2 Jun – Kesemua ahli pasukan LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan. Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.
Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan. Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, telefon bimbit, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas. Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.
Berita gembira tersebut diterima terus daripada saudara Noorazman Shamsudin, Ketua Misi LL4G Malaysia yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.
“Mereka berada di Jordan dan akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.
Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org.

No comments:
Post a Comment