Mazlan diiringi keluar Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di IPD Raub.Belakang:Ust Junaidi Ishak,Setiausaha DPP Pahang
Bersama Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Zulkefli Mohamad Omar,ADUN Paroi YB Taufek,ADUN Port Dikson YB Ravi dan Peguam Haris Mohan Abdullah(di belakang)
Tanda sokongan dari ADUN Paroi N.sembilan,YB Hj Taufek
Bersama Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Zulkefli Mohamad Omar,ADUN Paroi YB Taufek,ADUN Port Dikson YB Ravi dan Peguam Haris Mohan Abdullah(di belakang)
Tanda sokongan dari ADUN Paroi N.sembilan,YB Hj Taufek
Gema takbir di Mahkamah Raub pagi semalam tentu menjadi tanda tanya kepada seorang pemimpin pemuda Umno Bahagian yang kebetulan berada di situ.Polis yang mengiringi OKT yang dituduh menceroboh tanah rancangan Felda juga terpinga pinga,siapakah gerangan lelaki yang mereka bawa dengan tangan bergari itu,hingga begitu ramai sekali penyokongnya hadir pagi semalam dari seluruh negara.
Mazlan Aliman lelaki yang dikepung puluhan polis bantuan di ketuai Pengurus Felda Lembah Klau 9 Mac lalu,bukan lah tokoh besar dari PAS sehebat Mat Sabu yang mampu mengumpulkan ribuan pendengar setiap kali berpidato.Beliau hanya lah seorang generasi kedua Felda yang memimpin sebuah NgO yang baru berusia 3 tahun.
Tetapi kelantangan dan kesungguhannya membela nasib peneroka dan generasi kedua Felda di seluruh negara menjadikan namanya sehebat Anwar Ibrahim di kalangan masyarakat Felda.Dia menghabiskan hari harinya menjelajah ke seluruh negara bersama Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK)mendengar rintihan peneroka Felda bukan sahaja dari penyokong Pakatan rakyat tetapi juga dari Umno.
Kegigihannya itu menjadi kerisauan pihak pihak yang selama ini hanya berpeluk tubuh berada di zon selesa .Maka apabila munculnya buku kedua Mazlan hasil kajian 15 tahun tentang Felda bertajuk 'Felda:Dulu Tolong Sekarang Along' yang cukup tak disenangi Felda kerana membongkar segala 'kebusukan' puluhan tahun institusi yang di lihat suci pada luarannya,maka juak juak pengampu berkepentingan pun bertempik sorok ,kami lah pembela peneroka!
Mereka yang dulunya mengaharamkan demontrasi tiba tiba menjadi 'penagih tegar' berdemontrasi di sana sini membantah buku tulisan Mazlan Aliman.Mak cik mak cik dari GPW dan budak budak nakal pun dibawa bersama ke perhimpunan haram yang mereka halalkan.
Saya yang menonton Buletin Utama tergelak seorangan melihat gelagat ketua mereka yang mungkin sudah bercucu dan sepatutnya memimpin Majlis Belia 'Pencen' Malaysia(MBPM) memberikan alasan penentangan mereka ke atas buku tulisan Mazlan itu adalah kerana buku itu tidak mendapat kelulusan KDN!
Ha ha..mungkin lah dalam usia seorang yang telah bergelar 'atuk',barangkali sang ketua tak berkesempatan untuk ke kedai buku untuk melihat lambakan buku yang tiada kelulusan KDN.
Hari ke hari Mazlan terus menjadi sasaran serangan mereka.Terakhir ,sebelum ANAK menyerahkan memo kepada SUHAKAM tentang Felda,'budak budak' dari sebuah pertubuhan belia telah membuat satu report polis ke atas ANAK dan menghantar memo mendesak Felda dan JKKR bertindak untuk menghalang ANAK yang dipimpin Mazlan dari mengadakan aktivitinya di rancangan Felda.
Kemuncaknya 9 Mac lalu,peneroka Lembah Klau menyaksikan sendiri bagaimana Pengurus mereka Encik Awang Sulung yang baru saja merehatkan 3 orang peneroka di lokap polis walaupun ada yang mencecah usia 70 tahun,bagaikan Ketua Polis Negara mengetuai gerombalan 'tenteranya' mengepong rumah seorang peneroka ketika Mazlan sedang berdailog di beranda rumah tersebut bersama beberapa orang warga peneroka.Mak cik mak cik bersebelahan rumah tersebut pastinya kecut perut dan terbayangkan Peristiwa Memali 1985.
Hujung tahun 70 an dan awal 80 an ketika saya masih di sekolah rendah,pernah juga saya dengar kisah pengurus pengurus yang kurang cerdik bertindak zalim ke atas peneroka.Tetapi selepas 30 tahun berlalu,rupanya masih ada juga pengurus Felda yang bukan lagi kurang cerdik tetapi 'benar benar tidak cerdik'.
Tidak ada sedikit kegusaran bagi Mazlan Aliman sepanjang dua malam direhatkan di lokap polis Raub.Kenapa?"Ini kali ke lapan saya di lokap",senyum saja Mazlan menjawabnya.Tetapi Encik Awang Sulung boleh ke tidur malam?Bagaimana pula kalau kali ini beliau pula akan ke lokap?Lu pikir lah sendiri Awang!
Mazlan diingat sebagai pejuang peneroka,Awang pula hebatnya berjaya melokapkan penerokanya sendiri..
lagi ulasan di sini
No comments:
Post a Comment