Beberapa hari lepas,sahabat saya SU Pemuda kawasan forwardkan satu sms yang diterimanya:Tolonglah saya,saya perlukan 30 ribu,penantian jam 9.00 pagi menggerunkan saya.
Apa ceritanya?Seorang peniaga wanita di Nadi Kota,Bandar Jengka telah terpedaya dengan rakan sendiri sehingga dia yang tak berhutang,tiba-tiba dicari Along dalam beberapa hari ini menuntut bayaran hutang dan bunga lebih kurang 30 ribu.
Wanita yang hari-hari dilaluinya penuh derita kerana diburu Along memohon bantuan dari sahabat saya yang lebih dhaif dari dia sendiri.Berapa sangatlah gajinya sebagai SUK kawasan nak bantu wanita yang perlukan RM 30 ribu.
Saya pun hairan juga,walaupun media massa banyak kali paparkan bahana Along tapi masih ramai juga yang terpedaya.Tapi apa nak kata,kadang-kadang keadaan hidup yang mendesak memaksa mereka memilih jalan pintas bagi mendapatkan pinjaman,.Ditambah lagi berbagai kesukaran bagi mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan,kerenah birokrasi dan berbagai-bagai lagi yang sentiasa mencengkam kehidupan,telah mengharuskan segala-galanya berlaku.
Itulah natijah daripada sistem pemerintahan yang tidak berpandukan wahyu ilahi.Kalaulah panduan ilahi menjadi ikutan,selesailah masalah Along dalam negara ini.Tiadalah lagi Along yang bermaharajalela.
Sebelum kisah Along di Nadi Kota,dua minggu lalu kecoh di sebuah masjid dalam daerah Jengka apabila imam baru yang dilantik JAIP tidak disenangi orang ramai kerana moralnya.
Makmun heran,bagaimana seorang yang tak pernah ditolak ke depan menggantikan imam di masjid selama lebih 30 tahun,tiba-tiba disenaraikan sebagai calon imam.Bila temuduga,dia lulus dengan markah agak tinggi kerana bacaan Quran nya yang baik.
Tetapi kenapa makmum menjadi huru hara setiap kali imam baru ini datang ke masjid,ada yang mufarakah,yang buat saf lain,ada yang 'start' motor balik ke rumah!.Tok imam baru pula jenis tak pandang kiri kanan,awal lagi dah tercegat di atas sejadah.
Apabila saya jumpa makmum makmum ini,apa kata mereka?"Kami tak nak ikut Imam 10-2 ".Saya tak berapa faham."Along dah jadi imam" kata mereka.
MasyaAllah,apa nak jadi?Pegawai JAIP pun terkejut dengar cerita."Patutlah saya tengok muka dia macam nak je jawatan imam tu",kata seorang pegawai agama yang berkaitan.
Imam baru tu,memang terkenal dengan kegiatan memberi pinjaman kepada orang ramai yang kesempitan kewangan.Kalau pinjam RM 100,dipotong siap siap RM 20.Bunganya 20 persen,sama yang didapati Tuan Penasihat kepada bapak mertua Tiga Abdul.Tapi dia memang qari dan ada kelulusan agama.Tapi kerana dia Umno,semua boleh.Itu lah cerita ahli kariah berkenaan Imam 10-2
Seorang pegawai masjid berkenaan bercerita kepada saya semalam."Dia(Imam 10-2) pernah cakap,kalau tak de bayaran dia tak sanggup jadi imam.Kiranya setiap rakaat tu ada ler bilangan RM nya.
Bimbangnya kalau pihak berkenaan lewat bayar elaun imamnya,nanti dituntut pulak bunganya.
Seorang bekas pentadbir masjid yang dipilih ahli kariah pernah menegur tentang hal riba .Di jawabnya;kalau nak kira riba,Bank Islam pun kenakan riba.
Budak indon yang kerja kait buah sawit Felda pun terkejut macamana si Along boleh jadi imam.Apa tidaknya ,ladang diserah kepada Felda,ditanam pokok sawit sendiri di tanah rezab,bila nak kutip buah,dikutip sekali yang Felda ,dijual.Cepat ler kaya.
Kenapa boleh jadi begini?Sebabnya Pengerusi Masjid merangkap Pencacai Umno tak bersedia mengangkat nama ahli jemaah yang lain yang selalu mengganti imam sebab mazhab politiknya tak sama,lalu dicari lah dikalangan sesama mazhab politik dan bertemulah Imam 10-2.
Maka bermaharajalelalah Along dari pintu kedai hingga ke tangga masjid.
No comments:
Post a Comment