Tuesday, October 13, 2009

'Perasuah Godang' Kembali Ke DUN N9

Sejak Khamis lalu saya di Bagan Pinang bersama Ustaz Shahril Ketua Pemuda PAS Kuala Krau serta 20 orang lagi petugas pemuda kawasan yang berkampung di sana.Pulang ke Jengka malam Isnin.Pagi semalam bergegas semula ke Jempol kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Pagi ini barulah free sikit,sempatlah jenguk jenguk blog yang banyak hari tak di update.

Mengenai kemenangan 'perasuah godang' Tan Sri Isa,sejak awal lagi saya jangka kan beliau akan menang cuma tidak lah sebesar keputusan yang diumumkan.3o tahun beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Telok Kemang,22 tahun menjadi Menteri Besar.Tentunya dari kanak kanak tadika hingga nenek tua,pasti mengenalinya.

Seperti yang disebut Tuan Guru Mursyidul Am,kemenangan Isa pastinya akan menjadi beban buat BN.Kembalinya 'perasuah godang' ini ke DUN N9 cukup menyiksakan juak juak MB yang meluat dengan bekas MB paling lama di Negeri Sembilan dan paling banyak menjual tanah kepada bangsa asing.Tanpa kedudukan selesa di DUN Negeri Sembilan,Isa bakal menjadi jelmaan Deris Jusuh di Terengganu,dan tiba gilirannya Mat Hasan akan jadi Mat Said MB Terengganu yang terganggu tugasnya dek kerana adanya seorang bekas MB yang ditolak istana di DUN Terengganu.

Kepada petugas PAS dan penyokong,usah bersedih ,kita masih mendahului.Kuala Terengganu berjaya kita rampas,semua enam kerusi PR kita pertahankan dalam PRK sebelum ini.BN hanya mampu merampas kerusi PR di Perak dan Kedah dengan cara tidak bermaruah.Calon yang kembali ke DUN N9 itu tokoh rasuah ternama yang bakal menambah barah dalam Umno.Biarkan mereka berpesta sehari dua untuk merayakan 'perasuah godang' .Tunggu esok lusa mereka akan bercakaran sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.Terus bersiap untuk PRU,kita ada kerja yang lebih besar.

No comments: