Bismillah.... Segala2nya bermula dengan
sekeping surat ini. Kes Kemahang 3 dilacurkan oleh pemfitnah jalanan utk
menggambarkan saya dan barisan Peguam Kemahang 3 sebagai "songlap
duit", "pecah amanah" dan segala macam lelehan hina dari manusia2
yg tiada mengenal batas iman dan kufur!! Hakikatnya apa yang berlaku
adalah apabila terdapat sekumpulan peneroka yang tidak berpuas hati
dengan fee@yuran guaman@komisyen Peguam. Sebolehnya mereka yang tamak
ini tidak mahu satu sen pun kepada Peguam. Tidak mengapa, pertikaian
tentang fee guaman adalah lumrah dalam urusan guaman. Nun di sana
bersepah2 kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang tentang
anakguam menyaman Peguam mereka sendiri disebabkan ketidakpuasan
hati... Itu tidak mengapa, mereka boleh ke Mahkamah dan biarkan Mahkamah
sebagai "taxing master" untuk putuskan.
Tetapi yang membakar jiwa muda saya ialah apabila kes Kemahang 3 dikaitkan dengan insan2 yang tiada kena mengena. Mazlan Aliman, Presiden ANAK difitnah kononnya turut songlap wang itu. ADUN Kemahang (PAS), dan beberapa pemimpin PR yang lain, turut dikaitkan sama oleh Blogger UMNO. Simpati saya pada mereka tiada tutur yg bisa menterjemahkannya. Justeru saya mengambil ruangan itu untuk menyatakan, dengan nama Allah, Mazlan Aliman, ANAK, Dato' Mejar Anizam (ADUN Kemahang), PAS atau mana-mana pemimpin PR tiada kena mengena dengan kes Kemahang 3, tiada kaitan langsung dengan pembahagian wang pampasan.
Saya tahu ada tangan berselindung dari pejabat Felda, Menteri yang menjaga Felda, UMNO Bahagian Tanah Merah untuk menghasut bekas2 anakguam saya ini untuk memfailkan Saman terhadap firma saya. Motifnya mudah, nama saya perlu dihancurkan sebelum ramai lagi peneroka meminta khidmat saya. Surat ini memberi penjelasan bagaimana bermulanya komplot tersebut. Mereka sudah menyaman saya dan saya sudah pun menyaman mereka. Kita serahkan urusan perundangan kepada Mahkamah untuk memutuskannya!!!
Wahai blogger2 yang hina.... Jika fee guaman saya mahal, tidak munasabah sehingga tinggi melangit, itu bukan urusan politik. Itu urusan pernigaan guaman. Anakguam yang merasa tertindas dengan fee guaman, mereka boleh ke Mahkamah untuk mencabar fee guaman dan biarkan Mahkamah yang putuskan. Kamu boleh kutuk saya semahu mu kerana saya mungkin mengenakan fee guaman yang mahal... Tetapi usahlah kamu berdengki dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan rakan2 peguam, hasil dari pengorbanan dan keihlasan, keringat dan titisan air mata kami selama 11 tahun (2000 - 2010).
Insyallah, jika diizinkan Allah, saya akan menyediakan penjelasan komprehensif untuk menjawab fitnah maha dahsyat ini dalam masa terdekat...!!!

Sumber:http://www.facebook.com/wan.rohimi.9/posts/10200316919146928?comment_id=5847808¬if_t=feed_comment_reply

1 comment:
Pandai royak nafikan hak peneroka...mengapa tak turun ke Kemahang 3 beri penjelasan! Tuuuu..seorang balu & anak anaknya tunggu mu yang piti mu & AJK Suarahati angkat sumpah, siapa yang kebas...
Post a Comment