Wednesday, December 30, 2009

Tragedi Memali:Muzium PDRM Berbohong,Tak Hormati Mahkamah.

Muzium Polis di Jalan Perdana
Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di bilik pameran Muzium PDRM


Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.

Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.

Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.

Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.

Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.

Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".

Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Ana nak mintak izin copy kat blog ana. Panas jugak ana dengan cerita ni.

Firdauz-AMAL Indera Mahkota

http://aidilbalsus.blogspot.com

Anonymous said...

salam saudara...
harap saudara dalam rahmat allah..
ana anak mangsa memali..
bleh ana tau bila di paparkan peristiwa memali di muzium polis tu..ana nk tau sbagai bukti..
syukran

Budak Kampung said...

Salam..Boleh Tak saya dapat cerita yang sebenar tentang mamali..Saya betul2 ingin tau cerita yang sebenar..dah lama saya mencari tp xjumpa

Cikli said...

salam,

cuba pula ustaz tengok di muzium tamadun Islam Sabah, pun teruk sampai dikategorikan sebagai ajaran sesat.

Fatimahazzahra said...

tuan, macam tu lah nasib pejuang-pejuang Allah di dunia ini. Pada pandangan saya, PAS sekarang tak akan dapat buat apa-apa sebab ia bukanlah perjuangan yg dilagangkan oleh jemaah PAS pada masa dahulu. Pembelaan ke atas para syuhada hanya akan diberikan Allah melalui para pemimpin pilihanNya sahaja. Tunggulah masanya akan tiba...

Ashue said...

Saya juga sedang membuat kajian tentang kejadian Memali.. dan sempat singgah di blog ini.. boleh ke saya dapat tahu apa yang salah dalam info di muzium polis kerana saya juga ada ke muzium polis baru2 ini.

Anonymous said...

Tolonglah PAS beri keadilan pd waris2 syuhada Memali...dalam sibuk2 julang DAP gadai kalimah Allah dan bertahaluf siyasi bagai tapi PKR dan DAP yg menapak ke atas...benda lama yg erit camni kena perjuangkan. Menangis arwah Ust Fadzil Noor kalau dia tau semua ni. Jgn sia2kan keberanian As Syahid Ust Ibrahim Libya

Anonymous said...

seorang hamba,
saya setuju dgn anda...mana pergi suara pimpinan terbaru PAS dalam membalas penghinaan polis camni? Kalau gangster keling mati dlm tahanan orang PAS antara yg paling kuat terjerit-jerit protes...tapi Melayu Islam yg dibunuh polis negara sendiri camni mcm mana?