Saturday, June 18, 2011

Laporan Polis Pemuda PAS Pahang Ke atas Utusan

Ustaz Shahril Azman bersama Ustaz Shukri(Ketua Pemuda PAS Temerloh)dan Ustaz Aris Faizul(Mantan Pengarah Pilihanraya DPPNP) di hadapan IPD Temerloh

17 JUN 2011

Laporan dibuat ke atas:

Dato Abd Aziz Ishak

(Ketua Pengarang Kumpulan Utusan)

Muqaddimah

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2011 telah menyiarkan lakaran kartun bertajuk ‘KEKELIRUAN KES ROGOL’ yang memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol telah diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman.

Aduan

1.Tindakan akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja menyiarkan kartun tersebut terang terangan telah menghina ajaran Islam yang menetapkan syarat 4 saksi dalam kes perzinaan.

2.Utusan Malaysia secara sengaja telah memutar belit fakta sebenar hukum Islam bersabit dengan kes rogol yang menerima bukti bukti lain selain dari saksi yang disebut sebagai qarinah termasuk rakaman video.

3.Penyiaran lakaran kartun tersebut telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di samping menimbulkan salah anggap terhadap hukum Islam yang mengutamakan keadilan serta melindungi hak semua pihak .Akibat daripada keresahan ini boleh mendorong tercetusnya huru hara dalam negara ini yang telah menerima Islam sebagai agama rasminya.

4.Sehubungan dengan itu,saya mendesak satu siasatan dan tindakan sewajarnya dilakukan oleh pihak polis ke atas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan ,Dato Abd Aziz Ishak yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang artikel yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

5. Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan ramai maka saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.

Sekian laporan saya.Terima kasih

SHAHRIL AZMAN BIN ABD HALIM

(NO K.PENGENALAN:720102088273)

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PAHANG

1 comment:

Addin said...

salam ziarah ya akhi.. mohon linkkan blog ana http://addin77.blogspot.com.blog tuan dh di linkkan. t.kasih