Wednesday, February 10, 2010

Awas Peniaga Melayu Bandar Jengka!

Peniaga di Bandar Jengka kebelakangan ini gusar sekali apabila beberapa deret kedai yang dalam pembinaan telahpun dibeli peniaga Cina.Di tengah-tengah Pekan Melayu yang masih ramai peniaga peniaga Melayu yang mahu berniaga,tak sepatutnya mereka diketepikan.

Isunya bukan perkauman.Tapi kalau ada Cina Town,kenapa tak boleh ada Malay Town!Peniaga peniaga melayu ini bimbang sekali kalau ada peniaga Cina di Bandar Jengka,ramailah peniaga melayu yang gulung tikar.Bandar Jengka ini dibangunkan pemimpin terdahulu untuk bantu orang Melayu belajar berdikari.


Cumanya kadangkala orang Melayu ni mudah lupa,siapa yang nak bawa masuk Cina tu?Katanya projek yang sedang dibina adalah projek Dato Zainal Hasan bekas ADUN Jengka dan Exco yang kalah di tangan Dato Tuan Ibrahim.Siapa Dato Zainal?Itulah pemimpin Umno.

Tetapi ada beberapa kerat yang jadi hero melayu di Bandar Jengka cuba nak menafikan itu semua.Lebih kelakar lagi,hero melayu itu lah juga orangnya di belakang Cina MCA yang nak buka pusat snoker di belakang Balora Mastika suatu ketika dulu.Bila rakyat bersama PAS yang menang ketika itu gerakkan penentangan terhadap Pusat Snoker itu,si mamat ni pun buat bantahan juga.Dia jadi hero dalam semua keadaan.

Dengar ceritanya dia juga tak sabar-sabar nak tengok rumah orang Melayu di Pekan Matau tu di seredok burdozer.

Jadi hati hatilah peniaga peniaga Melayu semua.Jangan ,nak lari dari mulut buaya,terlepas ke mulut rimau pula.
Gambar Hiasan:KFC Yang Baru Dibuka Di Bandar Jengka

15 comments:

al-mankaraqi said...

oh melayu jengka............

Anonymous said...

kalau nak harapkan pas..dah lama kena jual bandar jengka nih...napa tak tanya jusuh dagang berapa dapat duit sewa cina sebulan dijgka 15...

Budak Jengka said...

Zainal hasan yang bawa masuk Cina tu PAS ke?

Man 15 said...

Apa kena mengena Jusoh Dagang dgn PAS?Pimpinan,Ajk,ahli! Bercakap biar ada fakta.Dia tak masuk politik mana2.Pernah ke dia bayar yuran PAS?

remaja said...

sebarang masalah Di DUN Jengka, boleh hubungi adun jengka yb wan salman melalui Facebook Orang Jengka.

Boleh search kat google..

remaja said...

di jemput ke konvensyen peneroka kebangsaan pada 20 Februari ini di kg temin Jerantut jam 8 pagi.

remaja said...

himpunan 10 ribu peneroka serah memo kepada suhakam pada 24 februari ini 2 petang di pejabat suhakam jalan raja laut, kl

-pahangdaily.blogspot

Anonymous said...

Sistem perkonomian Cina lebih kepada sama sama cari makan. jadi tolak tepi permainan ras

Anonymous said...

Yusof Dagang memang bukan ahli PAS tapi Dia banyak melabur untuk org-org PAS jangan ingat kami tidak tahu.

Anonymous said...

"Bila rakyat bersama PAS yang menang ketika itu gerakkan penentangan terhadap Pusat Snoker itu,si mamat ni pun buat bantahan juga.Dia jadi hero dalam semua keadaan."
pengkhianat atau penyelamat... pikir2 la sndri...

Anonymous said...

ni mslh melayu bkn mslah parti... mlyu asyik gdh soal parti jd jgn slhkan cina bila gnakan pluang yg org mlyu xnak gnakan. cb mlyyu bergabg xkra prti utk bgnkan jengka jd cina xblh nak ambk ksmpatan

Anonymous said...

melayu sama melayu selingsing lengan
cina senang hati bertepuk tangan

Norzahari Othman said...

Assalaamualaikum,
mohon kawan2 kalau ada homestay dekat dengan UiTM Jengka, Pahang boleh tolong sms/wassap saya di nombor 012-655 0872 sebelum 15 Mei 2015. terima kasih atas pertolongan

zool said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Anonymous said...

Smua ni mcm PAS pnya org nak guna isu2 perkauman utk pisahkan org Jengka.