"Ya tentu.Semoga Allah beri kekuatan.Wassalam",demikianlah bunyinya pesanan ringkas dari Ezam Mohd Nor yang masuk ke handset saya jam 12.50 tengahari semalam sebagai menjawab soalan saya,"Salam.Tq,dgr crt anta masih hrpkan PAS utk hdpi munafik dlm PKR & DAP.Sape pulak hrpn anta utk lwn munafik dlm Umno? @ anta sndiri akn lwn munafik2 tu?..dr Tukul Besi.
Sebelumnya saya terbaca dua sms dari bekas Ketua AMK yang sekarang turut sama membantu Wan Farid di Kuala Trengganu yang dihantar kepada dua orang sahabat saya.
Salah seorangnya bertanya Ezam,"Betulke anta nak perang dengan PAS",Ezam terus membalas,"Tidak benar,malah PAS lah harapan ana untuk berhadapan dengan munafik di dalam PKR dan DAP".Itulah jawapan orang yang pernah menjadi teraju utama di dalam PKR suatu ketika dahulu.
Ezam adalah satu nama yang sudah tidak popular terutama selepas PRK Permatang Pauh yang menyaksikan BN gagal merampas kerusi yang mjenjadi milik PKR yang sebelum itu sememangnya milik Anwar Ibrahim.Tetapi kekalahan BN dikaitkan dengan kehadiran Ezam dengan kempennya memburukkan idola dan bintang pujaannya sejak berkurun lama yang menjadikan penyokong Umno sendiri meluat dengan gelagat Ezam yang cuba menjadi hero baru Umno padahal masih segar benar dalam ingatan mereka maki hamun kepada Umno itulah zikir si Ezam.
Penyertaan Ezam ke dalam Umno berkait rapat dengan krisis peribadinya dengan Anwar.maka tidak hairan kalau beliau bermati matian berkempen untuk gagalkan Anwar ke Parlimen pada PRK Permatang Pauh yang lalu.Tetapi apabila beliau turun berkempen membantu Wan Farid untuk menentang calun PAS,pastilah beliau melakukan silap besar.
Tetapi ada maklumat yang sampai kepada saya mengatakan beliau sedikit keberatan untuk membantu calun BN di PRK Kuala Trengganu,tetapi dek kerana dah jadi ahli Umno ditambah lagi Wan Farid itulah yang bertanggungjawab mengutip beliau kembali ke dalam Umno,maka atas dasar terhutang budi,terpaksa beliau turun ke Kuala Trengganu untuk membantu calun BN itu.
Bagaimanapun apabila saya menerima sms dari Ezam,"Ya sudah tentu" yang bermaksud ,beliaulah yang akan berdepan dengan munafik di dalam Umno ,maka berbagai andaian boleh dibuat orang.
Boleh lah diandaikan saudara Ezam ini jiwanya belum sebati lagi sebagai jiwa Umno.Jiwanya masih penuh kesangsian dengan langkah yang dipilihnya sendiri.Maka kempennya di Kuala Trengganu itu bukannya untuk menolong Wan farid tetapi untuk menolong dirinya sendiri agar dilihat sudah benar benar tulen sebagai ahli seumur hidup Umno supaya langkahnya lebih panjang ke hadapan.
Kalau Ezam itu sendiripun tak percaya sepenuh hati kepada Umno,maka kenapa pula orang Kuala Trenganu nak percaya dengan Umno dan cakap Ezam dalam kempen kempennya di sana.
Tetapi andai ditakdirkan keputusan PRK pada 17 Januari ini menyaksikan sekali lagi BN berkubur sebagaimana di Permatang Pauh,maka alamat pendeklah umur saudara Ezam Mohd Nor ini.Maka mungkin benarlah pengakuan nya "Ya sudah tentu" itu.
No comments:
Post a Comment