Saturday, March 13, 2010

Tan Aminudin 'Rabun' Keperitan Peneroka

Dato Tan Aminudin Exco Pertanian Asas Tani Negeri Pahang dilaporkan media berkata,peneroka yang menentang Felda hendaklah menyerah kembali hak milik mereka kepada Felda bagi membolehkan generasi kedua yang berminat menyertai Felda.

Saya tak tau nak ulas apa lagi bila yang bercakapnya seorang Exco dan pernah jadi Timbalan Menteri Besar Pahang.Kesian saya ke Dato Tan,rabun sungguh dia tentang keperitan peneroka.Kalau yang bercakapnya budak budak nakal yang selalu bagi komen tidak cerdik diblog saya,tak lah menghairankan.

'Budak budak nakal' yang selalu ketagih demontrasi termasuk demontrasi bakar buku dan demo riben jingga ini selama ini memikirkan mak ayah mereka peneroka Felda ini seperti pengemis yang hanya harap bantuan orang ramai.Mereka barangkali ingat rumah yang mereka dibesarkan itu hasil sedekah daripada Felda.Begitulah juga ladang sawit dan getah yang diusahakan ibu bapa mereka sejak 30 tahun lalu sumbangan ehsan daripada Felda .Mereka mungkin rasa seolah olah mak ayah mereka ini menumpang di tanah Felda.

Budak budak nakal ini mungkin tak sempat membesar di zaman peneroka makan sara hidup.Mereka celik mata,rumah mereka dah besar.dah ada kenderaan.Geran dah diperolehi.Mereka tak sempat tengok ayah mereka pergi rollcall setiap pagi hingga ada yang tak sempat solat Subuh!Bimbang takut dipotong sara hidup.Mereka pun tak pernah tengok pasheet gaji ayah mereka yang penuh dengan senarai panjang potongan yang dikenakan oleh Felda.Belum lagi dikira senarai potongan denda denda yang dikenakan.


Gelagat budak budak nakal yang mengampu Felda ni memang patut sangat lah,mereka pun tak tau nak buat apa.Dapat projek buat padang bola sampai cecah ratus ribu,duit habis,padang bola jadi padang ragut!Lepas tu masuk surat khabar minta lagi peruntukkan untuk repair padang bola yang tak pernah guna.Dapat projek kolam ikan,ikan tak nampak,ular sawa yang gemuk.


Tapi tak kan 'standard' Dato Tan sama level 'budak budak nakal' pulak?Buat lah kajian sikit bila nak bercakap.Jangan sampai orang Chenor pun ketawa!



3 comments:

Anonymous said...

media mana tu weh...laporannya..tepat dari sumber??????berenti la weh...fitnah lebih teruk dari membunuh...

celik IT

Tukulbesi said...

Kesian Celik IT rabun maklumat.Buka Sinar Harian Jumaat lepas.tak der benda fitnah nya.Dato shaniza pun pernah cakap benda sama bbrp minggu lepas.Ikut ker perkmbangan?

Anonymous said...

celik IT! nama gempak, membaca pun malas..apa raa.sinar dlm bhs melayu pun malas baca, kenyataan pemimpin sendiri pun malas baca, tp ngaku celik IT..celik apa di IT itu?main game atau..........?

fitnah lebih teruk dari membunuh,, malas membca lebih teruk dari budak tadika...huhu..

suzen celik tadika..