Tuesday, September 29, 2009

Dari Bagan Pinang

Pengumuman Calon PAS Malam Ini

Saya sekarang sedang berada di Bagan Pinang membantu kerja kerja awal untuk PRK Bagan Pinang sebelum penamaan calon pada 3 Oktober ini.Malam ini Presiden PAS akan mengistiharkan nama tokoh yang akan bertanding mewakili PAS di PRK ini.Ceramah umum pengistiharannya akan dibuat di Batu 9,Telok Kemang.

Penyokong Isa Mula Mengugut.

Ahli ahli Umno Telok Kemang yang mahukan pemimpin mereka Isa Samad menjadi calon telah mula menggertak pimpinan Umno negeri dan pusat supaya mencalonkan Isa di PRK ini.
Sebelum Zohor tadi saya dimaklumkan terdapat beberapa sepanduk di pasang penyokong Isa sekitar Bagan Pinang yang memberi amaran keras kepada kepimpinan supaya jangan mengenepikan Isa.Muktamadnya calon BN akan diistiharkan petang ini oleh PM dalam Jamuan Raya di Telok Kemang.Kita tengok siapa yang kena!

Pengundi Bagan Pinang Panjang panjang umurnya.

Dari malam tadi saya sempat membelek belek buku daftar pemilih yang bakal digunakan untuk PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti.Kami dari Pahang menjaga peti undi kawasan estat Ladang Sua Betong yang mengandungi 835 pengundi yang majoritinya kaum india.
Dari senarai yang sempat dilihat,terdapat seorang pengundi lahir pada 12 Oktober 1909.Umurnya genap 100 tahun selepas mengundi nanti.Ada sepuluh orang berusia antara 91 hingga 100,20 orang berumur 80-90 tahun,24 orang berusia 75-79,42 orang berumur 70-74 tahun,51 orang berusia antara 65-69 tahun.Pekerja pekerja estet ni guna formula apa boleh hidup sampai seratus tahun?

Dalam UPU lain ada pengundi yang berusia 105 tahun!!SPR saja tau jawapan kenapa mereka panjang umur.Panjang umur mereka ,panjang lah umur Umno,agak nye!

Awas petugas PAS,jaga kawasan kubur sama,bimbang ramai yang nak balik mengundi.Kalau dapat balik,tentu mereka nak cari 'kapal layar'.

Apa nak jadi dengan SPR yang masih tak mampu nak bersihkan nama pengundi mati yang sempat sezaman dengan Tok Janggut dan Mat Kilau dari daftar pemilih.




No comments: