Sunday, May 15, 2011

Ustaz Shahril Ketuai Pemuda Pahang

Dewan Pemuda PAS Pahang bertukar nakhoda hari ini apabila Ustaz Shahril Azman menang tanpa bertanding sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang bersara wajib.

Ustaz Shahril sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang selama dua sesi bermula tahun 2007.Beliau juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krau selama tiga sesi berturut turut.

Turut menang tanpa bertanding ialah penyandang jawatan Pengerusi Tetap,Ustaz Rosli abdul Jabar.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua masing masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru.Seramai 22 calon bertanding untuk jawatan exco DPP negeri.

Pengiraan undi sedang berjalan dan dijangka diumumkan selewat lewatnya jam 2.00 petang.

Wednesday, May 11, 2011

Adik Saya Kena Samun

Terkejut saya pagi tadi ,bonda saya bagitau ,adik saya disamun tengahari semalam di Taska tempat dia bekerja dekat Ampang.Tak sampai pun seminggu dia bekerja di situ.Patutlah semalam saya dapat miss call dari dia.Bila saya hubungi tak berjawab.Baru tau,handphone nya yang disamun berada di balai polis.Patutlah dalam voice mesej terakam bunyi suara dari walkie talkie polis.Mungkin anggota polis tertekan nombor saya yang tentunya duduk disenarai terawal kerana bermula dengan abjad 'A'.Nasib baik tiada perkara yang lebih buruk berlaku.Penyamunnya pun dah ditangkap polis.Alhamdulillah.Berita lanjut di bawah

Dari Sinar Harian

Penyamun berputih mata

AMPANG – Tindakan pantas polis berjaya menahan dua penyamun kurang dari sejam selepas mereka menyamun sebuah rumah di Taman Muda di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kedua-dua suspek yang berusia 35 tahun itu, menggunakan modus operandi berpura-pura bertanyakan jalan sebelum menyerang mangsa dengan menggunakan motosikal jenis skuter.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian terbaru itu, suspek menyapa mangsa bersama anak dan rakannya di dalam rumah sebelum menyerang mereka.

“Taktik mereka berpura-pura bertanyakan alamat rumah yang dicari sebelum mengeluarkan parang dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam rumah.

“Mangsa yang panik akur perintah suspek sebelum menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit,” katanya.

Sejurus selepas itu, kedua-dua suspek yang tidak bertopeng itu terus melarikan diri dengan memecut laju skuter.

Malang tidak berbau, apabila kedua-dua suspek itu bertembung dengan sekatan jalan raya yang dilakukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Bagaimanapun, cubaan suspek untuk melarikan diri gagal apabila diberkas polis.

“Seorang anggota polis yang menghalang suspek daripada meloloskan diri menyebabkan tangannya cedera.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai dokumen diri selain menemui satu pisau dan parang serta beberapa alat dipercayai untuk pecah rumah,” katanya.

Amiruddin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan polis menemui beg tangan dan dua telefon bimbit milik wanita serta suspek mengaku baru sahaja terlibat menyamun sebuah rumah.

Katanya, mangsa juga sudah membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati suspek dipercayai aktif menyamun sejak setahun lalu dan mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing 12 serta tujuh rekod membabitkan dadah serta samun.

“Kita (polis) tidak menolak kemungkinan motosikal milik suspek adalah motosikal curi kerana suspek mengatakan membelinya dengan harga RM500,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.