Walaupun Isa Samad masih sihat dan aktif di Telok Kemang,tapi kelihatannya Umno begitu sukar mencari calon yang sesuai untuk diletakkan di Bagan Pinang.Bekas MB yang dipalit dengan berbagai Lumpur itu tak pernah ada dalam hati Mohammad Hasan selaku teraju utama negeri beradat itu.
Membiarkan Isa bertanding bagai menyarung tali gantung ke leher Pengerusi Perhubungan Umno itu.Kalau Isa menang dengan hanya menjadi YB biasa samalah seperti Dris Jusoh di Terengganu yang tak sudah sudah memeningkan kepala Ahmad Said.Kalau Najib benar benar tak berkenan lagi dengan MB yang menjadi punca Pakatan menang besar di Negeri Sembilan,maka pendeklah umur Mat Hasan.Isa balik jadi MB,Mat Hasan hanya jadi YB saje.
Kalau Mat Hasan cantas Isa Samad dengan meletak calon tajaannya,alamat PAS akan dapat satu lagi kerusi.Itulah dilemanya.Diluah mati omak,kut ditolan mati bapaknya.
PAS Ada Banyak Pilihan Calon
PAS boleh terus meletakkan calonnya yang dahulu Hj Ramli untuk bertanding sekali lagi dalam pilihanraya kecil ini.Hj Ramli,ahli perniagaan yang juga bekas tentera sudah dikenali ramai di Bagan Pinang.Tanpa undi pos,Hj Ramli hanya kalah sekitar 400 undi sahaja dalam PRU lalu.Tiga UPU dikawasan estet telah memihak kepada beliau.Pastinya dengan berbagai isu,undi dari masyarakat India untuk PAS akan meningkat lebih tinggi lagi .
Kalau PAS mahu tokoh lain,Dr Rosli Yaakop adalah salah seorang tokoh yang sesuai.Dia yang baru menyambung kontraknya di Bangladesh setahun lagi boleh dipanggil pulang untuk hadapi calon BN.Bekas orang besar Bank Negara itu tak perlu lagi diperkenalkan di Bagan Pinang.Beliau bekas YDP PAS Telok Kemang dan pernah menentang Isa Samad di DUN Linggi.Kaum keluarganya ramai di sana.Kepakarannya dalam ekonomi pastinya memeriahkan sidang DUN Negeri Sembilan
Nama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad omar juga khabarnya disebut sebut sebagai senarai calon yang dicadangkan oleh negeri untuk bertanding.Zul juga dikenali ramai dan mempunyai hubungan baik dengan kaum Cina dan India..Kejayaannya menangani isu di Broga turut menjulang namanya dalam politik Negeri Sembilan.Beliau juga seorang pemimpin yang lantang dan berani yang sangat diperlukan di DUN Negeri Sembilan.
PAS juga ada Ustaz Kasim Tahir tokoh ulama yang dikenali ramai.Bahkan sebelum bersama PAS ,Isa samad turut berguru dengannya.Ahli ahli Umno di Telok Kemang masih menghormati beliau walaupun telah bersama PAS.
Agensi Kerajaan Dah Mula Menjadi Jentera Kempen BN
Semalam di Bagan Pinang saya terserempak dengan Shahrizat Jalil beserta rombongannya.cuba memikat hati pengundi di Bagan Pinang.Bersama beliau Dato Suhaimi Ibrahim siap dengan iringan jurugambar.Turut kelihatan kenderaan beberapa agensi kerajaan yang sepatutnya dari dulu lagi telah turun membantu rakyat bukan musim pilihanraya aje.
Tunggu Anak Bulan di Telok Kemang,Mak Bulan di Bagan Pinang
Walaupun Umno yakin partinya akan terus pertahan Bagan Pinang,apopun malam ni Tok Mufti dan pembesar pembesar Neghori Sembilan nak nengok bulan muncul kat Telok Kemang,kalau tak muncul jugak, tak rayo lah kito esok..Kalau malam ni nampak anaknya,mudah mudahan omaknya pula muncul kat Bagan Pinang 11 Oktober nanti.
No comments:
Post a Comment