Thursday, August 14, 2008

Gempar! 5000 Pelajar Bertelur Selepas Disuntik Pil Subur

Seorang bomoh bergelar Tok Misai merangkap Profesor Kangkong dari sebuah institusi pengajian di negara ini berjaya mencipta pil subur untuk pelajar-pelajarnya yang tidak pernah bertelur sejak beberapa dekad lalu walaupun sering mengawan.

Selasa lalu lebih 5000 pelajar yang diternak oleh Tok Misai sejak sekian lama telah mengejutkan dunia penternakan negara ini apabila mereka telah bertelur beramai-ramai hanya beberapa hari selepas Tok Misai menyuntikkan pil subur secara paksa kepada mereka.

Akhbar utama semalam melaporkan,kumpulan ini telah keluar beramai-ramai dari sarang masing masing lengkap memakai barut dengan berbagai ragam,ketawa,sedih ,marah berarak ke Pusat Pentadbiran Negeri Termaju di negara ini untuk menyertai Pesta Bertelor Terbesar di negara ini.

Namun demikian tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang Pesta Bertelor ituSeorang pelayar siber yang berpusat di negeri Penyu Bertelor melaporkan ,seandainya pihak berkuasa menyekat pesta yang tidak ada permit itu dengan menghantar Tukang Sebat Bertopi Merah,nescaya kumpulan ini akan lari lintang pukang meninggalkan ketua perarakan.

Lebih membimbangkan juga pencemaran alam dengan bau busuk akan berlaku akibat ribuan telor akan berciciran dan bersepahan di seluruh Pusat Pentadbiran Negeri Termaju itu.

Sehingga tengahari ini berbagai pihak masih belum dapat mempastikan apakah formula yang digunakan oleh bomoh Tok Misai yang berjaya menghasilkan pil subur terpantas itu.

Sekian laporan dari tukulbesi.blogspot.com untuk rancangan Pelik Tetapi Benar.

Keterangan Gambar:Gambar ini sekadar hisan sahaja,tetapi tak tau ler kalau memang dia ni yang dikatakan 'Tok Misai' tu.Lu pikirlah sendiri..




2 comments:

Mas said...

telor temelang kut

Anonymous said...

hari ini 14/8/08 keturunan Pelajar Bertelur selepas disuntik pil subur,'reban Jengka'juga melakukan perkara yang sama, lebih kurang 200 merangkak datang diketuai oleh nassier pengawal reban.Dia ni dikatakan suka menyuburkan budaya hiburan di kawasan rebannya,tak nampak sayang dia pada ajaran agama dan adat melayu...kita nak tanya orang bermisai yg jadi ketua dan juga nassier,tak berdemo ke bantah hak istemewa melayu/bumi 'Biasiswa JPA'yg telah diragut?