Friday, February 25, 2011

Pemuda Pahang Buat Report Polis

Hashim Abdullah (kanan) Pengarah Penerangan PAS Pahang bersama Aris Faizul Ismail(Exco Dewan Pemuda PAS Pahang(Kiri) mengiringi Shahril Azman di Balai Polis Temerloh

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abd Halim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh petang tadi berkaitan risalah propaganda berbau hasutan yang dipercayai diedarkan oleh petugas Barisan Nasional kepada pengundi di DUN Kerdau.

Risalah yang memuatkan ulasan terhadap janji Pakatan Rakyat Dalam Tempoh 100 hari itu penuh dengan penyelewengan fakta,mengandungi hasutan untuk menakut nakutkan pengundi daripada mengundi calon PAS.

Shahril yang diiringi Exco Pemuda PAS Pahang,Aris Faizul Ismail menyelar tindakan dayus Umno yang tidak berani berdebat secara terbuka berkenaan janji Pakatan Rakyat tetapi cuba memutar belit fakta yang sebenar.

Dalam sidang media beliau selepas membuat laporan polis,beliau turut mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan propaganda jahat yang dibuat oleh Umno dalam pilihanraya ini termasuk risalah risalah yang diedarkan dengan menggunakan logo parti parti Pakatan Rakyat.

Thursday, February 24, 2011

Calon BN Kerdau ,Tuan Penasihat Kassim Patalon!

Pahang yang memang terkenal dengan pusat perjudian terbesar di rantau ini yang terletak di Genting Highland pernah dikejutkan dengan pembukaan pusat judi kedua yang terletak di Colmar Tropicale Resort Bukit Tinggi Resort pada tahun 2003.

Pembinaan pusat judi kedua yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat ini akhirnya terbongkar juga.Lebih mengejutkan lagi ialah antara pemegang sahamnya ialah Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan Setiausaha Kerja Umno dan anak syarikat kerajaan negeri,PASDEC.

Ketika Pemuda PAS Pahang menyerahkan memo bantahan yang turut disertai Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dato Seri Adnan Yaakob,Menteri Besar itu mempertahankan tindakan kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan pusat judi ke dua itu.

Katanya,keputusan yang diambil kerajaan negeri untuk membuka pusat perjudian tersebut telahpun mengambil kira kaedah feqah Siasah Syariah .Itulah jawapan daripada seorang pemimpin tertinggi Umno di negeri ini.Aqal mereka memikir kononnya untuk membendung perjudian haram yang berlaku di dalam semak dan tempat tersembunyi,elok saja disediakan tempat yang dapat dikawal kerajaan.Kalau itulah hujahnya yang dikatakan berlandaskan Siasah Syariah,maka boleh saja kerajaan negeri membuka pusat pelacuran berlesen untuk mengelakkan berlakunya aktiviti pelacuran secara sulit yang tidak boleh dikawal.

Ketika Adnan Yaakob mengemukakan hujahnya itu,dia sudahpun mempunyai penasihat khas berkaitan agama yang sepatutnya dirujuk beliau.Adakah Adnan telah bertanya penasihatnya itu atau dia telah menerima nasihat yang salah dari penasihat agamanya.

Berdasarkan biodata calon Barisan Nasional untuk PRK N28 Kerdau,Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau,sudahpun menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar sejak tahun 2001. Ketika ura ura pembukaan pusat judi kedua tersebut ,beliaulah penasihat kepada Menteri Besar.Adakah beliau telah menjalankan tugasnya memberi nasihat atau telah mengkhianati ilmu agama yang dipelajarinya di Al Azhar Mesir demi menjaga perutnya?Atau sekadar menjadi Penasihat 20 Persen seperti Kassim Patalon yang sering memberi nasihat salah kepada saudagar penipu Tuan Sodeq Segaraga.

Apa yang pasti beliau adalah seorang penasihat khas yang gagal menjalankan tugas memberi nasihat kepada Menteri Besar untuk menghapuskan amalan perjudian yang diharamkan semua agama.Pengundi Kerdau wajar menghukumnya dalam pilihanraya kecil 6 Mac ini.

Tuesday, February 22, 2011

Syed Ibrahim Calon BN N28 Kerdau Bakal Jadi Daun 'Karapole'

Syed Ibrahim diumum sebagai calon BN PRK Kerdau

Seperti yang dijangka,Umno akhirnya mengistiharkan Syed Ibrahim Syed Ahmad 44 Pegawai Khas Menteri Besar Pahang yang mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar sebagai calon BN di PRK Kerdau.Sebuah blog Umno menyifatkan pemilihan itu sebagai ,hadiah paling berharga bagi penduduk Kerdau.

Ini bukanlah kali pertama Umno meletakkan calon lulusan agama untuk menentang calon PAS.Tahun 2004 paling ramai tokoh tokoh agama di turunkan sebagai calon BN untuk menentang tokoh tokoh PAS terutama yang menang pilihanraya 1999.

Tetapi apakah ianya benar benar menjadi hadiah paling berharga kepada rakyat atau sebaliknya?Selepas mereka menang dalam pilihanraya 2004,apakah kedai kedai judi,nombor ekor di tutup di Pahang?Pastinya tidak.

Apa yang pasti mereka masuk ke dewan undangan negeri hanya sekadar untuk 'mengangguk' kepala kepada apa saja yang hendak dibuat kerajaan negeri.Masjid masjid selepas 2004 semakin lesu daripada program agama kerana ahlijawatankuasa masjid yang dipilih oleh ahli jemaah telah digugurkan dan diganti dengan Ajk Umno cawangan yang 'penyegan' nak imarahkan rumah Allah.

Kalaulah tokoh tokoh agama Umno ini dianggap sebagai hadiah paling berharga kepada rakyat,tentu saja masjid masjid semakin makmur dengan pengajian agama yang dikendali sendiri oleh YB di kalangan ustaz ustaz Umno ini.Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

ADUN Luit daripada BN, seorang bekas Kadhi lebih memilih karaoke bersama rakyat daripada mengimarahkan masjid bersama pengundinya itu.Tiada apa yang menarik dibuat oleh tokoh tokoh agama ini untuk memartabatkan Islam di negeri Pahang.

Pada PRU ke 12 tahun 2008 ADUN ADUN dari kalangan ustaz Umno ini telah dibakul sampahkan.Maka jadilah mereka daun 'karapole' @ daun kari yang dicari merata ceruk untuk menyedapkan gulai,tapi bila gulai dah siap,daun karapole dibuang ke bakul sampah .I

tulah nasib yang akan menimpa ustaz Umno termasuk Syed Ibrahim calon Umno di PRK Kerdau yang juga bakal menjadi daun 'karapole'.Tugas beliau hanyalah untuk mengalahkan calon PAS.Kalaulah beliau berangan nak bawa suara Islam ke Dewan Undangan Negeri,maka beliau telah tersilap memilih bahtera.

Sunday, February 20, 2011

BN Amalkan Undang Undang Sodiq Segaraga!

Baru saja SPR umumkan Pilihanraya Kecil Kerdau serentak dengan Merlimau,Umno Kuala Krau dah macam kena sawan.Tak sabar sabar belum lagi penamaan calon,bendera dacing dah penuh di semua peti undi macam esok dah nak mengundi.

Kalau di Tenang dan tempat tempat lain sebelum ni,habis bendera Pakatan Rakyat diturunkan oleh Majlis Daerah kononnya salah di sisi undang undang.Tapi bila BN yang pasang awal,mata penguatkuasa Majlis daerah semua jadi kabur.Bendera Pakatan Rakyat kalau kat permis persendirian pun mereka boleh nampak.

Selepas ini,anak anak muda yang sokong PAS tentu tak akan duduk diam melihat bendera biru yang menyakitkan mata mereka.Kalau mereka bertindak balas,mengibarkan bendera bulan purnama,menghijaukan DUN Kerdau sebelum penamaan calon,adakah pihak berkuasa Majlis Perbandaran Temerloh akan pejam mata saja.Masa ni lah mereka akan bercakap soal peraturan yang perlu diikuti.Semua peraturan yang nak diikut mesti menguntungkan Umno BN.Inilah undang undang Sodiq Segaraga.Kalau nak makan hanya boleh hidu baunya,kalau nak tidur hanya boleh di kandang kuda..


Bendera BN boleh dilihat di merata tempat dalam DUN Kerdau sejak SPR mengumumkan tarikh penamaan calon


Saturday, February 19, 2011

Pesta Memancing Undi Kali Ke 17 Di DUN Kerdau

SPR sudahpun mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi DUN Kerdau yang akan berjalan serentak dengan Merlimau.Bagi DUN Kerdau yang melibatkan tiga rancangan Felda,Umno tentunya akan menggunakan berbagai umpan daripada cacing,cengkerik hinggalah tuba untuk mempastikan BN terus kekal di DUN tersebut.

Felda yang semakin dipersoalkan ramai pihak seperti biasa akan turut diperlembukan oleh Umno BN untuk mempastikan benteng terakhir Umno di kawasan Felda tidak dapat ditembusi PAS.

Semalam Pengurus Pengurus Felda telahpun berkumpul di salah sebuah rancangan Felda yang terbabit.Ada yang ditugaskan untuk membuat kajian apakah yang dikehendaki oleh peneroka,semuanya hendak ditunaikan dalam pilihanraya ini.

Duit sesnya,tabung tanam semula,berbagai insentif semua akan dibayar.Maka lupalah peneroka akan hak mereka yang selama ini di nafikan Felda.Mereka pun jadi pening macam ikan kena tuba.Peneroka yang rumahnya disewa Umno bagai mendapat durian runtuh.Kalau peneroka yang serah ladang kepada Felda selama ini hanya dapat RM 1500 tiap bulan,tapi berkat 'mangkatnya' YB mereka di kawasan ini,mereka boleh dapat rezeki tiga empat ribu hanya dalam dua minggu kerana rumah mereka jadi pilihan untuk penempatan petugas Umno BN atau untuk dibuat Bilik Gerakan.Inilah budaya Pilihanraya Kecil di Malaysia.Kalau pilihanraya umum,tidak ler semewah itu.Maka berdoa lah para peneroka Felda dan orang kampung di tempat lain agar YB mereka pun 'mangkat' juga.

Pilihanraya Kecil dah jadi macam Pesta Memancing.Walaupun penganjur dah tetapkan jenis jorannya,mata kail dan umpannya,tapi ada juga yang tamak nak menang mudah,cara mengelat juga yang digunakan.Itulah Umno BN namanya.
Peta N28 Kerdau