Wednesday, November 19, 2008

Memali Dalam Kenangan

Hari ini 19 November mengingatkan saya peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dulu di negara kita yang hampir dilupakan oleh umat Islam.Ketika itu saya baru selesai mengambil peperiksaan SRP di SMK Jengka Pusat tahun 1985.

Lepas solat Maghrib di Masjid Jengka 16,beberapa orang jemaah yang baru hadir untuk solat Isya mengkhabarkan berita panas dari utara tanahair.Ceritanya ,beberapa orang yang dikatakan pengganas dan terlibat dengan ajaran sesat terkorban dalam pertempuran dengan polis di Baling Kedah.

Bapa saya ketika itu masih ahli Umno, tumpang sekali dalam perbincangan tak rasmi di masjid sementara menunggu solat Isya'."Kumpulan selendang merah ke",celah beliau.Ketua kumpulan tersebut katanya bernamanya Man Libya.

"Kalau tak silap aku,Man Libya ni penceramah kat kawasan Baling tu",kata Pak Long Zaini yang berasal dari Kulim Kedah.

Esoknya terpampang didalam akhbar,14 orang pengganas,dan 4 anggota polis terkorban dalam pertempuran di Memali,Mukim Siong,Baling,Kedah.Ketua pengganas itu ialah Ibrahim Libya @Man Libya turut terkorban.Ibrahim Libya telahpun mengumpulkan penjenayah penjenayah yang dikehendaki polis di rumahnya yang dijadikan markaz kumpulan itu.

Sehari selepas itu keluar pula berita di akhbar,Haji Abdul Hadi Awang Naib Yang Dipertua PAS Pusat berkata,"Sekiranya Ibrahim Libya yang dimaksudkan itu ialah Ibrahim Libya yang saya kenali,maka dia bukanlah pengganas tetapi dia ialah seorang pejuang Islam".

Tanda tanya yang bermain di kepala rakyat mulai terungkai.Akhirnya isu Memali menjadi isu yang panas.Tuan Guru Haji Abdul Hadi pemidato terkenal ketika itu dalam ceramahnya mengenai kejadian Memali di Kg Sentosa Maran menyelar kekerasan polis ke atas penduduk kampung yang dhaif sehingga sanggup membunuh mereka.

Lebih kurang tiga bulan berlalu,isu itu terus panas.Berbagai berita dari Memali sampai ke Jengka membangkitkan semangat ahli ahli PAS untuk menziarahi tempat bersejarah itu.Bapa saya yang belum menjadi ahli PAS terpanggil untuk melihat dari dekat cerita yang sampai ke Jengka itu.

Bersama dengan beberapa orang jiran dan ahli ahli PAS yang baik hubungannya dengan bapa saya,mereka berangkat ke Kedah menziarahi Kampung Memali,kubur syuhada di Parit Panjang dan bertemu mangsa mangsa Memali yang baru dibebaskan dari tahanan polis.

Kubur syuhada ternyata masih berbau wangi walaupun Umno tak pernah percaya dengan kelebihan orang mati syahid sama seperti orang hari ini yang tidak percayakan syahidnya Imam Samudera,Amrozi dan Mukhlas.Semuanya dianggap bohong,mereka pengganas,mana mungkin dapat pangkat syuhada.Tetapi tanda tanda yang dikurniakan Allah kepada mereka menambahkan keyakinan hati akan kesyahidan mereka.

(Beberapa tahun lalu ketika Zainudin Maidin memainkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali,berlaku satu kejadian tanda kebesaran Allah.seorang penduduk Memali yang terlibat dalam kejadian tersebut telah menghidu bau wangi yang luar biasa dari bawah rumahnya.Apabila dicari,bau wangi itu rupanya datang dari kain yang sudah lusuh yang terselit di bawah rumahnya.Lalu dia teringatlah, kain itu terdapatnya kesan darah syuhada Memali hampir 20 tahun lalu yang disimpan di rasuk rumahnya.Begitulah tanda kemulian syuhada Memali)

Pulang dari Memali,bapa terus menyertai PAS bersama dangan beberapa orang rakannya dari Umno.Apa yang saya ingat bapa saya pernah menjadi Setiausaha Umno Cawangan Jengka 16.Saya sendiri pernah membantunya menyiapkan surat jemputan untuk mesyuarat Agung Umno Cawangan ketika itu.

Alhamdulillah kerana Peristiwa Memali ,bapa dan kami sekeluarga beserta jiran jiran telah bersama dengan perjuangan Islam sehinggalah ke hari ini.

Perjuangan membela mangsa Memali melalui tempoh yang cukup panjang.Setelah berpuluh orang mangsa kezaliman Memali selaku saksi saksi utama kembali ke rahmatullah,akhirnya selepas dua puluh tahun,Mahkamah Tinggi Alos star memutuskan tindakan polis membunuh orang Memali adalah tindakan yang salah.Kerajaan telah diarahkan membayar sejumlah ganti rugi kepada mangsa terlibat.

Dalam tempoh berlakunya kezaliman ke atas umat Islam di Memali,Umno tidak diizinkan Allah untuk mendapat apa -apa laba dari kezaliman mereka.walaupun dalam pilihanraya tahun 1986,PAS hanya dapat satu kerusi Parlimen melalui Almarhum Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa,tetapi selepas itu Umno berpecah dua pada 1987 dengan lahirnya team A dan Team B yang kemudiannya saling tuduh menuduh tentang siapakah yang merancang kejadian Memali.

Mahathir menyalahkan Musa Hitam,Musa menuding kepada Mahathir.Tidak pula ketika itu mereka menyalahkan pembangkang.Apa yang nyata Peristiwa Memali adalah angkara kezaliman Umno.Umno akhirnya diharamkan .Kemudiannya muncul pula Semangat 46 dan Umno Baru.

Natijah dari kezalliman mereka tahun 1990,Kelantan jatuh ke tangan PAS sehinggalah hari ini.Selepas lebih 22 tahun,Kedah pula jatuh ke tangan PAS bersama Pakatan Rakyat.Kita menikmati kemenagan pada hari ini hasil pengorbanan orang terdahulu yang tidak sempat untuk melihat hasil perjuangan mereka.

Ustaz Ibrahim Libya,Pak Ya Junid,Ustaz Azahari,Cikgu Mustafa Long,Ustaz Suhaimi dan Dato Hj Fadzil Mohd Nor,mereka semua tidak sempat untuk melihat Kedah ditadbir Parti Islam.Itulah perjuangan dan pengorbanan.

Generasi hari ini yang tidak tau peristiwa Memali sila klik sini

8 comments:

memali oh memali said...

aku nk tanye..sekarang ni..parti PAS ko tu byk perjuangkan islam ke? ape kes projek babi terbesar kat selangor tu..kes mb perak yang kurang hajar and x pro tu.tu ke PAS??Parti Ajaran Sesat.Memali punye cite..cite lame la bai.dan mereka yang meninggal dlm keadan x berdosa tu insyaAllah dimasukkan syurga.la ni kite cite zaman sekarang.bukan zaman memali ke mamalia ke.

Gagak Rimba said...

Apasal 'memali oh memali' ni hot sangat.Gayanya macam tertinggal keretapi.

Tuan blog izinkan aku menjawab soalan soalan bodoh ni

Pertama aku nak cakap.Kes memali lama ke baru ke,itulah sejarah kezaliman Umno yg sdr dokong.

Kedua:Isu babi,namapak sangat sdr ketinggalan.Kalau sdr jadi MB ,tolong pilih salah satu:1.Biarkan babi bersepah ,ternak kat mana mana je.macam zmn Khir Toyo.2.Kita hapus semua babi,tak kiralah kita zalimi hak asasi org bukan Islam ke,lantak dialah.3.Buat pemusatan mcm yg sdr kecoh sangat ni.
Nampak sangat sdr tertinggal bas,babi makanan mrk,Islam tak boleh larang,tapi kena kawal.Mcmana nak kawal kalau babi diternak merata tempat?Knp pmimpin Umno melenting,marah?Padahal yg lulusnya zmn Khir Toyo lagi.marah,sbb projek tu tak dapat kat Umno,kalau dpt kat Umno,smua halal.

Ketiga:Kat mana kurang hajarnya MB Perak?Umno sekat bantuan kpd SAR,MB PAS yang bagi bantuan sekarang.

Keempat:PAS Parti Ajaran Sesat,OK kami sesat ,tp takde seorg pmmpin PAS didakwa rasuah,Umno tak sesat,belambak kes rasuah,seleweng,kalah judi,apa lagi ha..?Sdr tulis sendirilah betapa sesatnya Umno.Pak Lah tak sesat,selambanya pegang bahu artis perempuan,PAS sesat tapi yg ramai imarah masjid org yg sedara kata sesat lah.Umno,tutup masjid,sekat kuliah,penjara kan ulama,itu [arti tak sesat.Quran kata judi haram,PAS yg sesat perintah Kelantan haramkan judi,Umno tak sesat perintah Pahang,nak tambah pusat judi.PAS sesat,semua pimpinan muslimatnya tutup aurat,Umno tak sesat pemimpin wanitanya pelik kalau tutup aurat.Lu pikirlah sendiri.

ISA said...

Saudara Gagak Rimba,

Tak guna di layan orang yang macam memali oh memali tu. Al maklumlah semua penyokong umno adalah di kalangan tolol bin bahalol.

Sebabnya, selama 51 tahun umno memperbodohkan diorang tetapi diorang masih sokong jugak, akibat dari buta mata dan hati. Bangga dengan sekularisme peninggalan penjajah.

Hinggakan dalam isu pemilihan terkini yanh nyata mempersoalkan isu rasuah politik wang pun diorang boleh tutup mata lagi, so mak cakap apa lagi dengan biawak-biawak ni semua. Biarlah diorang mampus bertuhankan umno yang dah reput tu.

Oh, ya.. nak tanbah satu lagi, isu babi di selangor tu, kerajaan negeri tak keluar satu sen pun, semua kos sebanyak 100juta ditanggung sepenuhnya oleh tauke-tauke babi tu. Sekurang-kurangnya Selangor peka dengan keadaan alam sekitar. Tak macam di Melaka tu, kandang babi masih bersepah.

Dan lagi satu, gambar siapakah yang menunjukkan isyrat tangan tanda bagus di kandang babi dalam lawatan ke Jerman untuk belajar sistem ternakan babi di sana tu untuk di aplikasikan di Selangor, bukankah gambar adun sepang kawan baik khir toyol.

lain kali banyakkan membaca wahai barua umno totok.

ISA said...

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud.

Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
"Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu
di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh
rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:

"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.

Suara Islam Malaysia. "

Anonymous said...

Inilah kejayaan UMNO terbesar dalam perang ke atas keganasan

Anonymous said...

memali oh memali....
ape da ko nie... klu x suka ngn parti yg mperjuangkan islam..x yah la nk show off....lain la klu ko bkn islam... biarlah lain parti, tp jgn la nk tnjukkan marah kt pejuang2 agama nie... ko nie memali oh memali, sampai nk timbulkn isu babi... nampak sgt la ko nie ketinggalan x berotak dan cakap tnpa fakta, kesian...
mmg la ko nie memali oh memali x mngunakan otak atau pn otak x berfungsi... cube ko huraikn mae kurang ajar....

Anonymous said...

Tersayat hatiku saudaraku diperlakukan begitu!

asrul said...

Pembohong la kata bau wangi tu. Sebenarnya puak-puak ko yang curi-curi pegi siram air mawar kat situ. Bila org luar dtg diorg igt wangi sbb 'kemuliaan syuhada'. Perbuatan keji puak korg dah kantoi, ada org kampung kat situ mengintip & nampak penipuan korang tu. Habis tu kenapa kubur nabi & para sahabat tak diberitakan berbau wangi pun? Hentikan la penipuan ni & bertaubat segera selagi ada hayat ni