Menurut Ketuanya ,Shahril Azman Abdul Halim,pihak UiTM Jengka yang telah mengizinkan intitusi tersebut digunakan untuk Konvensyen Umno bermula 19 hingga 21 February ini sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati.
Tambahnya,ketika pihak UiTM
Shahril yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang berkata ,ini bukanlah kali pertama Umno dapat menggunakan UiTM Jengka untuk aktiviti mereka.
"Umno Bahagian Kuala Krau pun dah beberapa kali menjadikan UiTM seperti Bangunan Umno,mesyuarat bahagiannya dan lain lain lagi dibuat di sini",ujar beliau.
Pemuda PAS juga kesal kerana pihak pengurusan UiTM sanggup menyusahkan pelajar pelajar untuk mengosongkan asrama mereka semata mata untuk dijadikan penginapan peserta Konvensyen yang dianggarkan berjumlah 2000 orang.
Sementara itu di Kuala Lumpur,Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Hj Ahmad mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status penggunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka sebagai lokasi program Konvensyen Umno Pahang
Katanya PAS juga mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat itu untuk program konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, konvensyen itu diadakan dari 19 hingga 21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 1974 yang tidak membenarkan program politik diadakan di universiti berkenaan.
Menurutnya, walaupun ada peruntukan ‘dengan kebenaran menteri’ tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.
“PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk menggunakan fasiliti rakyat itu,” katanya.
Menurutnya lagi, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam menggunakan fasiliti rakyat.
Malah pada tahun lepas, katanya Umno pernah diheret ke mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihan raya 2008.
“Apakah Umno menggunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno,” tanya beliau.
Beliau berkata, rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, di mana UiTM tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.
Katanya, PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan.
3 comments:
1. Sekarang cuti semester...lain kali tanya la dulu
2. Bukan buat dihotel mewah , buat dalam kawasan bangunan Kerajaan ( UMNO BN yang memerintah ).
3. Bukan ada staff Uitm jadi peserta
4. Tak dijanjikan dengan surga tetapi budi yang baik..bukan paksaan macam unisel di selangor
ngok....
1.Hei Anonymous.
"Bukan buat dihotel mewah , buat dalam kawasan bangunan Kerajaan".
UiTM tu bapak hangpa punya ka?
2."Bukan ada staff Uitm jadi peserta".
Apa kejadahnya adik aku yg blajar kat situ bawa balik borang Umno?
3."Tak dijanjikan dengan surga tetapi budi yang baik..bukan paksaan macam unisel di selangor"
Ya ke tak paksa?Lepas PRU 1999,hang tau tak hampir 20 pensyarah UiTM Jengka ditukar kan kerana org org cerdik ni tak nak undi calon BN.
Janganlah bodoh sampai ke tua.
UiTM jengka tu umno punya,,biar lah dia buat apapun kat situ..
Post a Comment