Friday, September 4, 2009

Kunjungan Izrail Yang Bakal Memadamkan Keangkuhan Najib

SPR mungkin merasakan mereka telah berjaya menyelamatkan air muka Najib dari di malukan oleh rakyat Seputeh apabila menafikan kewajaran mengadakan pilihanraya di DUN tersebut.

Namun lena Najib tidak panjang.Belumpun sempat dibuai mimpi indah,kehadiran Malaikat Izrail menjemput ADUN Bagan Pinang pulang 2.30 petang tadi cukup menyiksakan.Kali ini SPR hanya mampu berputih mata.Najib tak mampu nak minta tolong pada segala hulubalangnya untuk membatalkan pilihanraya kecil yang bakal menaikkan darah tingginya.

Musa Hasan yang disambung nyawanya,tak dapat nak membantu.Kalaulah boleh,mahu juga dikerahkan segala polis dan FRU untuk menghalang kunjungan Malaikat Izrail bertemu wakil rakyat di negeri beradat itu sebagaimana budak budak Musa di Perak dapat dikerah menghalang ADUN ADUN Pakatan Rakyat di Perak dari bersidang.Mahu juga rasanya Hospital Pakar Tuanku Jaafar itu dipagari FRU supaya si Pencabut Nyawa tidak dapat lolos ke dalam.Tapi tak mungkin.
Kalaulah mampu agaknya,mahu dirasuah saja Malaikat Izrail itu.Tapi sayang malaikat yang dicipta dari 'nur' itu tak perlu makan minum,tak perlukan uang untuk berbelanja mewah.Dia hanya lah makhluk yang diciptakan untuk tunduk kepada perintah Allah.Kalau boleh dibawa berbincang ,mungkin malaikat pencabut nyawa itu disarankan tidak mengambil nyawa mana mana Yang Berhormat baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat sekurang kurangnya hingga pilihanraya umum akan datang.Tetapi segalanya tidak mungkin.
Najib terpaksa akur dengan kekuasaan Allah.Tiada lagi keangkuhan buat kamu.Saatnya sekarang bukan lagi berlawan dengan rakyat marhain yang boleh dijual beli,tetapi hadapi sendiri Sang Pencipta yang bakal memusnahkan segala kezaliman,keangkuhan.Mudah mudahan doa rakyat jelata di bulan Ramadhan al mubarak ini sekali lagi bakal menewaskan kesombongan Najib dan segala sekutunya.Amin ya rabbal alamin.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Pemergiannya luar pengetahuan manusia,semoga rohnya diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang Yang Saleh.Semoga keluarga allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian.

SPR tepaksa mengadakan pilihanraya di Dun tersebut.Parti-parti politik akan bertempur di medan pilihanraya,masing-masing mengatur strategi untuk memenangi dun tersebut.

Bukannya laluan mudah bagi kedua-dua parti baik UBN @ PR, kelebihan masih memihak kepada UBN disebabkan Dun tersebut terdapat 4,900 lebih pengundi tentera.

PR khasnya PAS (berdasarkan kerusi PR 12) terpaksa bekerja keras untk membongkar "kawalan" pihak UBN terhadap pengundi tentera.Jika PR @ PAS berjaya membongkar kawalan tersebut, peluang PAS memenangi Dun tersebut sangat cerah.

UBN pula sudah jelas akan kehilangan sokongan dan undi 19% lebih undi orang India terutama kesan sokongan UMNO terhadap demontrasi mengarak kepala lembu baru-baru ini.Selain itu UMNO juga akan terus kehilangan undi orang-orang Cina kerana sikap perkaumannya.

PR @ PAS perlu bijak mengeksploit isu-isu lokal dan nasional untuk mendapatkan undi Melayu.Kita sambung dilain masa..

Zulkarnain said...

salam,

ape ko merepek ni? kalu dah ajal tu, ajal je la. ape kene mengena ngan najib plak? bn pun setakat ni takda masalah nak pilihanraya. tak kira atas sebab ape (kecuali pasal adun pkr nak "berehat" tu). tak payah la nak over acting konon macam bn takut sangat dengan pilihanraya ni. kalau menang, menang la. kalau kalah, kalah la. yang penting dah dilantik jadi adun, pegi la buat keje. takyah la politik 24jam.

setakat nak cakap "umno semakin dibenci" / "umno hilang sokongan" bla bla, terima la hakikat. kerajaan yang memerintah sekarang ni tunjangnya umno. mari kita cerita hakikat:

perdana menteri Malaysia = umno
kerajaan Malaysia = umno(bn)

sentuh pasal ajal maut ni, ajal maut pun hakikat. cuma kalau nak cakap orang islam dalam umno cuma sampai kubur je, itu nyata bukan hakikat. itu hak Allah. awas. jangan kerana politik ko tunggang agama.