Friday, March 12, 2010

Nasihat Buat OCPD Raub


OCPD Raub barangkali tidak kenal OKT yang ditahan 9 Mac lalu yang dituduh menceroboh apabila dengan penuh yakin memberi peringatan kepada Presiden ANAK kononnya beliau telah melanggar Akta GSA ,menceroboh Felda Lembah Klau.

Cerita Mazlan kepada kami,OCPD itu dengan penuh yakin berkata kepadanya bahawa beliau melakukan kesalahan menceroboh. Felda ni ada tuannya,iaitu Pengurus .Kata OCPD tersebut kepada beliau.Barangkali OCPD itu menyangka Mazlan hanya seorang budak kampungan Felda yang tak berpendidikan.

Kalau lah Mazlan yang ditahan itu seorang ketua samseng ,dia boleh sahaja ketawa terbahak bahak sambil mengurut misai mendengar leteran Ketua Polis yang boleh saja dianggap ‘bagaikan itik mengajar ayam berkokok’.

Tetapi OCPD itu bernasib baik ,dia tidak dimalukan dihadapan anak buahnya,kerana OKT bernama Mazlan adalah pimpinan generasi kedua Felda yang telah mendapat tarbiyyah alim ulama sepanjang tempoh 20 tahun lalu.Dia tidak diajar mengaibkan orang,apatah lagi seorang yang berkedudukan tinggi.Dia memilih untuk bersabar kerana masuk lokap bukan perkara asing bagi pejuang rakyat seperti beliau.Ini kali ke lapan beliau dipaksa berehat di lokap.

OCPD itu boleh sahaja bercakap tentang Akta Polis,Kanun Keseksaan dan lainnya yang masih berada dalam ruang maklumatnya.Tetapi apabila dia bercakap tentang Akta GSA yang Mazlan lebih arif tentangnya,tentulah menampakkan ‘standard’ sebenar Ketua Polis itu.Dia tidak lebih hanya melaksanakan tugas orang lain yang dia sendiri tidak faham.

Inilah senario yang berlaku di bawah Umno/BN apabila orang orang cerdik daripada guru guru hinggalah Ketua Hakim Negara memilih untuk dicucuk hidung dari bertindak adil dalam setiap pekerjaan.

Nasihat berguna buat OCPD Raub bersama anak buahnya dari Mazlan sebaik selesai memberi keterangan semalam wajarlah direnung sang ketua yang bertanggungjawab melindungi keselamatan orang ramai.Pesan Mazlan kepada OCPD,Pegawai Penyiasat dan untuk semua anggota polis supaya banyak menimba ilmu dan janganlah mendengar dari sebelah pihak.

Apa yang akan berlaku kepada OCPD itu kalau beliau diseret ke mahkamah nanti?Beliau sepatutnya memberi perlindungan kepada si pengadu yang diganggu Pengurus Felda,bukan melokapkannya.Kita tunggukan apakah nasibnya juga turut malang seperti bekas OCPD Rompin.Berubahlah sebelum kamu diubah ke alam yang kekal.

8 comments:

desa abu hassan said...

AS-SALAM MENCARI BERITA...TERUSKAN BERJUANG UNTUK KEADILAN SEJAGAT...!

Gen2Keratong said...

Berjawatan tinggi tak semestinya cerdik. Tak ada jawatan tak semestinya bodoh!
Sedarlah! Hidup kat dunia ni sementera jer. Jangan kerana alasan makan gaji, hidup merana di akhirat selama-lamanya...

budakjengka said...

ANAK.....persatuan haram ,

Anonymous said...

Budak Jengka yang jahil undang undng,ambil lah masa belajar apakah kategori pertubuhan yg dikatkn haram.Jgn ingat bila tak dftar ROS maka haram lah.JKKR daftar tak ?haram ke.

Anonymous said...

sendiri tubuh...sendiri lantik..pastu perasan baguh..ko ingat presiden anak tu maksum ker..pegi la mabuk...

celik it..

Btree Jengka said...

Ape masalahnya sendiri tubuh sendiri lantik?Yg penting ANAK ni ler tempat peneroka mengadu nasib,nak harap ke MBFM,mengampu jer ler..tengok ler ape jd MBF J.16,buat msyuarat Agong,KEtua dgn Ajk tak berani dtg.spesis tak bertelor belaka..yer ker celik IT,ke jenis rabun juga?

Anonymous said...

MBFM:Majlis Budak Felda Merapu

Anonymous said...

di sini ada lagi celik IT..kesian..sepatutnya hujah lawan hujah..ni kata mabuk sana sini..apa raa..kalau tak reti nak berhujah dgn fakta atau sekurang-kurangnya nampak cerdik la sikit,, tak payah komen kat blog2 k..siuh,,siuh... teruskan main game ye celik IT..kesian

celik tadika