Monday, December 21, 2009

Tolong Dedahkan Nama Ahli Politik Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri.

Datuk Tan Aminuddin Ishak perlu dedahkan nama siapakah yang beliau maksudkan 'ahli politik tamak' yang bertanggungjawab dalam pencerobohan tanah milik kerajaan seluas 5500 hektar di negeri Pahang.

Ahli politik yang diakui sebagai penyokong kerajaan itu pastinya dari parti Umno,MCA ataupun MIC di negeri ini.Kemungkinan mereka ialah YB di kawasan tertentu atau setidak-tidaknya Ajk parti di Bahagian tertentu.


Jangan biarkan rakyat berteka teki dan terus di tipu oleh ahli politik terbabit.


Sinar Harian 21 Dis 09


Ahli politik ceroboh tanah kerajaan

MARAN - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak mendedahkan terdapat ada ahli politik tamak yang terbabit dalam pencerobohan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 5,500 hektar di Pahang.

Beliau berkata, kegiatan individu berkenaan dikesan itu apabila pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merampas semula tanah diceroboh itu.

“Secara purata, kira-kira 500 hektar tanah milik kerajaan di setiap daerah diceroboh bagi diusahakan dengan pelbagai tanaman kontan termasuk getah dan kelapa sawit secara haram.

“Ada pihak menggunakan pengaruh ahli politik tertentu untuk ceroboh kawasan terbabit, selain ahli politik itu sendiri menyalahgunakan kedudukan mereka untuk terlibat dalam kegiatan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tan Mohd Aminuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang walaupun ahli politik terbabit adalah penyokong kuat kerajaan.

Katanya, mereka yang tamak itu bukan sahaja meneroka kawasan tanah kosong kerajaan malah sanggup menceroboh kawasan hutan tadahan air walaupun ada hukuman berat menanti.

“Mereka tetap tidak kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya masih berdegil menceroboh tanah kerajaan.

“Kerajaan Negeri arahkan pihak penguat kuasa di setiap daerah bertindak tegas membanteras gejala ini daripada terus berleluasa bagi mengelak lebih banyak tanah diceroboh,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM80,000 untuk memusnahkan pokok sawit yang ditanam secara haram di Kampung Bukit Lada, di sini baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk bangunkan tanah kerajaan yang diceroboh itu melalui agensi berkaitan.

“Pembangunan tanah terbabit akan memberi lebih keuntungan kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

orang politik ni banyak...umno , mca, mic, pas, pkr, dap, makkal sathi, gerakan semuanya orang politik...lu pikir la sendiri


celik IT