Friday, November 23, 2007

Nisa':Tabur Bakti dan dekati Remaja



Nisa' Kuala Krau sebuah NGO wanita dalam usia setahun jagung telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat.Mendekati golongan remaja menjadi tumpuan utama.Dengan berbagai aktiviti sukan yang berpandukan ajaran Islam,program motivasi pelajar,menziarahi pesakit di hospital dan lain-lain lagi dapat mengeratkan kalangan remaja dan masyarakat.

Puan Siti Zaleha Abu Bakar lepasan UiTM Jengka selaku teraju utamanya berkata,antara program yang telah dapat dilaksanakan ialah,Sukan Wanita yang diadakan di Padang Awam Jengka 16 pada Ogos lalu menarik minat masyarakat khususnya kalangan remaja untyuk mendekati Nisa'.

Lanjutan dari sukan tersebut,Nisa' Cawangan Jengka 16 berjaya menubuhkan Pasukan Kompang Nisa diketuai oleh Siti Salwa Abd Rahim.Ketika dilancarkan sempena sambutan kemerdekaan ke 50 yang dianjurkan bersama Unit Amal,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krau berkenan menyumbangkan sepuluh biji kompang kepada kumpulan tersebut.Kumpulan Kompang Nisa Jengka 16 kini seringkali dijemput ke majlis-majlis kenduri kahwin untuk membuat persembahan.

Pada bulan Ramadhan yang lalu juga,Nisa Kuala Krau turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Hospital Jengka.Nisa' juga turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jengka 16 yang menjadi mangsa rogol lima pemuda

Menurut Siti Zaleha,pihaknya mengalu-alukan penyertaan kalangan remaja samada masih bersekolah atau sudah bekerja untuk bersama dengan Nisa'.Pihaknya juga bersedia untuk membimbing mana-mana remaja bermasalah yang bersedia untuk berubah.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 0139773108.

No comments: