Thursday, February 25, 2010

200 Wakil Peneroka Gegar Suhakam


Kehadiran 200 orang aktivis peneroka dari seluruh negara yang berkumpul di hadapan Pejabat SUHAKAM petang semalam berjaya menarik perhatian masyarakat awam dan pihak media yang tertanya tanya ,apa yang tidak kena dengan Felda?

Selamat ini agensi yang menguruskan pentadbiran tanah dan perladangan terbesar itu dilihat begitu gah sekali dengan kejayaan kejayaan yang digembar gemburkan kehebatan dan kejayaannya.

Tetapi semalam,bukan sekadar orang awam,pihak SUHAKAM sendiri bagaikan tidak percaya dengan aduan penyelewengan,salah laku dan penindasan pihak Felda ke atas peneroka.


Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Khalid Ibrahim yang mendengar aduan itu dalam responsnya mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.

Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.

"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini dan akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.

Sementara itu Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.

Pengerusinya ,Mazlan Aliman berkata,untuk lebih adil, pihaknya meminta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut.

Dakam himounan semalam Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.

Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.

Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.

Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.

14 comments:

cucutokgajah said...

persatuan ANAK adalah persatuan haram tidak berdaftar dengan ROS.....ianya hanya kepentingan individu dan tektik kotor parti politik pembangkang untuk memporak perandakan felda yang selama ini aman dan damai......bertaubat la wahai mazlan....

Anonymous said...

Cucu tok gajah tolong hurai apa kepentingan individu yg dimaksudkan.

Kalau ada masa tolong sanggah buku Mazlan Aliman Felda Dulu Tolong Sekarang Along secara profesional.

Sdr ni tentu dr juak juak MBFM yang pemimpoinnya tak de telor belaka.

MBFM kat Jengka ni pun pertubuhan haram.Perwakilan dari cwgn yg tak pernah msyuarat agong sepuluh tahun boleh masuk jd perwakilan.Ade yg jd exco peringkat wilayah lagi.

MBFM memang jelas utk kpntingan individu macam Rahman Basri & kroninya kat Jengka.

benci pengkhianat said...

sape yg dok kate 'mbfm kat jengka' haram?korang r yg haram..jgn ckp ikut sedap mulut jer tanpe usul perikse.kami pertubuhan ade perlembagaan dan didftrkn..ANAK yg HARAM!!!

rakanmuda said...

Yang pastinya buku ini yang ditulis oleh Mazlan Aliman dan orang yang sefahaman dengan nya adalah manusia yang tidak kenal untung dan reti bersyukur.... meminta minta dan sejenis insan yang suka goyang kaki tapi poket lebat... orang begini tidak akan pernah rasa cukup dengan apa yang dinikmatinya sekarang... padahal ramai mak bapak dulu duk merempat kat kampung tanah sekangkang kera pun tak ada, ada yang tak ada kerja, nak bagi makan anak pun tak ada duit.... tapi bila dah tolong generasi pertama.. generasi kedua nak juga ape yang dinik mati oleh orang tuanya... ni keturunan ape ni? keturunan meminta2 atau mang keturunan wat wat susah atau malas?? pelik kan... orang-orang dikampung tradisional tak ada sangat pun kemudahan hidup jauh lebih susah dari yang duk Felda tapi semangat dan cara survival dia bagus dan dia lebih maju dari generasi felda... tapi mengapa generasi felda tak abih2 dengan sikap meminta2 itu dan ini dari felda yang telah membantu generasi mak dan bapak kita dulu? isu ini dibaca oleh pelbagai kaum dan tidak kah geng2 ANAK ni malu dengan sikap yang mejoriti besarnya adalah Malayu yang duk Felda dan mempunyai sikap teruk dan buruk ni....

Sebab itu memang patut orang lain memandang hina mereka yang meminta minta ini... sangat memalukan .. ini lah ANAK.. dan inilah yang sedih dengan perangai orang melayu

remaja said...

MBFM HANYA AGEN POLITIK UMNNO SAHAJA. MBFM HANYA PANDAI MENUDING JARI DAN MENGKRTIIK KESALAHAN ORANG LAIN. TIADA SATU PROGRAM PUN UNTUK BELIA FELDA YANG DIJALANKAN MBFM.
KALA ADA PUN HANYA BERSIFAT HIBURAN DAN ADA AGENDA POLITIK.MBFM SILA AJAK BELIA FELDA KE MASJID SOLAT BERJEMAAH . !!!!!!

Budak Keratong said...

Rakan muda:Mak bapak kamu agaknya peminta sedekah kut.Kami masuk Felda bukan percuma.semua berbayar.cangkul,parang,sabit,ade ke yang free.Yg ANAK tuntut adalah hak peneroka,nukan hak Felda.Tolong sedar diri.

Yg meminta minta adalah Felda.Duit tanam semula hak peneroka,tetapi kenapa Felda tak serah balik.Salah kah kita menuntut hak kita?

Yang goyang kaki,poket lebat juak juak MBFM lah.sape lagi.Guna nama MBF dapat projek.ahli ahlinya dapat kuah pun tidak.

Sedarlah diri.tengoklah Mazlan Aliman hidupnya sederhana.round Malaysia jumpa beribu peneroka dengar masalah mereka.bukan macam MBF ,berkokok jer lebih,telor tak de pun.tak pernah nak tau masalah peneroka,,gen2.yg tau ampu sana ampu sini.Sedarlah sape yg hina sebenarnya.

Membiarkan Felda kencing atas kepala mak bapa sendiri.Sedihnya.seolah olah peneroka macam peminta sedekah.

remaja said...

MBFM NAK JAGA SURVIVAL POLITIK UMNO KAT TANAH RANCANGAN AJEEE!!!! NAK JAGA PERIUK NASI AJEEE. JOM BERDEBAT DENGAN MBFM DISINI.


http://www.facebook.com/search/?q=iklan&init=quick#!/group.php?gid=104889596196&ref=ts

Anonymous said...

setuju ngan budak keratong..aku rasa rakanmuda ni bkn anak peneroka felda lah..sbb mcm tak tau je isu dlm felda..

remaja said...

Puak-puak Umno ni, memang kuat sokong Felda. Walaupun Felda dibangunkan Umno, kalau ada yang silap kita tegurlah, janganlah sokong membabi buta macam kobau dicucuk hidung !!!!Duduk Felda mesti sokong Umno ke macam MBFM ? Mbfm memang proksi Umno, nak jaga perutlah kataka huhhu....

remaja said...
This comment has been removed by the author.
remaja said...

Jom kita berdebat dengan puak umno pasal Felda di Facebook "Saya Warga Felda".

Atau di Facebook "Felda 1community".

remaja said...

Jom bereebat dengan geng Umno di Facebook "1feldacommunity".

Anonymous said...

mohd,tak betul tu Felda tu dibangunkan Umno.Org di Jengka ramai masuk Felda masa Dato Asri jadi Menteri Tanah.

Anonymous said...

JKKR daftar dgn ROS ke?Halal ke haram?