Wednesday, March 30, 2011

Bangkit Dari 'Uzlah'

Hadirin di Ceramah Dato Mahfuz Omar
Ustaz Suhaimi,Pengerusi Penaja PAS Cawangan Rumpun Makmur sedang menyerahkan borang keahlian ahli ahli baru di Rumpun Makmur kepada YB Dato Hj Mahfuz Omar

Selepas menjalani pembedahan tyroid 16 Mac lalu di Hospital Putrajaya,saya diberi cuti selama sebulan.Alhamdulillah ada sahabat yang sedia mengambil alih tugas saya di Kelas KAFA yang saya usahakan.

Saya pula 'beruzlah' di rumah.Setiap pagi berulang alik ke Poliklinik Jengka untuk dresing.Cuci luka,tukar plaster,letak ubat.Itulah rutin hariannya sejak minggu lepas.Adik ipar dah jadi driver pulak ,tugasnya menghantar saya ke Poliklinik setiap pagi.

Dua mesyuarat penting iaitu Mesyuarat Agong Pemuda dan PAS kawasan dua hari berturut turut tidak dapat saya hadir.Begitu juga Mesyuarat Agong Yayasan Amal Malaysia Pahang dan Taklimat Dana Takwa petang semalam juga tak dapat saya hadir.Tetapi makin lama rehat,terasa makin uzur.Nak kena langgar juga cuti yang doktor bagi.

Petang semalam,saya gagahkan badan keluar dari bilik 'uzlah' mengadap rakan taulan yang dah lama tak bertemu muka.Saya ke Masjid Lama mengikuti Kuliah Mingguan Dato Tuan Ibrahim.Dah banyak minggu tak ikuti perkembangan,Masjid Lama pun dah berubah rupa.Dato Tuan pun dah lama saya tak jumpa.Biarlah nampak sihat sikit walaupun dalam pantang lagi.

Kebetulan pulak malam tadi Dato Mahfuz Omar berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Rumpun Makmur,badan saya mesti dipaksa menjadi sihat.Alhamdulillah sampai juga saya ke majlis tersebut.PAS memang hebat.kalah pilihanraya,tapi dapat tubuh dua cawangan baru di DUN Kerdau dalam tempoh tak sampai sebulan.Kalau Umno yang kalah,lepas pilihanraya, bungkuslah!Tapi PAS terus hidup.Begitulah petugas PAS,walaupun dapat cuti sakit macam saya ,tiba tiba boleh jadi sihat demi perjuangan Islam.Semakin berehat makin bertambah sakit pula.Kalau luka dileher dah sembuh,nak juga saya ke Sarawak bantu petugas PAS di sana,cuma ongkosnya jer lah yang jadi masalah.

Setakat ini cukuplah saya bercuti daripada kelas,tapi untuk perjuangan Islam ini,terasa cemburu pulak bila tak dapat bersama dan hanya mendengar cerita dari sahabat sahabat lain.

Alhamdulillah hari ini,saya ke Pejabat PAS kawasan,sempat pulak melayari internet melihat perkembangan semasa.Insya Allah malam ini akan hadir ke Mesyuarat Pertama AJK Kawasan yang baru terpilih dalam Mesyuarat Agong minggu lepas.

Kepada sahabat sahabat yang banyak berkorban untuk saya dengan sumbangan wang ringgit,doa dan ziarah,semoga anda semua diberkati Allah sepanjang masa dan diberi kesihatan moga dapat terus bersama menyumbangkan tenaga untuk perjuangan Islam

Kenangan Pembedahan Tyroid

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal bersama Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Pahang menziarahi saya di Hospital Temerloh
Presiden ANAK Mazlan Aliman dan Hasanudin Salim bekas calon PAS PRK Kerdau antara pimpinan yang melawat saya di Hospital Temerloh

Keadaan leher yang membengkak selepas pembedahan tyroid di Hospital Putrajaya

Jahitan terpaksa dibuka semula kerana masalah pendarahan dalaman

Keadaan luka yang dibiarkan terbuka untuk memudahkan darah keluar

Saturday, March 5, 2011

176 Serah Borang ,4 Cawangan ANAK Dilancarkan di Jengka

Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nashrudin Tantawi
Presiden ANAK Mazlan Aliman

Sebahagian ahli ahli ANAK yang menerima sijil keahlian
Kaunter pendaftaran keahlian ANAK

Wakil wakil generasi kedua Felda Jengka 17,18,22 dan 23 menyerahkan borang keahlian kepada Presiden ANAK

Kempen Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) di 3 rancangan Felda dalam DUN Kerdau berjaya menambat hati anak anak peneroka Felda yang selama ini buta maklumat.Hasil usaha bersungguh sungguh aktivis ANAK selama hampir seminggu memberi penjelasan tentang hak hak mereka,malam tadi sebanyak 11o borang ahli baru telah diserahkan kepada Presiden ANAK oleh wakil generasi kedua daripada rancangan Felda terbabit.

Manakala kaunter pendaftaran ANAK yang dibuka selama 2 jam ketika majlis pelancaran berlangsung di Jengka 23 berjaya mendaftarkan 66 lagi ahli baru menjadikan jumlah semuanya 176 orang.Ini merupakan satu pencapaian luar jangkaan yang diharap akan membuka mata pengurusan Felda untuk lebih mengambil berat tentang isu isu generasi kedua Felda.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 200 orang generasi kedua Felda malam tadi,Mazlan turut melancarkan penubuhan 4 cawangan baru ANAK dalam Wilayah Jengka iaitu Jengka 17,18,22 dan 23.

Sebanyak 95 sijil keahlian baru turut diserahkan kepada ahli ahli ANAK yang telah mendaftar sebelum ini dari Wilayah Jengka.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden PAS,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi,ADUN Ladang Dato Tengku Hasan dan beberapa orang yang lain

Wednesday, March 2, 2011

Kubu Umno Jengka 25 Pecah

Pengasas Umno Jengka 25 yang juga Naib Pengerusi JKKR Felda yang menjadi kubu kuat Umno menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS bersama 11 ahli Umno yang lain.

200 Perisik Ahmad Maslan Di Peti Undi Felda N28 Kerdau

Risalah Yang Di edar Jentera BN di Peti Undi Felda N28 Kerdau

Mazlan Aliman malam tadi telah mendedahkan bahawa Dato Ahmad Maslan telah menghantar 200 orang petugas khas dari Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan maklumat di tiga rancangan Felda untuk disalurkan kepada Jentera Barisan Nasional di DUN Kerdau.

Kumpulan ini cuba mendekati pengundi di kalangan peneroka Felda disamping berusaha mendapatkan maklumat segala aktiviti PAS di kawasan Felda yang terbabit dalam Pilihanraya DUN Kerdau iaitu Jengka 22,23 dan 25.

Dalam siasatan kami,kumpulan ini dipercayai bertugas secara kontrak dengan elaun bulanan mencecah RM 3000 dan mendapat elaun khas RM 2000 sepanjang bertugas di Pilihanraya N28 Kerdau.Mereka juga telah berkampung disini dua minggu lebih awal untuk membantu jentera Barisan Nasional.

Sebagaimana ketika pilihanraya kecil Tenang,Presiden ANAK Mazlan Aliman yang banyak membela nasib peneroka terus menjadi sasaran serangan dan tohmahan pemimpin Umno Barisan Nasional.

Beberapa risalah yang memburukkan Mazlan Aliman turut diedar kepada peneroka Felda oleh jentera Barisan Nasional.

Budak Nakal Gagal Halang Mazlan Aliman

Sekumpulan budak budak nakal yang dipercayai diupah oleh Umno untuk menghalang Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman ke Jengka 23 malam tadi gagal mencapai tujuan mereka apabila ,pejuang peneroka itu kebetulan masuk ke Jengka 23 tanpa melalui jalan utama yang cuba disekat oleh kumpulan itu.

Menyedari kemunculan kumpulan tersebut yang dianggarkan berjumlah sekitar 20 orang dengan membawa bendera Barisan Nasional dan dipercayai cuba menimbulkan kekecohan berhampiran Markaz PAS Cawangan,penyokong penyokong PAS mengerumuni mereka menyebabkan mereka beredar dari kawasan ceramah PAS tersebut.

Sebelum itu,ketika Bob Lokman tanpil ke pentas PAS di tempat sama pada malam sebelumnya,sekumpulan remaja dipercayai kumpulan yang sama telah membuat bising dengan menghidupkan motorsikal dengan bunyi yang kuat di kawasan berhampiran.Mereka kemudiannya beredar ke kawasan Bilik Gerakan Umno yang terletak di kawasan berhampiran.