Monday, December 14, 2009

Ketua Muslimat PAS Kuala Krau Kemalangan

Ustaz Shahril sedang bertanya khabar kepada Ustazah Fatimah yang terlantar di Hospital Temerloh
Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Krau Ustazah Fatimah Mohammad sekarang berada di wad Kenanga 7 Hospital Temerloh kerana terlibat dengan kemalangan Jumaat lalu.

Ustazah Fatimah yang merupakan petugas muslimat yang gigih dan sering menjadi petugas sepenuh masa di beberapa pilihanraya kecil termasuk Bagan Pinang pada mulanya dikejarkan ke Hospital Jerantut selepas kereta beliau yang berhenti di bahu jalan dirempuh kenderaan lain dan diseret sejauh 50 meter berhampiran Kuala Mai. Beliau yang tersepit di dalam kereta tersebut mengakibatkan tangannya patah.
Selepas sehari dimasukkan ke Hospital Jerantut beliau dipindahkan ke Hospital Temerloh Sabtu lalu untuk rawatan lanjut.
Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang Ustaz Shahril Azman merangkap Ketua Lujnah Kebajikan Pemuda PAS Negeri bersama Ustaz Aris Fezul Ismail Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang telah menziarahi beliau dan menyerahkan sumbangan daripada DPP Negeri berjumlah RM 500 untuk pembiayaan rawatan beliau.

No comments: