Thursday, December 15, 2011

Kenapa Presiden MBFM Jadi Tukang Kipas Isa Samad?


Anuar Manap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) dilaporkan telah mengetuai satu kumpulan peneroka dan generasi kedua berdemontrasi di hadapan Pejabat Agong PAS tengahari tadi membantah tindakan ANAK berdemontrasi menentang kerakusan Isa Samad sehingga memaksa Pengarah Besar Felda diberi cuti.Anuar telah menyerahkan memo kepada Mohd Fadhil ,Pegawai Khas Lujnah Tanah PAS Pusat

Tindakan Anuar begitu meloyakan,ketika ANAK dan kakitangan Felda mempersoalkan apakah rasionalnya Dato' Dzul diberi cuti paksa hingga Ogos,Anuar memilih bersama Isa Samad yang menjadi punca bergegarnya Pejabat Felda Selasa lepas.


Pak Sam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka(JKPP) yang merupakan ahli Lembaga Pengarah Felda turut menentang Isa samad yang merampas KPF dan bakal memajak 360 ribu hektar tanah Felda Plantation.Isa itu jugalah yang meminta PM memberi cuti kepada Dato Dzul.


Alasan percutian yang diberikan kononnya untuk menyambung pelajaran bagi memantapkan lagi pengurusan Felda sangat melucukan.Dato Dzul telah berusia 54 tahun dan beliau telah berjaya mengangkat martabat Felda disamping Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang diketuainya telah mendapat Anugerah Koperasi Terbaik tahun lepas.Untuk apa beliau dipaksa belajar?


Semalam Kesatuan Kakitangan Felda dilaporkan akan mengadap PM untuk meminta penjelasan tentang percutian Dato Dzul.Presiden Cuepac dilaporkan terkejut dengan arahan yang dikeluarkan kepada Dato Dzul.


Tetapi malang bagi Anuar yang mewakili generasi kedua Felda,belilau memilih untuk menjadi tukang kipas kepada Isa Samad


ANAK pimpinan Mazlan Aliman yang menyerah memo di Pejabat Felda Selasa lalu tentu saja percaya tindakan memberi cuti kepada Dato Dzul yang didalangi Isa Samad pastinya mempunyai agenda tersembunyi dan merupakan konspirasi jahat pemimpin tertentu di kalangan Umno untuk mempastikan hasrat penyenaraian Felda Global Vanture di Bursa Saham tidak dihalang oleh sesiapa terutama Pengarah Besar Felda .


Pak Sam mewakili JKPP dilaporkan telah bergabung dengan Gabungan Wawasan Belia Felda(GWGF) pimpinan tan Sri Razali Ismail membentuk
Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan(Gempur) bagi menangani isu berbangkit.

GEMPUR sendiri mendesak pihak kerajaan tidak tergopoh gapah untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Saham.Peneroka dan seluruh warga Felda perlu diberi hak untuk mengemukakan pandangan dan persetujuan mereka harus diambil sebelum penyenaraaian dilakukan.


Tetapi pelik bagi Anuar Manaf selaku mewakili generasi kedua apabila hanya memilih untuk menjadi tukang kipas kepada Isa samad apabila membawa penyokongnya berdemontrasi di Pejabat Agong PAS hari ini.Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri hingga sanggup diperalat dan tidak berani membela Dato Dzul yang dianggap berjasa besar kepada Felda.
Sumber yang kami perolehi,Anuar adalah bakal calon barisan Nasional di Johor dalam PRU akan datang.Manakala Isa Samad adalah salah seorang Panel pemilih calon calon Umno untuk bertanding dlm PRU akan datang.Adakah kerana ini Anuar sanggup pejam mata dengan kerakusan Isa dan menunjukkan taat setia membabi buta kepada Pengerusi Felda yang menjadi penentu hayat pemimpin pemimpin Umno yang bercita cita untuk naik ke atas?

No comments: