Saturday, June 12, 2010

Muktamar Pemuda Terakhir Untuk Saya

Muktamar Dewan Pemuda PAS Kali ke 51 yang saya hadiri sebagai perwakilan Dewan Pemuda PAS Kuala Krau pada Khamis lalu adalah yang terakhir bagi saya sebagai pemuda.Tahun depan usia saya telah melebihi usia pemuda,saya hanya boleh menjadi pemerhati Muktamar Pemuda.Perlembagaan PAS memperuntukkan ahli pemuda dan jawatankuasanya hendaklah tidak melebihi 40 tahun ketika dilantik kecuali untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap.
Saya akan menamatkan tugas sebagai Exco DPP kawasan dan Negeri Pahang pada muktamar tahun depan dalam usia menjelang 41 tahun.
Alhamdulillah Khamis lalu saya diberi mandat oleh DPP Pahang untuk membahaskan Ucaptama Ketua DPPP.Amanah yang diberi kepada saya untuk menyentuh isu Felda serta generasi kedua yang tidak disentuh dalam Ucaptama Ketua Pemuda.Saya menaruh keyakinan pimpinan pemuda pusat akan mengambil tindakan lanjut atas apa yang saya peringatkan dalam perbahasan tersebut.
Selesai muktamar pemuda saya terpaksa bergegas pulang kerana ada temujanji untuk pemeriksa tyroid yang saya hidapi sejak beberapa tahun dulu.Kebetulan saya menemani Ketua Pemuda PAS pahang yang juga terpaksa bergegas pulang kerana ayahndanya meninggal dunia di Kuantan sekitar jam 1.00 pagi.
Terlalu banyak ilmu yang saya timba sepanjang berada dalam pemuda di berbagai peringkat. Semoga tahun tahun mendatang menjadikan saya lebih istiqamah untuk perjuangan ini.

2 comments:

al-brangi Online said...

salam,

teruskan perjuangan

WARIS PAHANG said...

mari kita sertai UMNO