Saya menerima satu sms sebentar tadi yang memaklumkan seorang anak Jengka berjaya meraih undi tertinggi dalam pilihanraya Kampus UPSI Tanjung Malim hari ini yang melayakkan beliau menduduki kerusi YDP MPP Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) .
Akmal Madzir, Calon dari kumpulan mahasiswa Pro Kebajikan yang pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains menang besar dengan jumlah undi tertinggi diperolehi mengatasi semua calon lain iaitu sebanyak 4124 undi .

Berita lanjut akan menyusul.InsyaAllah.
1 comment:
Salam MST.
Syabas dan Tahniah buat anakanda Akmal di atas kejayaan memenangi kerusi YDP.Kejayaan anakanda, kami menumpang bangga.
Syabas buat penuntut UPSI kerana kebijaksanaan membuat pilihan.Anda telah memilih seorang pemimpin yang tinggi akhlak, bijaksana dan berketrampilan.
Kepada anakanda Akmal pikullah amanah dan tanggungjawab tersebut dengan rasa takut kepada Allah,dan sentiasa bermunajat kepada Allah.
Selamat memimpin.
afja02
Post a Comment