Friday, March 14, 2008

Generasi Ke2 Felda Jengka Tolak Wan Salman


Walaupun menang dengan majoriti 596 menewaskan calon PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,YB baru Jengka Wan Salman tentu rasa tak selesa kerana anak muda menolak beliau dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Lebih tidak menggembirakan apabila beliau tewas di peti undi Jengka 15 ,cawangan beliau sendiri.Di situlah dia dibesarkan oleh keluarganya.


Keputusan keseluruhan saluran 3 dan 4 menyaksikan Ketua Pemuda Umno Bahagian itu kalah dengan majoriti lebih 500 undi.Tetapi beliau diselamatkan oleh pengundi saluran 1 dan 2 khususnya di Jengka 21 yang tebal dengan pegangan Umnonya.Sehingga ke pagi ini,belum nampak lagi kelibat puak puak Umno mengadakan kenduri kesyukuran di atas kemenangan calon mereka.Mungkin juga mereka masih merasa tidak puas hati dengan merosotnya undi yang dperolehi dalam PRU 12 yang lalu.


Apa yang jelas,PAS Jengka terus bangkit dan bersedia untuk pilihanraya akan datang yang dijangka akan berlaku kurang dari tempoh 3 tahun kerana kedudukan tidak stabil kerajaan BN yang gagal mendapat 2/3 majoriti.

Seawal 9 Mac,PAS jengka telah menghimpunkan petugas-petugasnya untuk terus diberi semangat bagi menawan Jengka pada PRU akan datang.Kegagalan PAS bukan kerana rakyat Jenglka menolak Dato Tuan,tetapi kerana peneroka tidak mampu menahan ujian RM 5000 wang ses getah yang diterima beberapa hari sebelum mengundi.Wang 5000 terlalu besar bagi peneroka.Kesusahan,keletihan sekian lama terubat dengan pembayaran wang ses oleh Felda sehingga keletihan itu hilang sekelip mata,tak jauh beza dengan budak ketagih ganja yang tak sedar apa yang berlaku.Dengan keseronokan yang jarang ditemui,peneroka terlupa itulah wang mereka yang disimpan Felda sekian lama,yang telah mengayakan Felda.


PAS juga bukan sahaja berhadapan dengan Umno dalam pilihanraya yang lalu,tetapi berhadapan dengan komponen BN terbaru iaitulah Parti FELDA Bersatu yang berjaya menjadi pelakon terbaik dalam PRU 12 sehingga sanggup membuka pejabat Felda 24 jam macam bilik gerakan BN.


Namun tahniah kepada pengundi muda kerana menolak parti rasuah.

1 comment:

anak peneroka said...

1.Saudara Rahman Basri dlm akhbar Utusan Melayu slps PRU kata "Potensi Bandar Jengka Malap kerana penduduk bdr pusat menolak pembangunan krn undi pembangkang" --komen sikit.

2. Jengka 21 kubu kuat umno..agak benar tapi kalau betul strategi boleh ubah. sbbnya..ikut pemerhatian sy senario di J21 org pahang yg ramai mendominasi masyarakat ..sedangkan penyokong pembangkang terdiri org kelantan, kedah dan selangor dlm majoriti kecil dan tenggelam dgn dominasi anak pahang (umno). Misalnya, sdr hashim dahan(arwah)- JKK, sdr Zul Budin, sdr Mat Jidan, sdr Mat Sida dll ( sekadar beberapa nama..) begitu mendominasi dan berpengaruh dlm masyarakat.. Misalnya, Zul budin yg berjaya membawa pembinaan gelanggang di hadapan rumahnya lantas menarik golongan tua muda bermain setiap ptg di situ kalaupun tak minum di kedai nya setiap hari.

Strateginya cari jalan supaya ada anak pahang yang berpengaruh di situ yg menyokong pembangkang, agar tiada lagi ungkapan " nak sokong pembangkang boleh kedah n kelantan!"

selain itu pembangkang di situ tak boleh dlm kelompok sendiri shj..perlu aktif dalam kemasyarakatan dan bagi anak muda menyusup masuk ke dalam kepimpinan belia..sekarang kepimpinan belia MAYC adalah kepimpinan pemuda umno ..sbb itu program dimanipulasi sepenuhnya. Org muda barisan pembangkang mesti mampu menarik golongan muda dan juga ibu-bapa mereka sendiri. Guna kan strategi 1 ahli tarbiah 5 org, bila dah berjaya tambah lagi...mcm carik ahli bussiness MLM lah..

Selain itu senario di J21, suasana keilmuan sangat kurang..yg tak mengimbangi ramainya kaki lepak di kedai kopi..kalau dilihat kaki lepak sangat ramai yg sanggup duduk berlama-lamaan sambil main dam. Sangat pelik tahap melepak dikalangan warga tua Jengka 21 walaupun di tempat lain pun ada org tua melepak. Kedai kopi telah menjadi medan menarik masyarakat, cthnya..cuba lihat hampir kebanyakan pemimpin umno J21 mempunyai kedai kopi cthnya Zul Budin, Sayuti, Arwah Hashim dahan semuanya ada kedai..premis sebegini menjadi tempat berkumpul supaya senang mereka mencari pengaruh...wpun tahu akibat tabiat melepaklah rumah tangga terbiar (masalah sosial, rempit dan masalah disiplin-SMJ21 antara yg tercorot di pahang!) kumpulan inilah pengundi saluran 1 dan 2 di J21. Strateginya kena banyakkan program ilmu dan cari jalan mereka berminat utk hadir majlis dakwah dan kurang melepak di kedai kopi. Saya yakin apabila hati -hati mereka akan terbuka dan lunak apabila sudah kerap dgn penyertaan majlis ilmu...

fikirkanlah langkah -langkah yg patut.