Ikuti berita dari Malaysiakini
Jul 20, 09 3:45pm
Seorang suami dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas mengakubersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.Abdul Aziz Basri, 57, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.
Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
2 comments:
Koi lagi malu dengan awk ni sebagai orang Pahang, ape ke he nya awk neh.. anak bini awk dah cukup didikan ke? Jangan asyik nak cari salah orang.. Amende semua bende salah kerajaan? Siapa kerajaan? Awak kerja mane businessman? kuli ? kakitangan kerajaan? tak sedar diri awk nih...
Mende melalut tak tentu pasal.Bila masa penulis salahkan kerajaan.Jenis Umno ,baca tajuk ke baca isi?
Post a Comment