Wednesday, July 15, 2009

Pengumuman Penting Esok!

Pengumuman penting 5.28 petang esok ,Khamis 16 Julai.Betulkan kiblat anda.

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini
TAWAU 13 Julai - Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.- BERNAMA

2 comments:

abdrahim kassim said...

kalau tersasar, sembahyang sah tak?

kalam nd kota said...

mgadap kiblat hanya dgn dzan bukan yakin.org dpn kaabah je yg tepat.yg saya belajar sah ler.