Sunday, June 26, 2011

Kabinet PAS Pahang 2011-2013

Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang.

Pesuruhjaya : Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong

Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar

Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi

Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman

Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz

Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik

Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor

Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Hasanuddin Salim

Syed Hamid Syed Mohamad

Andansura Rabu

Yohanis Ahmad

Alawiyyah Abdullah

Saturday, June 25, 2011

Pinjam RM6 Billion:ANAK Cabar Isa Dailog Terbuka

Aziz Muda(Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda.

Anak Lembah Klang bersedia menyiapkan pentas terbuka untuk diadakan dialog tersebut dan Isa Samad diberikan tempoh tiga hari bagi menjawab kesediaannya untuk menyambut cabaran itu.

Jika tidak, ia jelas menggambarkan ada 'masalah besar' yang dihadapi Felda hari ini di bawah kendalian Isa Samad dan beliau mesti bertanggungjawab dengan semua itu.

Naib Pengerusi Anak Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Isa Samad bahawa pinjaman Felda kepada KWSP sebanyak RM6 bilion bukanlah satu masalah dan ia merupakan penghormatan kepada Felda, jelas merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda.

Menurut beliau, jawapan tersebut menampakkan sikap Isa yang menganggap golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda seolah-olah buta maklumat sehingga sanggup ditipu oleh beliau.

"Masakan tidak ada sebarang masalah, kita membuat pinjaman dan pinjaman ini dalam jumlah yang besar hampir lima kali ganda daripada keuntungan tahunan Felda yang dihebahkan kepada kita.

"Kita juga pelik, mengapa Isa boleh katakan kerugian Felda bukanlah suatu masalah sebaliknya ia boleh diurus supaya kerugian itu menjadi baik. Mana ada kerugian dikira baik. Rugi sememangnya petanda buruk kepada agensi milik rakyat Malaysia ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Anak Lembah Klang, menurut beliau, mempersoalkan apakah tujuan dipinjam wang sehingga RM6 bilion dan mengapa perlu dipinjam daripada agensi yang lain?

"Persoalannya juga, apakah wujudnya kekurangan dana Felda atau benarkah dengan dakwaan wang dipinjam digunakan untuk belanjawan pilihanraya parti pemerintah? Ini yang perlu dijawab," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Jika begitulah cara berfikir Pengerusi Felda, tegasnya, tidak mustahil Felda akan bankrap di bawah pengurusan Isa Samad sebagaimana lingkupnya Negeri Sembilan dibawah beliau.

"Anak Lembah Klang juga menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Anak, Mazlan Aliman supaya tidak membalas kenyataan Isa itu kerana lavel pemikiran dan jawapannya cukup sekadar anak-anak peneroka seperti kami sahaja menjawabnya," ujar beliau.

Tokoh Pemuda Tersenarai dalam Kabinet baru PAS Pahang



Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasruddin Hasan adalah antara tokoh pemuda yang tersenarai dalam kabinet baru PAS Pahang 2011-2013.Beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang menggantikan YB Syed Hamid ADUN Semantan yang tidak dilantik semula untuk sesi ini.

Selain beliau bekas Ketua Pemuda Ustaz Suhaimi Saad dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Hasanudin Salim.Bagaimanapun Hasanudin kekal sebagai Ajk Perhubungan.Ustaz Yusuf Embong dan Dr Hamzah kekal sebagai TPJ,manakala bagi jawatan Setiausaha dan bendahari,Roslan Zainal Al-Ahmadi dan Musaniff Ab Rahman dikekalkan di dalam kabinet baru PAS Pahang yang diputuskan dalam mesyuarat Perhubungan negeri pagi tadi.Muka baru Yuhanis Ahmad ,Ketua Pemuda PAS Jerantut yang juga Pengerusi ANAK negeri Pahang dilantik sebagai salah seorang Ajk tambahan.

Dengan perlantikan yang telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar tadi menjadikan Anggota Harian PAS Negeri Pahang untuk sesi 2011-2013 disertai tiga tokoh pemuda PAS Pahang yang pernah duduk sebumbung di dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dalam beberapa sesi yang lepas.

Mereka ialah Ustaz Nasruddin yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pahang,Ustaz Suhaimi Saad pula pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda di bawah Ustaz Nasruddin dan kemudiannya mengambil alih DPP Pahang .Manakala seorang lagi anggota harian ialah Shahril Azman yang merupakan Ketua Dewan DPP Pahang yang pernah menjadi Naib Ketua DPP Pahang di bawah Ustaz Nasruddin.

Friday, June 24, 2011

Senarai Drama Swasta Arahan Umno

Oleh: merong

"AKAN DATANG
Produksi : UMNO Film production
Pengarah : Hishamudin Hussien/KDN
Tujuan : Menggertak minda masyarakat ala gangster kongsi gelap
Tajuk : KL Gangster
Tempat : Kuala Lumpur
Watak utama : Pak Brahim dari kumpulan PERKASA.

Aksi mendebarkan : Anggota PERKASA dipukul parah,Pemimpin pembangkang ditangkap ISA, FRU mengamuk,Para demontrasi dipukul, dilanyak polis.

Aksi melucukan : Pak Brahim menunjukkan kesan lebam dimukanya kena tumbuk.

SUDAH TERBIT

Produksi : UMNO Film production

Pengarah : Mahathir Mohamed

Tujuan : Membusukkan Nama Gerakan Islam

Tajuk : Al-Maunah

Tempat : Bukit Jenalik Sauk

Aksi mendebarkan : Mati betul-3 org askar

Aksi melucukan : Ketua Al-Maunah serah diri setelah mendengar lagu PRamlee

SUDAH TERBITProduksi : UMNO Film production

Pengarah : Rosmah Mansor

Tujuan : Mengaibkan Anwar

Mengalih fokus masyarakat dari pilihanraya Sarawak

Mendidik minda masyarakat tentang seks dan pelacuran

Tajuk : Datuk T and the geng

Tempat : Dirahsiakan

Aksi mendebarkan : ketika pelakon memeluk pelacur

Aksi melucukan : Datuk T bersumpah dgn Quran terbalik

SUDAH TERBIT

Produksi : UMNO Film production

Pengarah : Mahathir Mohamed

Tujuan : Mengaibkan Anwar

Mendidik minda masyarakat tentang sek sesama lelaki

Tajuk : LIWAT1

Tempat : Kuala Lumpur

Aksi mendebarkan : Anwar kena tumbuk dan diracun arsenic,

Aksi melucukan : Anwar dipadankan dgn pasangan lelaki yg tua sdr munawar

SUDAH TERBIT

Produksi : UMNO Film production

Pengarah : Najib Razak

Tujuan : Mengaibkan Anwar setelah dibebaskan PAK LAH

Mempopularkan sek sesama lelaki

Tajuk : LIWAT2

Tempat : Kuala Lumpur

Aksi mendebarkan : tiada

Aksi melucukan : Saiful tak basuh dubur berhari hari simpan bukti

Thursday, June 23, 2011

Kes Perbicaraan Saman 20 Juta Ke atas Felda Oleh Mazlan Aliman

Inspektor Azran
Awang Sulung

Mazlan dan peguam Wan Rahimi Wan Daud

Awang Sulung bekas Pengurus Felda Lembah Klau yang terpaksa bersara awal agak ceria hari ini kerana beliau tidak keseorangan lagi di Mahkamah Tinggi Temerloh seperti dua hari lepas.

Selasa lalu pada hari pertama sepatutnya perbicaraan berjalan Awang yang disaman Mazlan Aliman kelihatan berseorangan di Mahkamah,tidak berteman.Berbeza sekali dengan Mazlan yang mereka tohmah sebagai penghasut,pemecah belah dan berbagai istilah buruk,penyokong penyokong yang tidak dibayar upah sanggup datang dari rancangan Felda di Johor,Negeri Sembilan dan selebihnya dari Pahang untuk memberi sokongan moral kepada pejuang peneroka itu.

Mungkin catatan saya di Facebook tentang Encik Awang yang keseorangan sempat dihidu pembesar pembesar Felda.Mereka tidak wajar membiarkan Awang keseorangan lagi.Hari ini di mahkamah kelihatan teman teman Awang yang masih bertugas.Antaranya Pengurus Felda Wilayah Mempaga,Pengurus Felda Bukit Kepayang,Jengka,Koyan dan beberapa orang lagi kelihatan menemani beliau.Cuma yang terpikir di kepala saya,rajin sangatkah pengurus pengurus ni nak berkampung separuh hari di mahkamah?Ikhlas sangat kehadiran mereka untuk menyokong teman mereka itu.Tidak syak lagi,mereka sebenarnya menerima arahan langsung dari pembesar atasan untuk hadir ke mahkamah memberi sokongan moral kepada teman mereka itu.Apa tidaknya,Awang bukan lagi berlawan dengan peneroka Felda,tetapi pendekar besar yang digeruni segala pembesar Felda,iaitu Mazlan Aliman.

Kelihatan sekali pertarungan yang bakal berlaku akan menjadi lebih sengit ditambah lagi dengan penyertaan peguam peguam bela Felda yang hebat hebat.Felda tentu sahaja tidak mahu lagi dimalukan seperti dalam beberapa kes yang telah mengaibkan maruah mereka kerana beberapa kali kalah di mahkamah.Kali ini Awang Sulung dan Inspektor Azran dari IPD Raub dan majikan masing masing Felda dan PDRM berdepan dengan saman malu berjumlah RM2o juta.

Sayapun tidak sabar sabar untuk melihat pertarungan itu bermula.Perbicaraan yang sepatutnya telah berjalan 21 Jun lalu tertunda hingga ke hari ini (23 Jun) kerana beberapa sebab teknikal.Ramai peneroka peneroka Felda dan generasi kedua yang tidak sempat hadir Selasa lalu hadir pada hari ini.

Saat yang ditunggu tunggu untuk perbicaraan pun tiba.Mazlan bersama barisan peguam diketuai Wan Rahimi Wan Daud,Awang Sulung dengan peguamnya dan Inspektor Azran yang turut disaman masuk ke kamar mahkamah.Beberapa ketika kemudian semua peguam dipanggil masuk ke kamar hakim.Entah apa lah pula yang hendak dirundingkan.

Selang setengah jam,mereka keluar semula.Wan Rahimi terus mengajak Mazlan keluar sebentar dari dewan perbicaraan.Berita yang ditunggu tunggu.Peguam peguam hebat Felda mewakili Awang Sulung dan Felda mohon memfailkan rayuan mengenepikan Felda dari saman yang dibuat oleh Mazlan.Mereka hendak menafikan wujudnya konspirasi terancang antara Felda dan polis sehingga membawa tertangkapnya Mazlan Febuary tahun lalu di Felda Lembah Klau.Mereka berhujah yang menangkap Mazlan itu polis,tak ada kaitan nya dengan Felda.

Kah.. kah.. kah.. baru lah tau peguam peguam yang hebat tu dah awal awal lagi mengaku tidak bertelor belaka walaupun semua peguamnya jenis jantinanya jantan belaka ,kecuali seorang sahaja yang bukan jantan.Kalau dilihat dengan kenyataan kenyataan menteri yang jaga Felda yang bernama Ahmad Maslan,macamlah hebat sangat pertarungan yang akan berlaku.Rupanya tak mahu berlawan.Mereka nak biarkan Inspektor Azran yang menahan Mazlan disembelih sorang sorang di dalam mahkamah.Gitu lah agaknya.Dasar jantan tak tau bertanggungjawab.

Kalau lah tidak kerana laporan polis yang dibuat oleh Pengurus Felda Awang Sulung,masakan polis tiba tiba sahaja nak menahan Mazlan di lokap.Kerana laporan itu lah polis percaya yang Mazlan telah menceroboh masuk ke tanah rancangan Felda,yang kononnya mengikutu Akta GSA memerlukan kebenaran daripada pengurus rancangan.Ini lah yang hendak disoal di mahkamah nanti,adakah sebesar itu kuasa GSA hingga boleh mengatasi perlembagaan Malaysia yang memberi hak kepada seluruh rakyat untuk berkumpul,bersuara,berparti.Inilah yang ditakuti Felda sebenarnya.Jadi usaha mesti dibuat supaya perbicaraan ini tidak menjadi.

Pihak hakim pulak telah menerima permohonan rayuan tersebut dan memberi tempoh seminggu kepada peguam Felda untuk memberi alasan bertulis.Pada 22 Julai hakim Mahkamah Tinggi Dato Akhtar Tahir akan membuat keputusan samada membenarkan rayuan tersebut.

Lagi kisah berkaitan tangkapan Mazlan baca di sini sini sini

Saturday, June 18, 2011

Laporan Polis Pemuda PAS Pahang Ke atas Utusan

Ustaz Shahril Azman bersama Ustaz Shukri(Ketua Pemuda PAS Temerloh)dan Ustaz Aris Faizul(Mantan Pengarah Pilihanraya DPPNP) di hadapan IPD Temerloh

17 JUN 2011

Laporan dibuat ke atas:

Dato Abd Aziz Ishak

(Ketua Pengarang Kumpulan Utusan)

Muqaddimah

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2011 telah menyiarkan lakaran kartun bertajuk ‘KEKELIRUAN KES ROGOL’ yang memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol telah diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman.

Aduan

1.Tindakan akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja menyiarkan kartun tersebut terang terangan telah menghina ajaran Islam yang menetapkan syarat 4 saksi dalam kes perzinaan.

2.Utusan Malaysia secara sengaja telah memutar belit fakta sebenar hukum Islam bersabit dengan kes rogol yang menerima bukti bukti lain selain dari saksi yang disebut sebagai qarinah termasuk rakaman video.

3.Penyiaran lakaran kartun tersebut telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di samping menimbulkan salah anggap terhadap hukum Islam yang mengutamakan keadilan serta melindungi hak semua pihak .Akibat daripada keresahan ini boleh mendorong tercetusnya huru hara dalam negara ini yang telah menerima Islam sebagai agama rasminya.

4.Sehubungan dengan itu,saya mendesak satu siasatan dan tindakan sewajarnya dilakukan oleh pihak polis ke atas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan ,Dato Abd Aziz Ishak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

5. Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan ramai maka saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.

Sekian laporan saya.Terima kasih

SHAHRIL AZMAN BIN ABD HALIM

(NO K.PENGENALAN:720102088273)

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG

Thursday, June 16, 2011

Akhbar Utusan Biadab Hina Islam



1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengecam sekeras-kerasnya akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan satu kartun yang disifatkan menghina Islam dan ketetapan syariah pada hari ini 15 Jun 2011 di halaman 15.

2. Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

3. Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (Surah an-Nur, ayat 4)

4. Tujuan dari hukuman sebat dikenakan ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh yang telah dicemarkan nama baiknya dengan tuduhan zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana tuduhan masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara dengan di dalam mahkamah di hadapan hakim yang berautoriti. Justeru, video dan apa jua bukti tetap boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian. Adapun senario yang berlaku pada hari ini ialah kecenderungan untuk menjadikan rakaman video sebagai bukti asas tanpa melalui penghakiman dan perbicaraan yang sepatunya.

5. Inilah hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh (serta mangsa) dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika Hanya orang menuduh mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bukti yang direka-reka, sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.

6. Malangnya, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina/rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

7. Justeru, DPPNK menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya. Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini.

Sekian, wassalam.



AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,