Monday, April 5, 2010

Ceroboh Ladang Sendiri:Aktivis ANAK Lembah Klau Bermalam di Lokap

Seorang lagi warga Felda Lembau Klau dihantar ke lokap polis IPD Raub Sabtu lalu kerana tuduhan menceroboh .Selepas 3 peneroka Felda tersebut bermalam di lokap sama bulan lepas,Pengurus Awang Sulung bersama FELSCO mengepung rumah seorang peneroka ketika berlangsungnya dailog dengan Mazlan Aliman yanmg membawa kepada penahanan Presiden ANAK itu.

Tidak lama kemudian,Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim cuba dihalang Pengurus yang sama ketika hendak berceramah kepada ahli PAS di markaz cawangan tersebut.

Mangsa terbaru Saudara Fauzi yang bertanggungjawab menggerakkan penubuhan ANAK ditahan pihak keselamatan ketika sedang mengambil sawit di ladang beliau tengahari Sabtu lalu.Sehingga ke tengahari tadi beliau masih ditahan dilokap tersebut.

Fauzi juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk dato Tuan Ibrahim Tuan Man ke rancangan Felda tersebut yang sangat tidak disenangi Umno dan pengurusan Felda.
Dalam perkembangan sama,rombongan Dewan Pemuda PAS Kuala Krau yang bergegas ke IPD Raub gagal menemui beliau petang Sabtu lalu.

No comments: