Tuesday, October 21, 2008

FELDA...Dulu Tolong,Sekarang Along!

FELDA...DULU TOLONG, SEKARANG ALONG adalah sebuah karya terbaru hasil kajian selama 15 tahun oleh saudara Mazlan Aliman.Penkisahan semula Felda,perjalanannya serta kegelincirannya daripada landasan awal yang digagaskan oleh Almarhum Tun Razak amat wajar diselami semua warga Felda baik peneroka,generasi keduanya dan amat penting juga untuk direnung oleh seluruh pentadbir Felda di semua peringkat.

Pastinya buku terbaru ini dianggap ancaman kepada pentadbiran Felda dengan pendedahan pendedahan yang dibuat,namun perlu diingat penulis adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang hidupnya secara langsung lumat di dalam kehidupan warga Felda yang pastinya apa yang dicatat bukanlah omongan kosong.

Penghasilan buku ini adalah untuk menyelamatkan Felda dan warganya bukan untuk memusnahkan Felda.Tentunya ruang yang ada ini tidak cukup untuk saya mengulas panjang berkaitan isi kandungan buku ini.Bagi warga Felda di Pahang segera miliki buku ini dari wakil Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) hanya dengan RM 10.00.Hubungi 0199855883 sekarang.



5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.....
kepada kengkorang sumer ni... FELDA dah banyak bantu peneroka.... kalau tidak kerana FELDA skung ni lebih seratus ribu orang melayu tak tentu hidupnya... bersyukurlah... tanah yang diberi bukan dahulu dah buat perjanjian jadi mengapa menidakkannya.. kapeada anak-anak peneroka.. saya pun anak peneroka gak... peluang yang ada jangan disalah gunakan... n skung dunia it gunakan peluang yang ada untuk menyebarkan kebaikan dan ilmu bukan menyusahkan serta menimbulkan salah faham... jika benar FELDA salah mengapa tidak ramai yang membantah... fikirlah jangan salahkan situasi tetapi tingkatkan prestasi sebagai khalifah dimuka bumi ALLAh....
assalamualaikum

Anonymous said...

Aku pun anak peneroka gak dan aku masih dok sini. aku rasa ko ni anak peneroka yang merantau. kau xlayak nak komen. kami yang dok sini tau sapa dia FELDA. Tun Razak dan Pencetus idea penubuhan Felda ni mmg aku terima kasih sgt2 tapi bukan felda yg ade skrg. diorang ni penyamun kau tau x. Macam2 diorang buat kat peneroka tapi peneroka macam makbapak aku diam je. bukan xnak komplen tapi xde orang yang berani. Diorang dah tua. xnak gadoh dgn orang. Bila ade orang macam Mazlan Aliman ni.. aku sokong sgt. Aku harap kau jangan la lagi termakan dgn kata2 peneroka terhutang budi. Peneroka mesti tunduk pada FELDA. Cukup la FELDA tindas peneroka.

Anuar bin Safian said...

setuju sangat dengan anonymous March 20, 2010 7:29 PM!!!

Felda sepatutnya memberikan galakkan kepada peneroka bagaimana untuk menguruskan ladang dan kewangannya. Felda memang memberikan pertolongan tapi pertolongan yang ditawarkan lebih kepada pertolongan memberi pinjaman semula yang akan membebankan peneroka sendiri. Ini merupakan pertolongan pertama yang ditawarkan dan ianya umpama memberi pukulan maut kepada peneroka. pepatah Inggeris ada menyatakan : 'Don't give man a fish but teach man how to catch fish'....

faham kaaaaaaa?

nur_ariff said...

http://www.facebook.com/photo.php?pid=31426536&id=1001833811

link ini akan membawa kepada gambar buku awak, lebih elok rupenya , mohon digantikan dengan ini ya :)

nur_ariff said...
This comment has been removed by the author.