Saturday, August 22, 2009

HUJAN SAMBUT RAMADHAN DI MAKKAH


Cepatnya masa berlalu... Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan berada di bumi kelahiran Rasulullah SAW ini. Terlalu banyak iktibar yang boleh diambil dan dikongsikan dalam meneruskan perjuangan.

Suasana Ramadhan sangat berbeza. Walaupun baru hari pertama. Cuaca yang mencengkam. Suhu antara
32°-42°c sangat luar biasa. Seawal 6.01 pagi, sang mentari mula memancar. Ia terus membakar cuaca bumi ini hinggalah terbenam pada jam 6.46 petang.

Semalam, Jumaat, dalam terik mentari memancar, tiba-tiba cuaca menjadi suram. Kecerahan bertukar kegelapan. Angin bertiup kencang. Hujan mula turun. Guruh berdentum dentam. Akhirnya suasana bertukar menjadi gelap bagaikan malam. Manusia lari bertempiaran. Masjidil Haram bergema dengan takbir membesarkan Allah.

Sesungguhnya suasana yang jarang-jarang berlaku ini memang menggemparkan. Menyambut kedatangan Ramadhan dalam suasana begini. Subhanallah. Begini rupanya hujan di bumi Hijaz. Patutlah Allah membandingkan amalan dan perbuatan orang-orang kafir dan munafiq seumpama orang yang kelam kabut di tengah hujan.


÷rr& 5=ÍhŠÁx. z`ÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# ÏmŠÏù ×M»uKè=àß Óôãuur ×-öt/ur tbqè=yèøgs ÷LàiyèÎ6»¹r& þÎû NÍkÍX#sŒ#uä z`ÏiB È,Ïãºuq¢Á9$# uxtn ÏNöqyJø9$# 4 ª!$#ur 8ÝŠÏtèC tûï̍Ïÿ»s3ø9$$Î/ ÇÊÒÈ ßŠ%s3tƒ ä-÷Žy9ø9$# ß#sÜøƒs öNèdt»Áö/r& ( !$yJ¯=ä. uä!$Êr& Nßgs9 (#öqt±¨B ÏmŠÏù !#sŒÎ)ur zNn=øßr& öNÍköŽn=tæ (#qãB$s% 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# =yds%s! öNÎgÏèôJ¡Î/ öNÏd̍»Áö/r&ur 4 žcÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇËÉÈ

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”


“Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al Baqarah 19-20)


No comments: