jengka Isnin Ini


Salah seorang dari 12 wira negara yang sangup menggadai nyawa dalam Misi Kemanusian Ke Gaza baru baru ini akan menemui rakyat Pahang sekitar Jengka ,Isnin 28 Jun.


Tuan Haji Jamuliddin Elias,Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia yang terselamat dalam serangan tentera Israel ke atas kapal Mavi Malmara akan berkongsi pengalaman tentang kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Palestin dalam program yang disusun Yayasan Amal Malaysia(Pahang) selama dua hari di negeri ini.


Pengerusi Yayasan Amal Malaysia(Unit Jengka) Ustaz Azri Syamsudin dalam kenyataannya berkata,sempena kunjungan Haji Jamuliddin ke Pahang pihaknya telah menyusun tiga program di sekitar Jengka.


"Pada jam 11.00 pagi hari Isnin ini,beliau akan bersama dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah sekitar Jengka bertempat di Maahad Sultan Ahmad Shah Bandar Jengka yang menjadi tuan rumah program",kata beliau.


Sementara itu pada jam 5.00 petang Wira Negara itu akan bersama dengan belia dan beliawanis di Jengka 16.


Kemuncaknya disebelah malam,beliau akan menyampaikan ceramah dalam Majlis Malam Hapuskan Air Mata Gaza bertempat di masjid Jengka 15.Pelancaran Dana Palestin juga akan diadakan pada malam tersebut.


Ustaz Azri dalam kenyataannya menyeru semua pihak untuk sama sama hadir ke program kemuncak pada sebelah malam untuk mendengar ceramah tersebut dan menghulurkan sumbangan derma untuk membantu rakyat Palestin.


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Pejabat Agama Islam Daerah Jengka yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.

Saturday, June 19, 2010

Tun Dr Mahathir Gagal Tarbiyyah Israel

Sebelum demontrasi besar April 1997 dihadapan pintu utama Universiti Malaya bagi membantah kehadiran pasukan kriket dari Negara haram Israel ke Malaysia,pemuda PAS seluruh negeri telah menghantar memo bantahan kepada Menteri Besar masing-masing.Saya yang ketika itu bertugas di Negeri Sembilan turut bersama rombongan Ketua Pemuda PAS Negeri yang dipimpin saudara Rahmad Jalil menyerah memo di Pejabat Menteri Besar Datuk Seri Utama Hj Mohd Isa Abd Samad.

Selesai membaca memo daripada PAS itu,Mohd Isa dalam respon spontannya berkata,PM telahpun jelaskan dalam akhbar ,keizinan kerajaan terhadap kehadiran pasukan kriket Israel ialah untuk memberitahu mereka kebaikkan umat Islam supaya mereka boleh balik ke Israel dan memberitahu kerajaan mereka umat Islam tidak ganas,mereka orang baik.Itulah hujah Dr Mahathir ketika itu.

Tetapi kenyataan Dr Mahathir disanggah oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor.Kata Presiden PAS itu,pasukan kriket Israel akan pulang bukan bagitau negara mereka akan kebaikkan umat Islam di negara ini,tetapi mereka akan bagitau betapa bodohnya umat Islam di Malaysia yang memberi layanan baik kepada mereka,walhal mereka adalah pengganas yang setiap hari membunuh umat Islam.Ustaz Fadzil juga membidas Dr Mahathir yang tidak kenal Yahudi tetapi cuba untuk mendidik bangsa yang degil itu.

Ternyata hari ini selepas Almarhum Dato Fadhil Nor meninggalkan kita,apa yang beliau telah ingatkan kepada Tun Mahathir ketika bekas PM itu cuba mentarbiyyah Israel,benar benar berlaku.Tun telah gagal mentarbiyyah Israel.Walaupun dengan cara yang dirasakan penuh bijaksana,tetapi ternyata Tun silap.Tun tak kenal watak sebenar orang Yahudi yang sejarahnya kedegilan bangsa ini tercatat di dalam al Quran.Nabi-nabi yang diutus kepada mereka ,mereka bunuh dan Rasulullah sendiri yang mereka tahu kebenarannya sebelum lagi baginda diutuskan,mereka ingkari kerasulannya dan cuba untuk menamatkan riwayat utusan Allah yang mahu menyelamatkan kehidupan mereka.

Lihat saja apa yang Israel lakukan kepada Konvoi Kemanusian ke Gaza yang hanya mahu menghantar ubat ubatan dan bahan binaan diserang tanpa perikemanusiann lagi.,dibunuh dengan kejam di kawasan perairan antarabangsa.Barangkali kalau Tun benar benar menjadi peserta di kapal Mavi Malmara atau Rechel Corrie,barulah Tun akan rasa kecewa sekali ,kerana usaha Tun untuk mentarbiyyah Israel tidak memberi kesan langsung.

Thursday, June 17, 2010

KENALI 9 SYUHADA GAZA MAVI MARMARA 2010-06-14

Rasakanlah Anda duduk sejenak di sebuah bangku panjang di depan dapur kabin penumpang dek 3 kapal Mavi Marmara. Tadinya arahnya ke Gaza, saat itu dipaksa ke arah Ashdod. Tentara komando Israel sudah menguasai kapal. Serangan brutal baru saja selesai. Penjajahan kecil baru saja dimulai.

Di depan Anda, terbujur empat sosok jenazah. Tidak semua Anda kenal nama dan pribadinya. Tapi selama berhari-hari Anda bersama mereka. Sholat bersama, berdoa bersama, makan bersama, bekerja bersama, menuju ke arah yang sama, dengan niat yang sama, mencari ridha Allah saja.

Bahasa Turkinya tidak Anda fahami, tetapi senyum tulus dan jabatan tangan eratnya bisa Anda hayati. Anda tidak mengenal semua nama dan pribadinya, tetapi rasanya sudah bersaudara dengan mereka selama berpuluh tahun.

Izinkan saya memperkenalkan para Syuhada ini kepada Anda. Para Syuhada tidak mati, kata Allah. Tapi rasanya rugi karena belum sempat mengenal mereka lekat-lekat dan mereka yang beruntung ini sudah pergi.

Sahabatku Cevdet (dibaca Jaudat), saya tidak menyangka persaudaraan kita begitu ringkas. Dengan ikhlas dan enteng kau berjaga setiap jam 6 pagi, untuk memenuhi keperluanku akan internet di press room, karena jam-jam begitu Jakarta sudah menunggu berita dari Mavi Marmara. Padahal aku tahu, kau selalu tak tidur sampai hampir pagi melayani keperluan puluhan wartawan.

Kata seorang sahabatmu, tentara komando Israel menembakmu dari jarak dekat saat kau memotret mereka turun dari helikopter biadab itu. Kubuka selimut yang menutup wajah jenazahmu. Kulihat ada satu titik hitam di antara kedua matamu. Titik hitam jalan masuk peluru yang menembus otak dan tengkorak belakangmu. Kulirik darah segar masih menetes di bawah kepalamu.

Titik hitam itu pintumu ke Syurga Firdaus insya Allah. Jangan lupa pada kami. Doakan kami mendapat keberuntungan seperti engkau. Kau telah menunaikan janjimu. Doakan kami seberani dan seistiqamah engkau.

Ibrahim Bilgen
1. Ibrahim Bilgen, 61 tahun, seorang insinyur listrik dari kota Siirt. Anggota Organisasi Kehormatan Insinyur-insinyur Listrik Turki. Aktif di politik melalui Partai Saadet menjadi calon legislatif pada pemilu tahun 2007 dan pemilu lokal di Siirt 2009. Menikah dan dikaruniai 6 orang anak.

Ali Haydar Bengi
2. Ali Haydar Bengi, 39 tahun, membuka usaha perbaikan telepon di Diyarbakir. Lulus dari Universitas Al-Azhar, Kairo, jurusan Sastra Arab. Menikah dengan Saniye Bengi; dikaruniai empat anak, Mehunur (15 tahun), Semanur (10 tahun) serta kembar Muhamad dan Senanur (5 tahun)









Cevdet Kiliçlar
3. Cevdet Kiliçlar, 38 tahun, dari Kayseri. Lulusan Fakultas Ilmu Komunikasi Universitas Marmara; pernah menjadi wartawan untuk surat kabar National Gazette dan Anatolia Times. Setahun belakangan ia menjadi reporter sekaligus webmaster situs IHH (Insani Yardim Vakfi). Menikah dengan Derya Kiliçlar; dikaruniai seorang putri bernama Gülhan, dan putra bernama Erdem.






Çetin Topçuoglu
4. Çetin Topçuoglu, 54 tahun, dari Adana. Bekas pemain sepak bola amatir dan juara Tae Kwon Do, yang pernah melatih Tim Nasional Tae Kwon Do Turki. Menikah dengan Çigdem dan dikaruniai seorang putra, Aytek. Çigdem ikut di kapal Mavi Marmara, dan bertugas sebagai amirah (pemimpin) di kabin perempuan.







Necdet Yildirim
5. Necdet Yildirim, 32 tahun, seorang pekerja kemanusiaan IHH dari Malatya. Menikah dengan Refika Yildirim; dikaruniai seorang putri berusia tiga tahun, Melek.


Fahri Yaldiz
6. Fahri Yaldiz, 43 tahun, seorang petugas pemadam kebakaran di kota Adiyaman. Sudah menikah dan dikaruniai empat orang putra.


Cengiz Songür
7. Cengiz Songür, 47 tahun, dari Izmir. Menikah dengan Nurcan Songür; dikarunai enam putri dan seorang putra.


Cengiz Akyüz
8. Cengiz Akyüz, 41 tahun, dari Iskenderun. Menikah dengan Nimet Akyüz ; dikaruniai tiga anak Furkan (14 tahun), Beyza (12 tahun) dan Erva Kardelen (9 tahun).


Furkan Dogan
9. Furkan Dogan, 19 tahun, sedang duduk di bangku SMA di Kayseri High School dan sedang menunggu hasil ujian masuk universitas; bercita-cita jadi dokter. Putra dari Dr. Ahmet Dogan, seorang profesor di Universitas Erciyes. Furkan berkewarganegaraan dual Turki-Amerika, dan memiliki dua orang saudara.**
Sumber:kispa.org
(Sahabat Al-Aqsha, dari berbagai sumber berbahasa Inggris dan Turki)