Thursday, June 16, 2011

Akhbar Utusan Biadab Hina Islam



1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mengecam sekeras-kerasnya akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan satu kartun yang disifatkan menghina Islam dan ketetapan syariah pada hari ini 15 Jun 2011 di halaman 15.

2. Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil di dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

3. Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik (Surah an-Nur, ayat 4)

4. Tujuan dari hukuman sebat dikenakan ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh yang telah dicemarkan nama baiknya dengan tuduhan zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana tuduhan masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara dengan di dalam mahkamah di hadapan hakim yang berautoriti. Justeru, video dan apa jua bukti tetap boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian. Adapun senario yang berlaku pada hari ini ialah kecenderungan untuk menjadikan rakaman video sebagai bukti asas tanpa melalui penghakiman dan perbicaraan yang sepatunya.

5. Inilah hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh (serta mangsa) dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika Hanya orang menuduh mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bukti yang direka-reka, sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.

6. Malangnya, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina/rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

7. Justeru, DPPNK menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya. Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini.

Sekian, wassalam.



AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

6 comments:

Anonymous said...

Minta dijauhkan daripada tergolong ke dalam kumpulan yang jahil ni!!

Anonymous said...

jahat nya kamu laknatullah

Anonymous said...

Kita melihat agama lain dikatakan menghina Islam kita amat Marah itu memang wajib kita marah,Bagaimana pula orang yang mengaku dia Islam tetapi menghina hukum Allah dengan cara agenda nyata dan tersebunyi,.Apa na'kita na panggil manusia seperti ini.Kita orang Islam yang melihat juga mendengar harus bertindak membalasnya balik,kita takut nanti menjadi satu budaya yang dianggap biasa oleh orang Islam sendiri.

drrita said...

siapa yang hina ISLAM di sini..
sipa yng kate video itu BESI????

Anonymous said...

ya Allah, laknatlahkn org yg menghina Islam...

Anonymous said...

Klu tak faham, tanyelh...berlarlh. jgn buat lawak atau sendakan hukum.....