Tuesday, June 10, 2008

Kritik Media Barat,Rais Ludah Ke Langit


Kritikan Dr Rais Yatim kepada media barat yang dianggap menjadi punca salah tanggap terhadap Islam,tidak lebih umpama meludah ke langit.


Menteri Luar itu ketika merasmikan persidangan Antarabangsa Ke tiga mengenai Dunia Islam seperti yang di laporkan media utama negara pada 9 Jun lalu dipetik berkata, salah satu halangan ialah kuasa media Barat yang tidak memberi kita ruang untuk memahami Islam secara lebih objektif.

Ucapan menteri berkenaan lagak bagai seorang pencinta Islam sejati yang sentiasa menghadapi jalan sukar untuk menerangkan Islam kepada masyarakat dunia,sedangkan pencinta Islam sebenar di negara ini teramat arif dengan bentuk pemikiran liberal Menteri Luar tersebut samalah dengan seorang menteri baru dari Kelantan yang pernah menyaman hukum hudud ciptaan Allah.


Persoalannya,ketika menyalahkan media barat adakah menteri itu lupa apa yang dilakukan oleh media tempatan yang dikuasai Barisan Nasional yang juga tidak memberi ruang untuk rakyat berbilang kaum di Negara ini memahami Islam atau sekurang-kurangnya mempunyai tanggapan yang baik terhadap Islam.

Menjelang pilihanraya umum 1999,RTM,TV3 dan media yang dikuasai Barisan Nasional bertanggungjawab menakutkan bukan Islam di negara ini dengan isu Negara Islam sehingga impaknya dirasai oleh DAP yang telah menjalinkan kerjasama dengan PAS ketika itu.

Parti yang sering mendapat dokongan utama dari kaum cina itu kehilangan pengundinya dalam pilihanraya tersebut gara-gara bekerjasama dengan PAS yang memperjuangankan negara Islam.


Barangkali dalam konteks dunia keseluruhannya benarlah kata kata Rais,media barat lah puncanya.Tetapi dalam konteks Malaysia ,Umno lah yang menyebabkan salah tanggap terhadap Islam.

Seawal penubuhan Umno,pengasasnya sendiri turut memberi gambaran negatif kepada kumpulan Islam yang memperjuangkan kemerdekaan.Hizbul Muslimin dianggap bahaya sama seperti komunis seperti kempen Dato Onn, ‘Bahaya Dari Gunung’ yang mendorong British mengharamkan dan memburu pejuang-pejuang Islam yang mahukan kemerdekaan.


Rais juga barangkali terlupa ketika beliau menjadi menteri yang menjaga tv dan radio pada 1985 berlakunya tragedi Memali,beliaulah orangnya yang bertanggungjawab memberi gambaran buruk kepada Islam apabila menggunakan saluran media di bawah bidang kuasanya memaparkan gambaran bahawa Islam adalah agama yang ganas.

Ustaz Ibrahim Libya seorang ulama yang pernah menjadi pegawai di Pusat Islam dan 13 anak muridnya yang dibunuh oleh polis dianggap sebagai pengganas.Ternyata akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Star memutuskan tindakan polis dalam kes Memali adalah salah.


Dalam Pilihanraya ke 11,Kementerian Penerangan sekali lagi memainkan isu Memali di RTM yang disiar berulangkali untuk memberi gambaran negative kepada pencinta Islam.

Ratusan ucapan penghinaan terhadap Islam oleh pemimpin Umno yang mendorong bukan Islam berani mencabar Islam di Negara ini perlu dilihat sama oleh Rais.Jangan hanya menuding jari kepada barat,sedangkan di Negara sendiri anda juga turut memberi saham utama kearah salah tanggap terhadap Islam


Petikan Akhbar Utusan 10 Jun 2008

Rais minta tanggapan media Barat terhadap Islam diperbetulkan
09/06/2008 1:18pm

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kunci bagi memastikan hubungan yang lebih baik antara dunia Islam dan Barat ialah dengan memperbetulkan persepsi media Barat bahawa Islam merupakan agama yang menganjur kepada keganasan dan sinonim dengan kumpulan seperti al-Qaeda, satu forum antarabangsa diberitahu hari ini.
"Salah satu halangan ialah kuasa media Barat yang tidak memberi kita ruang untuk memahami Islam secara lebih objektif.

"Liputan mereka lebih berupa berita sensasi mengenai keganasan, penaklukan, peperangan dan bukan Islam yang sebaliknya, Islam yang menganjurkan kehidupan yang tenang dan menghargai kecantikan.

"Di sinilah wujudnya masalah,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semasa merasmikan persidangan antarabangsa ketiga mengenai Dunia Islam dan Barat: Merapatkan Jurang di sini hari ini. - Bernama

No comments: