Friday, October 30, 2009

Rosmah Nak Perkenalkan Islam Di Sweden!

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan kerjasama dengan raja dan permaisuri Sweden bagi melakukan kerja-kerja amal dan mengutip derma untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh dunia.

Rosmah berkata, beliau telah berbincang bagaimana kerjasama dengan pihak raja dan permaisuri Sweden boleh dilakukan untuk mengutip derma dan hasilnya disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan.

“Saya merasakan dengan cara begini Malaysia boleh membantu mereka yang memerlukan bantuan di samping mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjung hormat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pengakap Sedunia (YPS), John Geoghegan bersama penasihat yayasan itu, Peter Michelson di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam perbincangan dengan John yang bekerja rapat dengan raja Sweden selaku penaung YPS, beberapa aktiviti termasuk mengutip derma akan diadakan bersama dan perkara itu akan diperhalusi bersama raja itu.

Rosmah berkata, pihaknya juga telah membuat perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen berciri Islam di Monte Carlo tahun depan dan seterusnya di negara-negara lain.

Pertunjukan ini katanya, bagi menerangkan kepada yang tidak memahami agama itu melihat sendiri dan membuat penilaian bahawa Islam bukan agama kolot, agresif dan juga bukan pengganas.

“Walaupun kita Islam tetapi mempunyai minda yang progresif dan seterusnya ingin menunjukkan perkara ini melalui pertunjukan fesyen berciri Islam.

“Kita inginkan masyarakat seluruh dunia faham bahawa Islam agama sederhana, tidak agresif tetapi progresif, ” ujarnya.
Ulasan:
Betul ,Islam tidak ganas.Yang ganas ,sape yang guna C4 letupkan Altantuya.Islam agama sederhana,yang melampau orang yang habiskan duit rakyat berbelanja besar kat luar negara.

1 comment:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

cakap pasal Islam,tapi aurat terbuka...heheheheh.