Sunday, June 8, 2008

Unit Amal Kuala Krau Terus Berbakti



Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau,Pahang hari ini sekali lagi menabur bakti kepada penduduk Matau ,Bandar Pusat Jengka yang pernah menjadi mangsa banjir pada hujung tahun lepas,dengan menyumbangkan seekor lembu untuk Jamuan Hari Keluarga.

Sumbangan lembu aqiqah itu telah diserahkan oleh Penyelaras Amal Kawasan,Ustaz Aris Fezul Ismail kepada wakil penduduk Tuan Hj Saleh Abdullah yang merupakan antara peneroka awal di kawasan Matau.
Di majlis tersebut berbagai acara sukaneka untuk anak-anak dan ibu bapa,pertandingan mewarna dan jamuan kesyukuran telah diadakan.
Pihak penganjur majlis turut memberi penghormatan kepada Penyelaras Amal membuat cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pada hujung tahun lepas hampir 400 penduduk Matau dari 90 buah keluarga telah menjadi mangsa banjir terbesar selepas 30 tahun.Unit Amal telah menjadi satu satunya pihak yang paling banyak memberi sumbangan bantuan termasuk mengagihkan makanan dan minuman,pakaian,operasi pembersihan dan lain-lain lagi.
Unit Amal dengan jayanya memberi khidmat sukarelawan secara percuma tanpa mengira fahaman politik.Selain Unit Amal Kawasan,petugas Amal dari Negeri Sembilan turut menyumbangkan tenaga.

No comments: