Friday, January 30, 2009

Kerana 'Otak Duit' Cadangan Pembinaan Sekolah Di Tolak

Pagi tadi saya dibawa berjalan jalan oleh seorang sahabat saya di Jerantut ke sebuah rancangan Felda yang masih tebal 'aqidah' Umnonya di daerah ini.Saya ditunjukkan satu kawasan tanah terbiar seluas lebih kurang 14 ekar.

Tanah tersebut asalnya dicadangkan untuk dibangunkan sekolah menengah.Tetapi hari ini hanya tinggal semak samun dan bakal menjadi hutan belantara sedikit masa lagi.Menurut penduduk tempatan cadangan pembinaan sekolah menengah telah di tolak oleh pimpinan masyarakat setempat yang tentunyalah berkiblatkan Umno.

Alasannya cukup mudah.Rancangan Felda ini memiliki basnya sendiri.Kalau ada sekolah menengah,tak kan berjalan lah bas itu,kerana pelajar pelajar boleh datang sendiri ke sekolah.Maka tak masyuk ler .Biar ler sekolah jauh sikit,baru bas tu berfungsi,baru lah ade income nya!Logis!Logis!Boleh ler faraid sikit sorang hasilnya tiap tiap bulan.

Akhirnya pembinaan sekolah itu pun dipindah ke rancangan Felda lain yang lebih berminat.Begitu lah cara berpikir pemimpin Umno dari Felda sampai ler ke Parlimen.Sama saje,otak nye memikir duit.Macam ler ayam dengan padi,itik dengan air,Umno dengan.... duit ler.

1 comment:

Anonymous said...

ko ingat senang2 je ke nk bina sekolah main pakai bina aje.sebab akal mcm ko ni la kerajaan Penzalim Rakyat hanya mampu memerintah 11 bulan aje.semuanya dipolitikan...taksub tak betempat