Wednesday, April 15, 2009

Kata Dua Dato Tuan Kpd Majlis Daerah Maran!

Pasang semula dalam tempoh 48 jam atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang undang.Itulah kata dua Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang kepada pihak penguatkuasa Majlis daerah Maran yang telah merampas bendera besar PAS yang berkibar sejak setahun lalu di simpang Jengka 15.

Bendera yang dipasang di atas tanah milik arwah Pak Shuib yang tentunya menyakitkan mata YB Wan Salman setiap kali berulang alik ke Jengka 15 itu dibuang Majlis Daerah pagi semalam dalam operasi pembersihan lambang lambang parti politik di seluruh daerah Maran.

Namun demikian seperti biasanya yang akan menjadi mangsa ialah pihak pembangkang.Dalam tinjauan yang baru kami buat pagi ini,masih terdapat signboard besar dengan terpampang lambang dacing berhampiran simpang Tasik Jaya Bandar Jengka masih berdiri kukuh tidak diusik oleh penguatkuasa Majlis Daerah.Apakah peraturan yang dibuat hanya untuk pembangkang sahaja?

Sampai bila kah pihak Majlis Daerah mahu menjadi lembu kepada Umno yang boleh diheret ke sana ke mari.Peringatan keras dari warga pemuda PAS Dun Jengka wajar juga disampaikan kepada pihak Majlis Daerah,bahawa pemuda PAS sedang bersiap sedia untuk menghijaukan setiap simpang utama di semua rancangan Felda di Jengka seandainya tempoh 48 jam yang diberi tidak diendahkan oleh mereka.

Ya! jangan ajar anak harimau makan daging!Cepat pasang semula bendera PAS,dan robohkan signboard BN berhampiran Tasik Jaya!.

2 comments:

ajak_isa said...

saya bagicadangan supaya bendera baru dipasang disebelah kedai w/shop mi.atau dlm ladang sikit,mungkin puak zionis tak ceroboh kot.dengar cerita najib nak lalu kawasan jengka dulu..tapi puak tu memang takut tengok bulan disiang hari.

Pak Tam Jengka said...

salam ustaz..

minta ustaz post kan gambar kat Jengka 15 tu.. saya tngok keadaam skrang lagi meriah dari dulu, jalan kat j.15 dah di'hijau'kan.. seronok tengok, heheh.. letak gambar tu kat blog ustaz. msti rami orng tngok