Wednesday, August 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR :LARANGAN TAZKIRAH SUATU KEJUTAN BARU KPD SEBUAH NEGARA ISLAM

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.

20 comments:

Anonymous said...

tapi kat pulau pinang tu cam mana lak??

otaklunyai said...

Bala Allah akan sampai... TUNGGUUUUU! Dulu kera-jaan bee end amno laknat buat tindakan serupa. setahun sebelum pru12 sibuk menangkap ustaz2 dan org2alim lepas tu dalm pru dihukum Allah... doooommmm terburai kera-jaan toyol... lepas ni giliran kera-jaan denan carut plak... Insyaallah!!!

Anonymous said...

kat pulau pinang tak larang tazkirah..dia cume larang pasang pembesar suara luar masjid sehingga mengganggu jiran2 kecuali Azan. rasulullah larang kita baca Al-Quran kuat2 sehingga ganggu jemaah lain solat dlm masjid

ibnuismail said...

NASIHAT BUAT SAHABAT KU DI PEJABAT AGAMA.... Kunjunngi www.ibnu-ismail.blogspot.com

Anonymous said...

orng yang mahram tu ialah TYDP MUIP. Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hasan..orang chenor lak tuu...isss..iss...dgr2 lak dia tu ahli hukum syrak pahang.ada ke patut melarang majlis ilmu..nk kiamat ape..patut tukr la jawatan jadi timbalan jembalang...umat islam skrg dh la semakin mundur ni x bg lak menuntut ilmu..pemimpin ke tu...x layak...

Anonymous said...

tukulbbesi terima kasih atas pemberitahuan kpd umat islam mnda baik ni.. apa lagi tunjukan la rakaman yang telah dibuat itu..biar orng islam celik mata....

Anonymous said...

isss terharunya bila istitusi Agama yang paling tinggi kata gitu... aku mula ragu nak bayar zakat fitrah dan zakat harta kat muip sbb sekat syiar Islam...agaknye camne dia tadbirkan harta zakat dan harta umat Islam? ikut selera dia je kot.....

Anonymous said...

Peh...terkejut beruk aku baca citer ni..Xsangka org kuat muip ckp gitu...siap haram lak tazkirah..klu ngaji mukadam pn dh cukup.. dah tau surah Al-Asr, suh org berpesan2 dgn kebnaran bakpe nak haram plak..insaflh..

Anonymous said...

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.....(Gilerlh. sedap je dia bagi hukum haram. Fatwa mana tu....fatwa sendiri ke...jahilnya)

Anonymous said...

Org kuat muip tu spatutnya bleh bagi nasihat, tunjuk jalan yang baik...tpi dia lak org kena bimbing, kena org bagi nasihat..xleh maaf klu gini. mnghina agama sbb halang org tuntut ilmu, mnyekat syiar dn dakwah...klu gitu SULTAN PAHANG Patut pikir pngganti dia...klu dok sebuah lagi negeri jatuh ke pr..elok gak gitu..

Anonymous said...

ada juga orang camni... apa dia nak yek?

Anonymous said...

takut aku dgn larangan ni..... abihlh syiar...abihlah ....rosak lah msyarakat..brtambah rosaklah umno...kena lah dgn slogan, rakyat d dahulukan, agama di pinggirkan...perut d utamakan..masyaallah.

Anonymous said...

aku rase larangan ini dibuat sbb orang kuat maip itu pro barisan nasional..itu yang mrah sgt kalau org bagi btazkirah unsur politik..sbb takut terbakar.. semua ustaz dianggap orang PAS.. ssh la macam nie..dpp kena wat sesuatu..takbir.....

Anonymous said...

yang bagi kenyataan yang merosakan ini nape????issss tak sangka datang nya dari maip...orang murtad macm mane?mamcm mane?kenapa tazkirah di tekan kan sedangkan ada lagi perlu ditekan kan bagi membangunkan islam..kita tak perlu tunding jari pas ke umno tapi renung2kan....

Anonymous said...

kalau sudah institusi agama sendri melarang tazkirah apa pulak nak dikisahkan bile Karpal Singh kata macm2 kat org islam.. pahang ikut je contoh yang berlaku pada pulau pinang.bru puas ati kan..aku sangat kesal perkara ini....

Anonymous said...

USTAZ TAZKIRAH NI PUN SATU.. BUATLAH TAZKIRAH SELEPAS SOLAT TARAWIKH. ORANG RAMAI DATANG NAK SOLAT SUNAT TARAWIKH. NAK SOLAT BANYAK-BANYAK DLM BULAN RAMADHAN. NAK BERAMAL. BUKAN NAK DENGAR TAZKIRAH SAHAJA. BERAMAL LAH PULAK. BANYAK MASA LAIN LAGI BOLEH BUAT TAZKIRAH. TAZKIRAH PULA BUKAN PAKAI KITAB. SEDAP MULUT JE..KADANG-KADANG TERLEPAS CAKAP. HA, SEKARANG NI DAH TAK SOLAT TARAWIKH, APA LAGI BUATLAH TAZKIRAH BANYAK-BANYAK ATAU SETIAP MALAM. TAK NAK PULAK.. TOLONGLAH, SAYA DATANG NAK BUAT SOLAT SUNAT TARAWIKH.. NAK BUAT BANYAK-BANYAK..

Anonymous said...

nk tazkirah//tazkirah....tazkirah

Anonymous said...

berbuatlh kebaikan....bukan kejahatan...pk yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita.. ada org suka tazkirah masa taraweh, ada org xsuka... jadi jangan nk besarkn larangan ni dan janganlak MAIP larang lagi tazkirah masa depan krana bleh mendatangkan fitnah..biar jemaah sesuatu tempat tu yang menentukan. Biar jemaah ada muafakat, baru berkat. kehendak manusia ni tak sama...

Anonymous said...

org kuat maip kena hati2 bagi kenyataan...jgan berbau politik. klu dok, masuk je politik, jgn mengheret organisasi sama..

Anonymous said...

Ya Allah...apalah nak jadi ni...sokong ada tazkirah... Allahuakbar..