Wednesday, March 30, 2011

Bangkit Dari 'Uzlah'

Hadirin di Ceramah Dato Mahfuz Omar
Ustaz Suhaimi,Pengerusi Penaja PAS Cawangan Rumpun Makmur sedang menyerahkan borang keahlian ahli ahli baru di Rumpun Makmur kepada YB Dato Hj Mahfuz Omar

Selepas menjalani pembedahan tyroid 16 Mac lalu di Hospital Putrajaya,saya diberi cuti selama sebulan.Alhamdulillah ada sahabat yang sedia mengambil alih tugas saya di Kelas KAFA yang saya usahakan.

Saya pula 'beruzlah' di rumah.Setiap pagi berulang alik ke Poliklinik Jengka untuk dresing.Cuci luka,tukar plaster,letak ubat.Itulah rutin hariannya sejak minggu lepas.Adik ipar dah jadi driver pulak ,tugasnya menghantar saya ke Poliklinik setiap pagi.

Dua mesyuarat penting iaitu Mesyuarat Agong Pemuda dan PAS kawasan dua hari berturut turut tidak dapat saya hadir.Begitu juga Mesyuarat Agong Yayasan Amal Malaysia Pahang dan Taklimat Dana Takwa petang semalam juga tak dapat saya hadir.Tetapi makin lama rehat,terasa makin uzur.Nak kena langgar juga cuti yang doktor bagi.

Petang semalam,saya gagahkan badan keluar dari bilik 'uzlah' mengadap rakan taulan yang dah lama tak bertemu muka.Saya ke Masjid Lama mengikuti Kuliah Mingguan Dato Tuan Ibrahim.Dah banyak minggu tak ikuti perkembangan,Masjid Lama pun dah berubah rupa.Dato Tuan pun dah lama saya tak jumpa.Biarlah nampak sihat sikit walaupun dalam pantang lagi.

Kebetulan pulak malam tadi Dato Mahfuz Omar berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Rumpun Makmur,badan saya mesti dipaksa menjadi sihat.Alhamdulillah sampai juga saya ke majlis tersebut.PAS memang hebat.kalah pilihanraya,tapi dapat tubuh dua cawangan baru di DUN Kerdau dalam tempoh tak sampai sebulan.Kalau Umno yang kalah,lepas pilihanraya, bungkuslah!Tapi PAS terus hidup.Begitulah petugas PAS,walaupun dapat cuti sakit macam saya ,tiba tiba boleh jadi sihat demi perjuangan Islam.Semakin berehat makin bertambah sakit pula.Kalau luka dileher dah sembuh,nak juga saya ke Sarawak bantu petugas PAS di sana,cuma ongkosnya jer lah yang jadi masalah.

Setakat ini cukuplah saya bercuti daripada kelas,tapi untuk perjuangan Islam ini,terasa cemburu pulak bila tak dapat bersama dan hanya mendengar cerita dari sahabat sahabat lain.

Alhamdulillah hari ini,saya ke Pejabat PAS kawasan,sempat pulak melayari internet melihat perkembangan semasa.Insya Allah malam ini akan hadir ke Mesyuarat Pertama AJK Kawasan yang baru terpilih dalam Mesyuarat Agong minggu lepas.

Kepada sahabat sahabat yang banyak berkorban untuk saya dengan sumbangan wang ringgit,doa dan ziarah,semoga anda semua diberkati Allah sepanjang masa dan diberi kesihatan moga dapat terus bersama menyumbangkan tenaga untuk perjuangan Islam

No comments: