Tuesday, March 30, 2010

Pengurus Felda Lembah Klau Buat Gila Lagi!


Cerita Encik Awang Sulung Pengurus Felda Lembah Klau belum berakhir.Dia yang bertanggungjawab merehatkan 3 orang peneroka termasuk yang berusia 72 tahun di lokap polis IPD Raub dan kemudiannya mengepong rumah Hj Borhan tempat Mazlan Aliman sedang berdailog,seterusnya membawa kepada penahanan Mazlan 2 hari di lokap sama,beberapa hari lepas buat gila lagi.

Kali ini mangsanya ialah Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin bertemu ahli ahli PAS di Markaz Cawangan.Awang Sulong seperti sebelumnya mengarahkan pihak keselamatan Felda(FELSCO) membuat roadblok di jalan masuk ke Felda tersebut.Dia mengambil alih kerja polis untuk jaga pimpinan PAS.

Awang Sulung bagi alasan tak de permit sedangkan ceramah di Markaz tak perlu permit.Selepas Dato Tuan bertegas ,ceramah dapat dijalankan.Tapi ceramah tak boleh guna pembesar suara.Selepas jam 12 malam mesti keluar.

Pengurus Felda yang berlagak sebagai polis tunggu hingga jam 12.Selepas tu dia datang lagi minta Dato Tuan segera bersurai.Gelagat dia macam OCPD!Yang nyata nya Awang Sulung dah ambil alih tugas Umno untuk ganggu ceramah PAS yang di sisi undang-undangnya tak perlukan permit.Dato Tuan sempat nasihatkan dia ,jangan sibuk hal politik,lebih baik balik tidur!

Masa dia ganggu ceramah Mazlan,mungkin ada yang berkata si Awang Sulung bertindak 'macam orang gila',tapi bila dia teruskan perangai buruknya,bolah lah saya pinjam ayat ayat dari sajak Dinsman,'dia benar benar gila'.

Peguam Fadhli tolonglah percepatkan fail saman ke atas Awang Sulung sebelum dia betul betul gila.Bimbang nanti mahkamah lepaskan dia kerana di sahkan gila!

Friday, March 26, 2010

Tuduh Mazlan Penghasut:MP K.Krau Hina Anak Peneroka

MP Kuala Krau Ismail Said berucap di Parlimen menuduh Mazlan Aliman Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan menghasut generasi kedua Felda agar membenci kerajaan. Dia menyebut Mazlan juga menghasut membeci kerajaan dengan bukunya berjudul 'Felda: Dulu Tolong Sekarang Along.'

Sebelum ini, Ismail Said yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Krau pernah bertanya kepada lawannya Ustaz Kamal Syaari calon Pas Parlimen Kuala Krau, "kenapa kamu lawan kerajaan lagi, kan kamu anak peneroka?

Tak cukup kah dengan apa yang kerajaan bagi?" Kebetulan Ustaz Kamal Syaari adalah anak peneroka Felda Padang Piol Jerantut.Penulis tidak mahu menjawab tuduhan MP Kuala Krau ini kerana Dr Lo Lo MP Titiwangsa sudah mencabar beliau menjawab fakta-fakta dalam buku Mazlan jika benar Felda tidak menyeleweng. Penulis juga tidak mahu menjawab tuduhan Mazlan menghasut kerana penulis tahu, Ismail Said menyangka dia sahaja di Parlimen Kuala Krau ini yang belajar tinggi sampai mendapat degree di UKM, manakala yang lain belajar setakat darjah enam sahaja sehingga begitu tidak cerdik menerima hasutan Mazlan Aliman.

Orang-orang Kuala Krau, Jengka, Keratong, Bera dan Cini tidak ada yang belajar sampai ke universiti dan cerdik seperti Ismail said, bahkan sekolah-sekolah menengah juga ditutup semuanya di Parlimen Ismail Said ini sehingga mudah sekali menerima hasutan Mazlan. Saya juga tidak mahu jawab tuduhan Ismail Said ini kerana jika dicabar oleh Mazlan untuk berdebat isu Felda ini pun, sudah pasti dia tidak akan menyahutnya.

Cuma satu soalan sahaja yang penulis hendak simpulkan kepada Dato Ismail Said. Pegawai kanan siapakah yang menghubungi salah seorang bekas orang kanan MIC bahagian yang tinggal di sebuah felda, meminta supaya dijatuhkan salah seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian yang anak dan kroninya memegang jawatan dalam majlis belia felda.

Pegawai kanan MP manakah yang turut sama meminta bekas orang kanan MIC yang masih belia itu supaya mendedahkan penyelewengan dalam majlis belia felda yang dilakukan oleh salah seorang ajk Umno bahagian? Jawab segera persoalan ini sebelum didedahkan lebih banyak lagi.Komplot yang berlaku diatas menunjukkan pemimpin BN sendiri hendak menjatuhkan sesama mereka kerana tidak puas hati dengan penyelewengan rakan-rakan mereka dalam Majlis Belia Felda. Itu baeru dalam hal kecil. Belum lagi hendak menjawab tududuhan-tuduhan dalam buku Mazlan.

Gambar Gambar Kebakaran Rumah Engku Nurzaman


Engku Amirzahar tenang dihadapan rumah pesaka arwah ayahnda dan bonda .hanya tinggal kenangan
Terima kasih kepada pihak Bomba yang bertungkus lumus memadamkan api supaya tidak merebak.

Dari blog pemuda kuala Krau

25 Mac 2010, Jengka 15 - Satu kebakaran telah berlaku di Jengka 15 tengahari tadi kira-kira jam 12 tengahari. Api yang marak menjulang itu mengambil masa hanya lebih kurang 10 - 15 minit sahaja untuk membakar rumah keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar yang ke dua adik beradik ini adalah AJK DPP KAw. Kuala Krau.

Semasa kejadian, adik kepada Engku Nur Zaman yang tinggal 6 beranak di dalam rumah tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana api begitu cepat marak dengan tinggi. Beliau yang bergegas mencari anaknya dan sempat mengambil kunci kereta untuk mengalihkan kereta yang berada hampir dengan rumah.

Anaknya selamat kerana awal lagi telah melarikan diri ke rumah jiran sebelah. Bomba yang sampai agak lewat sedikit berjaya memadamkan api dan hanya tinggal bilik air sahaja yang tidak terkena api.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun, menurut Engku Ami Zahar kebakaran ini berpunca dari percikan api yang terbakar dari box punca elektrik terkena tilam dan kain-kain yang berdekatan sehingga menyebabkan api dengan cepatnya merebak.

Us Shahril menyampaikan sumbangan kepada Engku Nur ZamanBersama Ketua Polis Bandar Jengka

Pada petang tadi, sampai rombongan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang diketuai oleh Us Shahril Azman Abdul Halim dan beberapa AJK nya yang lain. PAda masa yang sama juga Ketua Polis dari Bandar Jengka juga datang untuk mengambil laporan.

Walaubagaimanapun kerugian masih belaum di kenal pasti. AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan takziah dengan apa yang telah menimpa keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar. Semoga Allah mentaqdirkan yang terbaik buat semua kelruarganya. Amin.

Thursday, March 25, 2010

Rumah Keluarga Engku Nurzaman Terbakar

Rumah pusaka peninggalan arwah Engku Mohammad ayah kepada Engku Nurzaman dan Engku Amirzahar Exco Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau terbakar hangus tengahari tadi.Rumah peneroka yang terletak di Felda Semarak Jengka 15 itu yang didiami oleh adik perempuan beliau tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran mengejut jam 12 tengahari tadi.

Bagaimanapun bomba yang datang dapat mengawal api dari merebak.Ketika kejadian semua penghuni rumah berada di luar rumah.Tiada kemalangan jiwa berlaku.Punca kebakaran belum dikenal pasti.

PAS Cawangan Jengka 15 telahpun melancarkan derma kilat bagi membantu mangsa.Sesiapa yang ingin menyumbangkan derma boleh lah menghubungi Engku Nurzaman (0199170654).

Tuesday, March 23, 2010

GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.


Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.


Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.


Ust. Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, March 18, 2010

Monday, March 15, 2010

Pejabat Wakil Rakyat Kulim kat KL!

Malangnya orang Kulim,kalau ada maslah nak mengadu pada YB kena naik bas pergi KL sebab pejabat YB depa kat Jalan Masjid India.Cuba tengok alamat Zul Nordin kat surat di bawah.

Saturday, March 13, 2010

Tan Aminudin 'Rabun' Keperitan Peneroka

Dato Tan Aminudin Exco Pertanian Asas Tani Negeri Pahang dilaporkan media berkata,peneroka yang menentang Felda hendaklah menyerah kembali hak milik mereka kepada Felda bagi membolehkan generasi kedua yang berminat menyertai Felda.

Saya tak tau nak ulas apa lagi bila yang bercakapnya seorang Exco dan pernah jadi Timbalan Menteri Besar Pahang.Kesian saya ke Dato Tan,rabun sungguh dia tentang keperitan peneroka.Kalau yang bercakapnya budak budak nakal yang selalu bagi komen tidak cerdik diblog saya,tak lah menghairankan.

'Budak budak nakal' yang selalu ketagih demontrasi termasuk demontrasi bakar buku dan demo riben jingga ini selama ini memikirkan mak ayah mereka peneroka Felda ini seperti pengemis yang hanya harap bantuan orang ramai.Mereka barangkali ingat rumah yang mereka dibesarkan itu hasil sedekah daripada Felda.Begitulah juga ladang sawit dan getah yang diusahakan ibu bapa mereka sejak 30 tahun lalu sumbangan ehsan daripada Felda .Mereka mungkin rasa seolah olah mak ayah mereka ini menumpang di tanah Felda.

Budak budak nakal ini mungkin tak sempat membesar di zaman peneroka makan sara hidup.Mereka celik mata,rumah mereka dah besar.dah ada kenderaan.Geran dah diperolehi.Mereka tak sempat tengok ayah mereka pergi rollcall setiap pagi hingga ada yang tak sempat solat Subuh!Bimbang takut dipotong sara hidup.Mereka pun tak pernah tengok pasheet gaji ayah mereka yang penuh dengan senarai panjang potongan yang dikenakan oleh Felda.Belum lagi dikira senarai potongan denda denda yang dikenakan.


Gelagat budak budak nakal yang mengampu Felda ni memang patut sangat lah,mereka pun tak tau nak buat apa.Dapat projek buat padang bola sampai cecah ratus ribu,duit habis,padang bola jadi padang ragut!Lepas tu masuk surat khabar minta lagi peruntukkan untuk repair padang bola yang tak pernah guna.Dapat projek kolam ikan,ikan tak nampak,ular sawa yang gemuk.


Tapi tak kan 'standard' Dato Tan sama level 'budak budak nakal' pulak?Buat lah kajian sikit bila nak bercakap.Jangan sampai orang Chenor pun ketawa!



Friday, March 12, 2010

Nasihat Buat OCPD Raub


OCPD Raub barangkali tidak kenal OKT yang ditahan 9 Mac lalu yang dituduh menceroboh apabila dengan penuh yakin memberi peringatan kepada Presiden ANAK kononnya beliau telah melanggar Akta GSA ,menceroboh Felda Lembah Klau.

Cerita Mazlan kepada kami,OCPD itu dengan penuh yakin berkata kepadanya bahawa beliau melakukan kesalahan menceroboh. Felda ni ada tuannya,iaitu Pengurus .Kata OCPD tersebut kepada beliau.Barangkali OCPD itu menyangka Mazlan hanya seorang budak kampungan Felda yang tak berpendidikan.

Kalau lah Mazlan yang ditahan itu seorang ketua samseng ,dia boleh sahaja ketawa terbahak bahak sambil mengurut misai mendengar leteran Ketua Polis yang boleh saja dianggap ‘bagaikan itik mengajar ayam berkokok’.

Tetapi OCPD itu bernasib baik ,dia tidak dimalukan dihadapan anak buahnya,kerana OKT bernama Mazlan adalah pimpinan generasi kedua Felda yang telah mendapat tarbiyyah alim ulama sepanjang tempoh 20 tahun lalu.Dia tidak diajar mengaibkan orang,apatah lagi seorang yang berkedudukan tinggi.Dia memilih untuk bersabar kerana masuk lokap bukan perkara asing bagi pejuang rakyat seperti beliau.Ini kali ke lapan beliau dipaksa berehat di lokap.

OCPD itu boleh sahaja bercakap tentang Akta Polis,Kanun Keseksaan dan lainnya yang masih berada dalam ruang maklumatnya.Tetapi apabila dia bercakap tentang Akta GSA yang Mazlan lebih arif tentangnya,tentulah menampakkan ‘standard’ sebenar Ketua Polis itu.Dia tidak lebih hanya melaksanakan tugas orang lain yang dia sendiri tidak faham.

Inilah senario yang berlaku di bawah Umno/BN apabila orang orang cerdik daripada guru guru hinggalah Ketua Hakim Negara memilih untuk dicucuk hidung dari bertindak adil dalam setiap pekerjaan.

Nasihat berguna buat OCPD Raub bersama anak buahnya dari Mazlan sebaik selesai memberi keterangan semalam wajarlah direnung sang ketua yang bertanggungjawab melindungi keselamatan orang ramai.Pesan Mazlan kepada OCPD,Pegawai Penyiasat dan untuk semua anggota polis supaya banyak menimba ilmu dan janganlah mendengar dari sebelah pihak.

Apa yang akan berlaku kepada OCPD itu kalau beliau diseret ke mahkamah nanti?Beliau sepatutnya memberi perlindungan kepada si pengadu yang diganggu Pengurus Felda,bukan melokapkannya.Kita tunggukan apakah nasibnya juga turut malang seperti bekas OCPD Rompin.Berubahlah sebelum kamu diubah ke alam yang kekal.

Mazlan Aliman Pejuang Peneroka

Mazlan diiringi keluar Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di IPD Raub.Belakang:Ust Junaidi Ishak,Setiausaha DPP Pahang
Bersama Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Zulkefli Mohamad Omar,ADUN Paroi YB Taufek,ADUN Port Dikson YB Ravi dan Peguam Haris Mohan Abdullah(di belakang)

Tanda sokongan dari ADUN Paroi N.sembilan,YB Hj Taufek

Gema takbir di Mahkamah Raub pagi semalam tentu menjadi tanda tanya kepada seorang pemimpin pemuda Umno Bahagian yang kebetulan berada di situ.Polis yang mengiringi OKT yang dituduh menceroboh tanah rancangan Felda juga terpinga pinga,siapakah gerangan lelaki yang mereka bawa dengan tangan bergari itu,hingga begitu ramai sekali penyokongnya hadir pagi semalam dari seluruh negara.

Mazlan Aliman lelaki yang dikepung puluhan polis bantuan di ketuai Pengurus Felda Lembah Klau 9 Mac lalu,bukan lah tokoh besar dari PAS sehebat Mat Sabu yang mampu mengumpulkan ribuan pendengar setiap kali berpidato.Beliau hanya lah seorang generasi kedua Felda yang memimpin sebuah NgO yang baru berusia 3 tahun.
Tetapi kelantangan dan kesungguhannya membela nasib peneroka dan generasi kedua Felda di seluruh negara menjadikan namanya sehebat Anwar Ibrahim di kalangan masyarakat Felda.Dia menghabiskan hari harinya menjelajah ke seluruh negara bersama Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK)mendengar rintihan peneroka Felda bukan sahaja dari penyokong Pakatan rakyat tetapi juga dari Umno.

Kegigihannya itu menjadi kerisauan pihak pihak yang selama ini hanya berpeluk tubuh berada di zon selesa .Maka apabila munculnya buku kedua Mazlan hasil kajian 15 tahun tentang Felda bertajuk 'Felda:Dulu Tolong Sekarang Along' yang cukup tak disenangi Felda kerana membongkar segala 'kebusukan' puluhan tahun institusi yang di lihat suci pada luarannya,maka juak juak pengampu berkepentingan pun bertempik sorok ,kami lah pembela peneroka!

Mereka yang dulunya mengaharamkan demontrasi tiba tiba menjadi 'penagih tegar' berdemontrasi di sana sini membantah buku tulisan Mazlan Aliman.Mak cik mak cik dari GPW dan budak budak nakal pun dibawa bersama ke perhimpunan haram yang mereka halalkan.

Saya yang menonton Buletin Utama tergelak seorangan melihat gelagat ketua mereka yang mungkin sudah bercucu dan sepatutnya memimpin Majlis Belia 'Pencen' Malaysia(MBPM) memberikan alasan penentangan mereka ke atas buku tulisan Mazlan itu adalah kerana buku itu tidak mendapat kelulusan KDN!

Ha ha..mungkin lah dalam usia seorang yang telah bergelar 'atuk',barangkali sang ketua tak berkesempatan untuk ke kedai buku untuk melihat lambakan buku yang tiada kelulusan KDN.
Hari ke hari Mazlan terus menjadi sasaran serangan mereka.Terakhir ,sebelum ANAK menyerahkan memo kepada SUHAKAM tentang Felda,'budak budak' dari sebuah pertubuhan belia telah membuat satu report polis ke atas ANAK dan menghantar memo mendesak Felda dan JKKR bertindak untuk menghalang ANAK yang dipimpin Mazlan dari mengadakan aktivitinya di rancangan Felda.

Kemuncaknya 9 Mac lalu,peneroka Lembah Klau menyaksikan sendiri bagaimana Pengurus mereka Encik Awang Sulung yang baru saja merehatkan 3 orang peneroka di lokap polis walaupun ada yang mencecah usia 70 tahun,bagaikan Ketua Polis Negara mengetuai gerombalan 'tenteranya' mengepong rumah seorang peneroka ketika Mazlan sedang berdailog di beranda rumah tersebut bersama beberapa orang warga peneroka.Mak cik mak cik bersebelahan rumah tersebut pastinya kecut perut dan terbayangkan Peristiwa Memali 1985.

Hujung tahun 70 an dan awal 80 an ketika saya masih di sekolah rendah,pernah juga saya dengar kisah pengurus pengurus yang kurang cerdik bertindak zalim ke atas peneroka.Tetapi selepas 30 tahun berlalu,rupanya masih ada juga pengurus Felda yang bukan lagi kurang cerdik tetapi 'benar benar tidak cerdik'.

Tidak ada sedikit kegusaran bagi Mazlan Aliman sepanjang dua malam direhatkan di lokap polis Raub.Kenapa?"Ini kali ke lapan saya di lokap",senyum saja Mazlan menjawabnya.Tetapi Encik Awang Sulung boleh ke tidur malam?Bagaimana pula kalau kali ini beliau pula akan ke lokap?Lu pikir lah sendiri Awang!

Mazlan diingat sebagai pejuang peneroka,Awang pula hebatnya berjaya melokapkan penerokanya sendiri..
lagi ulasan di sini

Wednesday, March 10, 2010

Bantah Kezaliman FELDA!

Himpunan Warga Peneroka Membantah Kezaliman Felda
ke atas Pejuang Peneroka(Mazlan Aliman)
Rabu 10 Mac 2010 Jam 9.00 Pagi
Perkarangan Mahkamah Raub

Mazlan Terima 'Anugerah Khas' Dari Felda?

Tetap ceria walaupun terpaksa kembali semula ke lokap




Digari tangan bersama OKT kes bunuh

Kerana jasanya membela nasib peneroka Felda seluruh negara,Mazlan Aliman menerima "hadiah istimewa" bermalam di lokap polis IPD Raub sejak malam tadi. Belum pasti apakah esok beliau dibenarkan pulang untuk meneruskan tugasnya membela peneroka atau dipaksa berehat lagi di lokap bersama penjenayah dan OKT yang disabitkan dengan berbagai kes.

Apa yang pasti tindakan Pengurus Felda Lembah Klau Encik Awang Sulung yang dibantu pihak keselamatan mengepung rumah seorang peneroka Felda tersebut ketika belangsungnya dailog penduduk setempat dengan Mazlan Aliman selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) adalah tindakan paling primitif dan beliau layak menerima Anugerah Pengurus Felda Paling Jakun di Malaysia.

tunggu laporan selanjutnya.

Sunday, March 7, 2010

Forum Perdana Di Masjid Lama Jengka

Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul
Panelis:
1.Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
2.Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
3.Ustaz Dasuki Abd Rani

Tarikh:9 Mac 2010
Selasa 8.00 malam
Di Dataran Masjid Lama Rantau Perintis
Bandar Jengka

Anjuran:Jawatankuasa Masjid Lama

Thursday, March 4, 2010

Chua Soi Lek letak jawatan

Ketika negara digemparkan dengan tindakan 'sampah sampah' di dalam PKR yang melompat lembali ke 'tong sampahnya',hari ini Bernama melaporkan Timbalan Presiden MCA ,Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan perletakkan jawatannya.

Kemelut yang melanda parti komponen BN itu sejak sekian lama belum lagi menampakkan tanda tanda pengakhirannya.Tidak dipastikan apakah isu terbaru disebalik perletakkan jawatan tersebut.

Apakah satu kejutan lagi bakal berlaku dalam sehari dua ini?Kita tunggu berita selanjutnya apakah Chua Soi Lek bakal melompat ke Pakatan Rakyat pula!