Thursday, November 19, 2009

PERISTIWA MEMALI:Mengeluarkan Ayahku Dari Umno

Suasana pagi ini 19 November 2009 di Jengka,hujan renyai renyai.Saya teringat 24 tahun yang lalu,20 November 1985 hujan juga renyai renyai seperti hari ini.Saya berjalan kaki menuju kedai makan Arwah Pak Ya dengan rakan seusia yang baru selesai menduduki SRP. Kami hendak membaca akhbar untuk mengetahui apa cerita yang berlaku di utara tanahair.Malam tadi sudah heboh di masjid ,18 orang terkorban dalam satu serangan pihak keselamatan ke atas kubu pengganas di Kampung Memali Mukim Siong Baling ,Kedah.

Sempena ulang tahun ke 24 Peristiwa Berdarah di Memali,saya paparkan kembali posting saya pada tahun lepas yang turut disiarkan akhbar Harakah.Selamat membaca

Hari ini 19 November mengingatkan saya peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dulu di negara kita yang hampir dilupakan oleh umat Islam.Ketika itu saya baru selesai mengambil peperiksaan SRP di SMK Jengka Pusat tahun 1985.

Lepas solat Maghrib di Masjid Jengka 16,beberapa orang jemaah yang baru hadir untuk solat Isya mengkhabarkan berita panas dari utara tanahair.Ceritanya ,beberapa orang yang dikatakan pengganas dan terlibat dengan ajaran sesat terkorban dalam pertempuran dengan polis di Baling Kedah.

Bapa saya ketika itu masih ahli Umno, tumpang sekali dalam perbincangan tak rasmi di masjid sementara menunggu solat Isya'."Kumpulan selendang merah ke",celah beliau.Ketua kumpulan tersebut katanya bernamanya Man Libya."Kalau tak silap aku,Man Libya ni penceramah kat kawasan Baling tu",kata Pak Long Zaini yang berasal dari Kulim Kedah. selanjutnya baca di sini

1 comment:

Panglima Nusantara said...

Peristiwa Memali akan terus kita ingati...kezaliman tidak boleh dibiarkan...sampai sekarang balu-balu syuhada belum mendapat pembelaan...saya ucap syabas kepada anda kerana terus membela orang yang kena zalim...semoga usaha anda diterima Allah!